.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, July 5, 2015

Mengapa penting mengamal 'The 7 Habits of Highly Effective People' dalam TNB?


TNB sedang berusaha untuk menjadi Domestic Dominance, Regional Champion (DDRC) bagi memastikan TNB dan juga Anggota Kerjanya terus relevan di masa depan. Kita, anggota kerja TNB mesti berusaha baik secara individu mahupun berkumpulan bagi memastikan ini dicapai.


Covey kata, ramai orang mahu mencapai kejayaan. Dari pemerhatian beliau, kalau mahu mencapai kejayaan, kita harus menjadi seorang  yang efektif.

Apa tanda orang itu efektif? Dari pemerhatian beliau juga, orang yang efektif ini punya beberapa tabiat yang khusus.

Pertama, secara peribadi, individu itu punya tabiat-tabiat ..

Be Proactive (Tabiat 1)
Begin with the End in Mind (Tabiat 2)
Put First Things First (Tabiat 3).

Kedua, bilamana individu itu berada di dalam satu kumpulan, beliau mempunyai tabiat-tabiat ...

Think Win-Win (Tabiat 4)
Seek First To Be Understand Then To Be Understood (Tabiat 5)
Synergy (Tabiat 6).

Ketiga, individu ini dalam hidupnya tidak pernah berhenti menambahbaik dirinya dan itulah dalam bahasa Covey ...

Sharpen The Saw (Tabiat 7).

Perlu diingati, setakat memahami 7 Tabiat ini bukan tanda kita telah menjadi efektif. Kita menjadi efektif bilamana 7 Tabiat ini telah menjadi amalan kita atau tabiat kita.

Soalnya apa itu tabiat dan bagimana mahu bentuk tabiat?

Untuk memahami persoalan ini, kita harus kenal diri dan salah satu kaedah kenal diri ada diterangkan dalam program Better.Brighter berdasarkan konsep ‘Stick Person’.


Seperti katanya program Better.Brighter, selepas kenal diri, bukankah mudah untuk bina unit bisnes kita menjadi Center of Excellence (COE) dan bina kompetensi diri kita berdasarkan konsep Packaging Expertise (PE) itu yang akhirnya memudahkan kita mencapai DDRC?

Dan bukankah untuk mencapai kejayaan COE dan PE ini, diri kita perlu mengamalkan 7 Tabiat itu?

Adakah kita faham ini semua? Kalau kita tidak nampak logik ini, mana mungkin kita ada kesedaran dan keinginan untuk bina 7 Tabiat ini dalam diri kita?

Moga-moga kita, anggota kerja TNB mampu jadi efektif dan seterusnya menyumbang kepada pencapaian DDRC!

No comments:

Post a Comment