.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, August 1, 2015

Masa Depan Program Better.Brighter.


Syukur banyak-banyak pada Tuhan kerana program Better.Brighter ini telah mencapai satu tahap yang memuaskan hati saya. Sebenarnya, jika dikenang kira-kira dua tahun dahulu, saya langsung tidak terfikir program ini diterima sebagai salah satu ‘signature’ program dalam TNB Leadership Development Center (TNB LDC).

Ramai yang datang kepada saya dan berkongsi bagaimana idea-idea program ini telah mampu membawa cara fikir yang lebih dinamik dalam melaksanakan perubahan dalam tugas secara khusunya mahupun kehidupan mereka secara amnnya.

Adakah saya sudah berpuas hati? Sesekali tidak kerana saya sedar selagi program ini tidak mampu menwujudkan sustainability dalam usaha participants selepas menghadiri program ini bagi memastikan wujudnya ‘Positive Behavioural Change’ serta ‘Business Result’nya, sudah pasti pihak pengurusan TNB akan mempersoalkan mengenai ‘Return of Investment’ (ROI) program ini.

Sebenarnya berbagai inisiatif telah dirangka dan sedang diusahakan bagi menangani hal ini. Secara keseluruhannya, perlaksanaan program ini ialah seperti yang dinyatakan dalam rajah di bawah;


Dari rajah di atas, jelas sekali wujudnya satu pelan susulan selepas program yang melibatkan para pemimpin dan anggota kerja untuk satu unit bisnes bagi mempengaruhi mereka agar fokus untuk menghasilkan segala hajat yang telah dikenalpasti.

Baru-baru ini, saya juga telah mula merangka untuk melaksanakan program Better.Brighter ini dengan lebih komrehensif yang merangkumi tiga fasa utama seperti berikut;

Program Better.Brighter Fasa 1 (4H3M)
Fasa ini menekankan soal perkara yang penting dalam TNB di waktu ini serta penekanan secara mendalam untuk mengenali diri sendiri. Disamping itu, dalam fasa ini, huraian secara am mengenai ‘Center of Excellence’ dan ‘Packaging Expertise’ juga dilaksanakan. (Nota: Program Fasa 1 ini merupakan program yang sedang giat dilaksanakan dalam TNB di waktu ini)

Program Better.Brighter Fasa 2 (3H2M)
Fasa ini menekankan secara khusus mengenai perlaksanaan ‘Center of Excellence’.

Program Better.Brighter Fasa 3 (3H2M)
Fasa ini menekankan secara khusus mengenai perlaksanaan ‘’Packaging Expertise’

Diyakini, bilamana ketiga-tiga fasa ini dapat dilaksanakan untuk keseluruhan anggota kerja dalam sesuatu unit bisnes itu, ianya akan menjadi satu unsur yabg sangat kuat untuk mempengaruhi mereka menghasilkan hajat unit bisnes mereka.

Walaubagaimanapun saya sedar bagi melaksanakan ketiga-tiga fasa program ini, diperlukan satu sumber yang besar dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Namun, inilah challenge yang perlu saya  tangani.

Apapun, on paper, saya mulai jelas, sebenarnya telah lahir satu pendekatan bagi melaksanakan transformasi organisasi yang mudah tetapi praktikal bagi mengharungi masa depan yang serba mencabar. Inilah sebenarnya yang benar-benar buat saya teruja.

Moga Tuhan beri saya kekuatan untuk merealisasi ini semua. Ameen!

No comments:

Post a Comment