.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, August 15, 2015

Sedari Peranan Anda.


Manusia adalah sehebat kejadian, walaupun berasal dari mani yang hina, semoga kehinaan ini mampu memecah tembok demi menuju ke arah kehebatan yang telah dinobatkan menjadi milik manusia. Kita umat bertuah yang dijanjikan Rasulullah untuk menjadi umat terbaik bagi memimpin generasi akan datang.

Maka usah menimbul sengketa sesama kita dengan perkara-perkara remeh dan negatif yang pastinya yang akan mengiringi lantaran kesilapan dalam mengatur langkah menuju permuafakatan.

Terkadang sikap ego kita mengatasi segalanya, bukan mudah untuk mengungkapkan  “aku silap” atau “aku bersalah.” Tetapi takut juga diri terjatuh kepada perkara riyak yang bisa melalaikan manusia.

Atau, kita mudah untuk melafazkan “maaf’  tapi tidak mencerminkan keikhlasan seratus peratus. Namun apa yang berlaku di kaiangan segelintir masyarakat kita hari ini cukup memeningkan. Harapan tinggal harapan.

Kemampuan manusia adalah berbeza-beza, tidak Allah datangkan suatu ujian itu melampaui kemampuan manusia. Yakinlah segala ujian yang mendatang pasti mampu dikuasai dan ditangani. Allah telah menetapkan kemampuan seseorang itu sama ada menjadi pemimpin, yang dipimpin dan sebagainya.

Kenapa kita mesti melahirkan rasa tidak puas hati lantaran kerja-kerja  yang terpundak berlainan antara satu sama lain. Penulis contohnya, mampu menulis tapi terkadang tidak semampu sahabat untuk melaksana.


Setiap orang mempunyai peranan yang tersendiri berdasarkan kemampuan mereka. Apakah peranan kalian? Sebagai penulis? Maka tulislah sebanyak mana pun, atau sebagai penceramah? Maka ucapkanlah segalanya, namun kedua-duanya menuju perjuangan yang sama, iaitu perjuangan menegakkan kebenaran yang mulia.

Perlu ditekankan di sini, dalam bekerja hati dan emosi perlu disertakan, tapi biarlah berpada. Tanpa emosi gerak kerja tidak akan terlaksana. Tanpa emosi juga, penumpuan pada kerjaya akan lesu. Kelekaan dan kemalasan akan mengundang parah dalam kerja yang menuntut 1001 pengorbanan wang, masa dan tenaga. 

No comments:

Post a Comment