.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, August 1, 2015

TFM jemput aku lagi :)


Pagi tadi, sekali lagi aku telah diberi kesempatan oleh Teach For Malaysia (TFM) untuk berkongsi dengan para fellows baru TFM serta ibubapa mereka mengenai pengalaman aku bersama TFM.

Sebenarnya, aku telah dimaklumkan mengenai jemputan TFM ini oleh Safia kira-kira satu minggu terdahulu. Aku senyum sendirian sambil bertanya pada Safia mengapa TFM mahu menjemput aku lagi. Spontan sahaja Safia memberitahu aku bahawa TFM suka dengan ‘talk’ yang telah aku berikan kira-kira dua tahun lepas. Itu adalah ketika Safia baru sahaja menyertai program TFM ini.

Aku pun sendiri tidak tahu apa yang bagus sangat pasal ‘talk’ yang terdahulu itu. Dah orang suka, kenapa aku harus banyak soal? Ini peluang aku untuk contribute kepada TFM … ialah TFM ini telah banyak sangat berbudi kepada Safia.

Paling aku suka mengenai penglibatan Safia bersama TFM ini ialah bagaimana aku lihat leadership skill Safia telah benar-benar diasah. Sebagai seorang yang berkecimpung secara langsung dalam membangunkan kepimpinan di TNB, memang aku teruja melihat strategi dan pelan tindak TFM dalam mengasah leadership skill orang seperti Safia. Hebat!

Aku sampai ke TFM agak awal. Janji jam 9 pagi tetapi jam 8.20 pagi aku dah sampai. Aku ambil ruang masa yang ada untuk meninjau apa yang ada di pejabat TFM ini. Aku tak tahu mengapa tetapi dapat aku rasakan aura pejabat TFM ini memang hebat.


Aku lihat susun atur pejabat mereka sangat mesra. Sangat sesuai untuk brainstorm idea-idea baru. Paling aku suka mengenai TFM ini ialah attitude anggota kerja TFM ini. Sangat awesome. Rata-rata anggota kerja TFM ini muda tetapi vision serta drive mereka untuk capai vision mereka amat mengujakan. Apa rahsia mereka?

Satu perkara lagi yang menarik ialah anggota kerja mereka ini terdiri dari pelbagai kaum. Yang lebih menariknya ialah hubungan antara mereka ini macam satu family. Apa rahsia mereka? I wish rakyat Malaysia boleh belajar sesuatu dari mereka.

Aku juga berpeluang pagi tadi untuk mendengar penerangan mengenai aktiviti TFM ini. Wow! Aku macam tak percaya apa yang aku lihat. Hebat sungguh pendekatan mereka. Aku sempat bisikkan rasa teruja aku kepada MD TFM ini, Zameer. Beliau hanya senyum sambil berkata sesuatu yang membuat aku termenung sejenak. 

Kata anak muda ini, “We need to learn from what we have experience in order to progress” Simple tapi maksudnya cukup dalam.


Aku tak pelik jika satu masa nanti, Zameer serta rakan-rakannya dalam TFM ini akan menjadi pemimpin-pemimpin industri di Malaysia ini. Terus terang aku katakan, aku amat berbangga dengan mereka. Aku sangat gembira kerana berpeluang untuk belajar dari mereka.

Sebelum aku berkongsi pengalaman aku pagi tadi, Safia telah diberi ruang untuk berkongsi pengalaman beliau bersama TFM. Aku betul-betul rasa teruja dan bangga mendengar ucapan Safia. Tak sangka yang sedang berucap di depan para hadirin itu anak aku sendiri!

So, bila tiba giliran aku untuk berucap pagi itu, terus terang aku katakan, aku berasa amat humble sekali. Aku tak tahu mengapa mereka ketawa mendengar apa yang aku ucapkan. Is it funny? I don’t know. Aku tamatkan ucapan pagi itu dengan kata-kata berikut yang aku tuju khas untuk Safia dan amnya untuk semua fellows TFM ini …

Life is a game of change.

There is no stand still in this world.
There is no stand still in this life.
You can't stay who you are!

You are either moving forward or going backward.
So if you are not keen about moving forward, you'll find yourself going backward!

You have to change because it is your responsibility.
It is not someone else's responsibility to change you!

Tq TFM!

No comments:

Post a Comment