.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, November 15, 2015

Program Better.Brighter – Empat Renungan - Renungan Pertama - Tiga Tanda Orang Bijak (Siri 3)


Better.Brighter menuntut perubahan dari semua anggota kerja bagi membantu TNB mencapai segala matlamat TNB yang telah ditetapkan. Untuk memudahkan anggota kerja TNB melalui satu perubahan, perkara asas yang perlu ada di kalangan anggota kerja TNB ialah satu mindset atau cara pandang yang bersesuaian.

Mindset ini sangat penting.

Mindset positif, Hasil positif.

Mindset negatif, Hasil negatif.

Satu perkara yang perlu kita fahami tentang mindset ini ialah bilamana kita melihat satu perkara itu, lain orang, lain fahamnya. Sudahnya apa yang difaham itu membentuk mindset seseorang itu.


Bagi mempengaruhi mindset ini agar ia mahu kepada perubahan, ianya perlu bermula dengan seseorang itu sedar tentang maksud hidup beliau dalam hidup ini. Maksud hidup ini bolehlah diterangkan berdasarkan rajah di bawah;



Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa hidup seorang manusia di atas dunia ini adalah umpama seorang pengembara. Memandangkan hidup beliau di atas mukabumi ini akan tamat satu masa nanti, maka semestinya hidup beliau di atas muka bumi perlu bermatlamatkan untuk mencari Keredhaan Tuhannya sebagai ‘passport’ untuk beliau hidup aman di alam-alam akan datang. (Sila faham erti matlamat ini berdasarkan kefahaman agama masing-masing).

Bertolak dari kesedaran di atas, seseorang yang jelas maksud hidupnya akan sentiasa ingin melakukan perubahan agar hidupnya tidak sia-sia. Secara asasnya, mereka yang tergolong dalam golongan ini mempunyai beberapa mindset yang disimpulkan dalam empat renungan di bawah; 



1- Tanda Orang Bijak
2 - Niat
3 - Hukum Memberi dan Menerima
4 - Perubahan

Mari sama-sama kita menghayati empat renungan ini. Moga-moga kita diberi kefahaman dan kekuatan untuk menjadikan empat renungan kita ini sebagai mindset kita.


Renungan Pertama: Tanda Orang Bijak

Bila di tanya tentang apakah tanda orang bijak itu, pasti lain orang lain jawabnya. Perbezaan jawaban ini terletak kepada pengalaman dan ilmu yang diperolehi masing-masing dalam hidupnya. Soalnya adakah sesiapa yang salah atau betul? Tidak! Kerana siapa kita untuk mempersoalkan jawaban masing-masing kerana itu adalah pengalaman dan ilmu yang diperolehi masing-masing dalam hidupnya!

Namun melalui program Better.Brighter ini, dibawa satu sudut pandang tentang apakah tanda-tanda orang bijak itu. Ada tiga tanda orang bijak iaitu;

1 - Bolehkah saya melayani diri sendiri?

Maksud tanda pertama ini ialah sekiranya kita gagal, mampukah kita ketawa dan pujuk diri sendiri sambil berkata ini semua pelajaran bagi kita. Sudahnya kita mampu bangun dan belajar dari kegagalan itu. Sebaliknya, jika kita berjaya mencapai satu kejayaan, mampukah kita untuk menangis sambil mengucapkan syukur kepada Tuhan?

2 - Bolehkah saya melayani orang lain?

Kita akan mampu melayani orang lain jika pada mulanya kita mampu layani diri sendiri! Fikirkan. Amalan yang dianjurkan oleh program Better.Brighter bagi mengamalkan tanda kedua orang bijak ini ialah dengan mengamalkan ‘Salam Semut’.

Ahli Sains yang mengkaji kelompok semut ini telah merumuskan bahawa amalan ‘salam’ yang dilakukan di kalangan semut ini adalah pencetus kerjasama yang hebat di kalangan kelompok semut. Salahkah kita belajar dari kelompok semut ini?

3 - Bolehkah saya melayani Idea Baru?

Selalunya kita memilih untuk melayani sebarang idea. Pilihan kita sangat kuat dipengauhi oleh siapa yang menyampaikan idea tersebut. Lagi tinggi status orang tersebut, lagi sudi kita melayani idea yang disampaikan. Fikirkan. Soalnya, perlukah begitu? Semestinya tidak!

Apa kata selepas ini, mari kita beri peluang kepada diri sendiri agar cuba memahami apa yang disampaikan oleh orang yang menyampaikan idea itu walaupun siapa juga beliau. Selepas kita memahaminya barulah kita membuat keputusan samada untuk menerima atau menolaknya.

Jangan Terima, Jangan Tolak tetapi Fikirkan samada idea ini mampu membawa saya mencapai apa yang dihajati.

Pilihan Di Tangan Saya! 

No comments:

Post a Comment