.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, November 11, 2015

Program Better.Brighter - Pengenalan (Siri 1)


Mulai artikel ini, saya akan menulis mengenai apa yang terkandung di dalam Program Better.Brighter (BB). Moga-moga sesiapa yang membaca artikel-artikel ini nanti mampu memahami maksud dan pendekatan Program BB ini, InsyaAllah.

Saya mulakan dengan mengapa program BB ini diwujudkan dengan menggunapakai kerangka SCIPAB (Situation + Complication + Impact + Position + Action + Benefit) …

Situation
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melaksanakan Transformasi 1TNB bagi memastikan TNB terus relevan di mata pelanggannya serta pihak yang berkepentingan. Untuk itu, TNB telah menetapkan sasaran seperti terkandung dalam Domestic Dominance Regional Champion (DDRC). Manakala kayu ukur bagi menentukan samada DDRC ini tercapai adalah seperti yang terkandung dalam 6 Key Results Area (6KRA).

Complication 
Kejayaan pencapaian matlamat ini banyak bergantung kepada kesudian para anggota kerja TNB untuk  menyokong dan mendokong hasrat ini. Walaubagaimanapun, sebahagian besar warga kerja TNB kelihatan tidak mampu melakukan semua ini disebabkan wujudnya masalah ‘mind set’ anggota kerja TNB yang mudah berpuas hati dengan apa yang mereka telah perolehi.

Impact 
Sekiranya keadaan ini berleluasa, sudah pasti segala perancangan TNB untuk mencapai segala hasrat yang ada dalam Transformasi 1TNB ini tidak akan  tercapai. Ini sudahnya membawa ketidakupayaan TNB bagi memenuhi keperluan pelanggan dan pihak berkepentingan lalu membuatkan TNB tidak relevan lagi di mata mereka seperti yang dinyatakan di atas.


Position 
Berdasarkan kepada keperluan ini, Pusat Pembangunan Kepimpinan TNB telah menwujudkan satu program perubahan ‘mindset’ bertajuk Better.Brighter. Program Better.Brighter akan menekankan soal-soal berikut;

- ‘Gambaran Besar’ mengenai perkara yang perlu diberi penekanan dalam TNB di waktu ini.

- Kaedah bagaimana untuk melaksana pencapaian ‘Gambaran Besar’ ini secara individu atau berpasukan.

Action
Di atas sebab ini, setiap Unit Bisnes di dalam TNB dijemput untuk memahami dan mengamalkan pendekatan yang di bawa oleh Program Better.Brighter ini.

Benefit
Diyakini bilamana semua peringkat anggota kerja TNB itu benar-benar memahami dan mengambil tindakan terhadap kedua-dua soal ini, ianya akan mempengaruhi ‘mindset’ mereka untuk lebih positif lalu memudahkan mereka menyokong dan mendokong Transformasi 1TNB ini.

No comments:

Post a Comment