.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, December 27, 2015

Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 2 (Siri 15)


Siapakah Kita?

Menurut mereka yang mengkaji manusia, manusia itu terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu;

Bahagian Diri yang Bukan Fizikal (Bahagian Diri yang tidak Nampak)
Bahagian Diri yang Fizikal (Bahagian Diri yang Nampak)

Bahagian Diri yang Bukan Fizikal terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu;

Intelektual – Bahagian Diri yang Berfikir
Emosional – Bahagian Diri yang Merasai
Spiritual – Bahagian Diri yang Membuat Pilihan/Keputusan

Manakala Bahagian Diri yang Fizikal ialah;

Fizikal atau Tubuh Badan – Bahagian Diri yang Membuat Tindakan

Dalam mengenal diri,  kita harus bermula dengan mengenali fungsi bahagian-bahagian diri ini dan seterusnya mengenali bagaimana bahagian-bahagian diri ini bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem lalu meghasilkan hasil dalam hidup kita ini.

Bagi memudahkan kita mencapai maksud ini, kita memerlukan satu gambarajah tentang manusia. Masalah dengan kita ialah sebelum ini kita tidak mempunyai satu gambarajah manusia yang memaparkan ke empat-empat bahagian diri ini (Intelektual, Emosional, Spiritual dan Fizikal).

Jika tiada gambarajah manusia ini sebelum ini, kita boleh menwujudkan satu gambarajah tentang manusia ini. Harus diingati, gambarajah tentang manusia yang diwujudkan itu bukan gambarajah sebenar seorang manusia namun melalui gambarajah tersebut kita mesti berupaya …

- Melihat bahagian utama diri seorang manusia.
- Melihat fungsi bahagian utama diri manusia.
- Melihat bagaimana bahagian diri manusia itu bekerjasama atau beroperasi sebagai satu sistem lalu menghasilkan hasil dalam hidup kita.

Berdasarkan kepada keperluan di atas, seorang doktor kiropraktik dari San Antonio, Texas, Amerika Syarikat bernama Dr Thurman Fleet telah mencadangkan satu gambarajah manusia yang bernama ‘Stick Person’ seperti dibawah;




Dari gambarajah ‘Stick Person’ di atas, jelas kelihatan bulatan yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal bagi melambangkan KEMAMPUAN bahagian diri yang bukan fizikal adalah lebih besar berbanding bahagian diri yang fizikal.

Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang bukan fizikal dibahagikan pula kepada tiga bahagian iaitu;

Fikiran Sedar – Dimana duduknya Intelektual (Fikiran) 
Fikiran Separuh Sedar – Dimana duduknya Emosional (Perasaan) 
Fikiran Bawah Sedar – Dimana duduknya Spiritual (Kerohanian) 

Diantara ketiga-tiga bahagian diri yang bukan fizikal ini, kemampuan Fikiran Bawah Sedar adalah lebih besar berbanding Fikiran Separuh Sedar. Manakala kemampuan Fikiran Separuh Sedar adalah lebih besar berbanding Fikiran Sedar.

Bulatan yang mewakilli bahagian diri yang fizikal itu pula ialah dimana letaknya tubug badan kita.

Fungsi atau peranan setiap bahagian diri ini ialah seperti berikut;

Fikiran Sedar – Berfikir (Intelektual)
Fikiran Separuh Sedar – Merasai (Emosional)
Fikiran Bawah Sedar – Membuat Pilihan/Keputusan (Spiritual)
Tubuh Badan – Membuat Tindakan (Fizikal)

Bagi memudahkan kita mengingati bahagian-bahagian diri ini, perumpamaan untuk bahagian diri seperti dibawah ini dibuat;

Fikiran Sedar – Umpama ‘Menteri’
Fikiran Separuh Sedar – Umpama ‘Genie’
Fikiran Bawah Sedar – Umpama ‘Raja’
Tubuh Badan – Umpama ‘Rakyat’

Nota: Mulai sekarang, saya akan menggunakan perumpamaan ini semasa merujuk kepada bahagian-bahagian diri ini.

Jika kita lihat perumpamaan diri ini, gabungan Menteri, Genie dan Raja ini sebenarnya menggambarkan cerita dalam satu ‘Istana’. Manakala gabungan cerita ‘Istana’ dan ‘Rakyat’ (Tubuh Badan) pula membentuk cerita dalam satu negeri.

Ringkasnya diri seorang manusia itu adalah umpama sebuah negeri. Dan ini membuktikan bahawa semua manusia itu adalah pemimpin kerana jika seorang manusia tidak mempunyai walau seorang pun untuk dipimpinnya namun sekurang-kurang beliau punya ‘negeri’ (dirinya sendiri) untuk dipimpin! 

No comments:

Post a Comment