.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, December 1, 2015

Program Better.Brighter – Empat Renungan - Renungan Keempat - Perubahan (Siri 6)


Renungan Keempat: Perubahan

Sebut mengenai perubahan, kita biasa dengan satu maksud hadis yang berbunyi;

“Bagi setiap sesuatu yang hidup (yang ditolong), ada ganjarannya (bagi kamu).” Hadis dilapurkan oleh Bukhari dan Muslim.

Soalnya, ramai dari kita yang telah mendengar hadis ini tetapi berapa ramai di kalangan kita yang beramal dengan maksud hadis ini!

Sebut mengenai perubahan, saya suka menyentuh tentang satu konsep yang di beri nama Garisan Hidup seperti yang tertera di bawah ini;


Berdasarkan dari rajah Garisan Hidup ini, dapat kita simpulkan bahawa semua kita sebenarnya berjalan dan terus berjalan menuju titik akhir kita di atas mukabumi ini. Maka rugilah jika hidup seseorang itu tidak berubah.

Namun, kita lihat juga, ramai manusia yang tidak berubah bukan disebabkan mereka tidak mahu berubah. Semuanya gara-gara kenyatan di bawah ini;

“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa perlu  berubah dan tidak tahu bagaimana berubah.”

Ayat di atas sebenarnya menerangkan bahawa untuk berubah kita perlu jelas tentang dua persoalan iaitu WHY saya berubah dan HOW saya berubah. Jika kita perhatikan hidup manusia di atas mukabumi ini mengapa mereka susah untuk berubah adalah disebabkan ketidakupayaan mereka mencari jawapan kepada dua persoalan di atas. Fikirkan …

Lain orang lain kefahaman mereka tentang dua persoalan ini. Sudahnya itu yang kita ihat ada antara kita yang cepat melakakan perubahan, ada yang lambat melaksanakan perubahan dan ada yang sentiasa ‘blur’ dalam melaksanakan perubahan!

Bila bercakap mengenai perubahan, kita sebenarnya akan lebih peka dengan soal ini bilamana kita mengingat cerita ‘katak rebus’. Cerita katak rebus ini mengesahkan bagaimana seekor katak itu bila berada dalam satu air yang dipanaskan perlahan-lahan akan cuba terus kekal didalam air tersebut walau air itu bakal membunuhnya.

Ini berlaku disebabkan keselesaan katak tersebut dalam air itu membuatkan beliau alpa dengan keadaan sekelilingnya. Kita katakana katak itu di dalam Zon Selesa. Apa itu Zon Selesa?

Ianya merupakan satu tempat yang kita rasa selesa dan bila datang keperluan untuk berubah, kita rasa tidak perlu melakukan perubahan disebabkan keselesaan itu tadi. Namun jika kita tidak menyahut perubahan tersebut, kita sebenarnya akan mundur kebelakang dan akhirnya membawa kepada kehancuran kita. Bahaya zon selesa ialah ia tidak menyakitkan dan malah mungkin menyeronokkan.

Lawan Zon Selesa ialah Zon Tempur! Perbezaan antara dua zon ini ialah seperti rajah di bawah;


Bila sebut mengenai perubahan, satu perkara perlu kita renungkan. Semua orang merasakan           perubahan itu payah! Dalam kata lain, bukan anda seorang sahaja yang merasakan perubahan itu payah! Jadi, laksanakan perubahan tersebut sehingga terlaksana perubahan itu!

Akhir kata, bila bercakap mengenai perubahan, tanyakan pada diri. Adakah Aku ingin Berubah?

Hidup adalah satu permainan tentang perubahan. Tidak wujud berdiam diri dalam dunia ini. Tidak wujud berdiam diri dalam hidup ini. Aku tidak boleh berdiam diri selamanya! Aku samada bergerak ke depan atau ke belakang. Jika aku tidak berminat untuk bergerak ke depan, Aku semestinya sedang bergerak ke belakang! Aku akan berubah kerana itu tanggungjawab aku. Bukan tanggungjawab orang lain mengubah aku!

No comments:

Post a Comment