.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, December 7, 2015

Program Better.Brighter – Gambaran Besar 1TNB – Bah 1 (Siri 8)


Mari sama-sama kita fahami apa yang terkandung di dalam Gambaran Besar 1 TNB di atas.


Perkara 1: Anggota Kerja TNB

Siapa anggota kerja TNB? Bagi TNB, inilah sumber utama TNB untuk mencapai matlamatnya. Bagi TNB, semua anggota kerja TNB penting kerana ada peranan yang perlu dimainkan dalam TNB ini. Jika tidak, mengapa TNB sanggup membayar gaji kepada anggota kerjanya? Fikirkan …

Semestinya setiap anggota kerja TNB perlu tahu apa peranan yang dimainkan melalui tugas masing-masing bagi mencapai matlamat TNB itu. Soalnya apa matlamat TNB itu?

Perkara 2: Domestic Dominance Regional Champion (DDRC)

DDRC ini merupakan matlamat bersama semua anggota kerja TNB tidak kira dimana mereka berada di dalam TNB ini. Apakah maksud DDRC ini?

Domestic Dominance bermakna TNB menetapkan matlamat agar segala bisnes pembekalan elektrik di Malaysia ini di BOLOT oleh TNB. Memandangkan pembekalan elektrik ini merupakan satu bisnes, sudah semestinya TNB harus mempunyai mindset bisnes.

Sekiranya TNB tidak berhasrat membolot bisnes ini, pasti ada pihak lain yang akan cuba mengambil peluang bisnes ini. Ingatlah, bisnes pembekalan elektrik di Malaysia ini tidak cukup besar untuk kewujudan TNB ini sendiri. Jadi, bila ada syarikat lain yang memasuki bisnes ini, sudah pasti kedudukan TNB tergugat.

Bagi memastikan TNB sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan, itulah sebabnya mengapa TNB juga berhasrat untuk ke luar negara dengan bertemakan mencapai ‘Regional Champion’. Regional Champion bermakna bagi tempat-tempat yang telah dikenalpasti di luar negara, TNB mahu menjadi juara bilamana ada projek atau tender yang dikemukakan di tempat-tempat berkenaan. Tempat-tempat berkenaan itu di waktu ini  ialah seperti di negara-negara Pakistan, Arab Saudi dan negara-negara Afrika.

Dengan pencapaian DDRC ini, ianya bakal menyaksikan TNB terus relevan dan dapat terus memberi faedah kepada rakyat Malaysia amnya dan anggota kerja TNB khususnya.  Atas sebab itu, anggota kerja TNB mesti diprsiapkan dan mempersiapkan diri untuk menyahut cabaran DDRC ini.

Kesan Penjualan aset EDRA kepada Syarikat Luar kepada TNB.

Kesan ini ada baik dan buruknya. Kesan buruknya dan yang sangat jelas ialah ianya melambatkan usaha TNB mencapai DDRC. Ianya juga telah mengutarakan satu bentuk pertandingan yang sangat hebat kepada TNB baik dalam atau luar negara kerana syarikat yang memenangi aset EDRA ini bukan calang-calang kemampuannya.

Kesan baiknya pula ialah kegagalan ini sebenarnya membuatkan anggota kerja TNB tidak terus duduk dalam zon selesa (Itupun bergantung kepada cara pandang anggota kerja TNB berkenaan). Sudah jelas di masa depan TNB tidak akan terus memboloti bisnes pembekalan elektrik di dalam negara.


Segala inisiatif untuk menjadi TNB makin ‘BIG, FAST, SMART’ perlu dipercepatkan agar mampu bertanding dengan syarikat gergasi pembekalan elektrik dari seluruh dunia. Yang pastinya, kelewatan ini bakal menyaksikan TNB kian cepat menjadi tidak relevan!

Atas sebab itu segala inisiatif TNB masakini seperti seperti VUP. Pencarian '50 CEO', ‘Merger and Acquisition’ dan lain-lain lagi perlu sangat di beri perhatian dan disokong! 

No comments:

Post a Comment