.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, December 7, 2016

Kata-Kata Peringatan Kehidupan dari Al Quran



”Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.“ - Surah Al-Baqarah Ayat 268

Ayat di atas mesti kita pegang degngan erat. Percayalah akan limpah kurnia Allah yang maha luas. Allah akan pasti memberikan anda kurniaan yang banyak dan melimpah ruah.

Tak perlu takut dengan bisikan syaitan yang menakut-nakutkan anda dengan kesusahan dan kemiskinan atau kegagalan.

Buat pelaburan, samada wang atau masa serta tenaga untuk membina kejayaan yang lebih tinggi. Tak perlu takut rugi, tak perlu risau mati kebuluran.

Asalkan ianya menuju kepada kebaikan, yakinlah benar-benar pada limpah kurniaan Allah. Berusahalah dan bersabar dengan penuh istiqamah.

”Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. “ - Surah Al-Baqarah ayat 177

Ayat-ayat di atas untuk kita ambil iktibar apakah maksud sebenar perkara kebaikan yang perlu kita amalkan.

Dalam menjalankan perniagaan, tidak boleh tidak kita pasti menghadapi berbagai masalah terutamanya kesempitan duit untuk menjayakan perniagaan kita.

Ketika itu, usahawan perlu bersabar dan tetap berusaha menyelesaikan segalanya dengan memilih jalan yang halal dan lurus.

Kesabaran itu juga merupakan satu kebaikan dan hasilnya akan pulang balik pada usahawan apabila apa yang diusahakannya berjaya.

Kata-Kata Pedoman untuk Perniagaan



Pedoman 1: ”Ready, Fire, Aim“

Kata-kata hikmat ini memang menjadi salah satu kegemaran dan amalan saya ketika mahu memulakan perniagaan. Ianya lebih kurang sama dengan ayat di atas tadi.

Jangan pula terus tembak tak tentu hala dan membuang tenaga. Sebab itu perkataan ‘ready’ di atas tu penting. Ertinya bersedia terlebih dahulu menghadapi sasaran dan kemudiannya jangan fikir banyak untuk membidik.

Terus tembak, dan mula membidik hasil dari tembakan pertama tadi untuk menemui sasaran.

Pedoman 2: ”You become what you think about .“

Ramai orang pernah dengar ayat ini dan ramai juga orang yang dikatakan menyebutkan ayat yang sama. Walau siapapun sebenarnya yang menyebut ayat ini, ianya memang tepat sekali.

Oleh itu pilihlah, dan impikan serta bayangkan apa yang anda ingin jadi. Bergerak dan berusaha ke arah itu sehingga anda semakin dekat menghampirinya.

Semakin jelas bayangan yang anda nampak dalam fikiran anda, semakin hampir anda merealisasikannya.

Justeru itu, amat penting dengan siapa anda bergaul, buku apa yang anda baca, maklumat apa yang anda tapis masuk ke dalam minda. Ia membantu anda membetulkan fikiran dan menyempurnakan bayangan yang anda lihat dalam kepala.

Pedoman 3:  “When everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off against the wind, not with it.”

Kalau asyik cari alasan demi alasan untuk menyahkan rasa bersalah dan kegagalan anda, tak akan ke mana.

Memang semua kejayaan dihalang oleh berbagai rintangan. Dan rintangan itulah yang perlu digunakan untuk menaikkan diri anda.

Hadapilah segala rintangan, cari jalan dan selesaikannya satu persatu, sehinggalah anda dapat melonjakkan diri naik ke atas.

Pedoman 4:  “If you’re not a risk taker, you should get the hell out of business.”

Memag agak keras kata-kata ini. Tetapi itulah hakikatnya. Kalau tunggu segalanya sempurna tiada risiko, anda memang hanya sesuai untuk terus hidup dengan jadi pemakan gaji yang tegar.
Namun itulah yang sering dijadikan alasan oleh semua orang yang selesa makan gaji dari terjun menjadi seorang usahawan. Takut tak makan lah, takut susah, takut gagal, takut itu dan takut ini….

Pedoman 5 : “It does not matter how slowly you go as long as you do not stop.”

Kehidupan dan juga kejayaan bukanlah satu perlumbaan antara anda denan orang lain. Ia lebih kepada perubahan terhadap diri anda sendiri.
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Ukur perubahan terhadap diri sendiri. Tak kisah samada cepat atau lambat.

Jangan nak kejar rakan anda yang dah ada kereta besar, syarikat berjaya, wang jutaan ringgit dan sebagainya. Anda bukan berlumba dengan dia.

Berusaha dan terus berusaha, yang penting anda tidak berhenti daripada berusaha sehingga jaya.

Pedoman 6: “Do not be embarrassed by your failures, learn from them and start again.”

Saya tahu ramai yang dah kecundang dalam perniagaan dan terpaksa cari jalan lain untuk terus hidup menyara kehidupan.

Tak perlu malu dengan kegagalan yang telah anda lalui. Yang penting belajar kesilapan dan kegagalan tersebut dan buat sekali lagi dengan cara berbeza.

Sunday, December 4, 2016

Quotes for December 2016 Part 2










Renungan Akhir Tahun 2016 Part 3


”If you’re not embarrassed by you first product, you’he launched too late “

Ayat ini memang ada banyak kebenarannya terutamanya jika anda mahu menjadi seorang usahawan.


Ramai orang yang terlalu idealistik. Mereka mahu produk yang terlalu sempurna sebelum memulakan perniagaan.

Untuk sempurnakan sesuatu produk, memang perlukan masa, duit dan kerahan tenaga yang banyak dan tidak ada orang yang mampu sediakan kesemua tersebut.

Oleh itu terima hakikat bahawa segalanya bermula dari bawah. Sedikit demi sedikit naik ke atas menempuh satu perjalanan yang amat panjang.

Jadilah seorang yang realistik. Asalkan sesuatu produk itu boleh diterima dalam keadaan minimum yang termampu, lancarkannya segera dan tak perlu tunggu sehingga anda boleh merasa bangga dengan produk yang anda keluarkan.

Renungan Akhir Tahun 2016 Part 2


”The new sources of power is not money in a the hands of a few, but information in the hands of many “


Kehebatan dan kekuasaan bukan lagi ada pada orang yang punya banyak duit dalam simpanan mereka. Sebaliknya, kekuasaan berterabur dalam bentuk maklumat yang diketahui oleh ramai orang.

Ringkasannya adalah bahawa dalam dunia teknologi maklumat sekarang ini, wang saja bukan lagi menjadi faktor kepada kekuasaan. Kekuasaan dan kehebatan ada pada maklumat. Bagaimana kita mendapatkan dan meliat maklumat.

Dan maklumat pula terlalu banyak dipegang dan disimpan oleh berbagai orang di seluruh dunia sekarang ini. Maklumat juga dapat dikongsikan sekelip mata dan mampu disebarkan di seluruh pelusuk dunia.

Kata-kata ini adalah petikan daripada John Naisbitt, seorang penulis dan penceramah dalam sains masa depan yang hebat dilahirkan pada tahun 1929. Bukunya yang amat terkenal bertajuk Megatrend diterbitkan pada tahun 1982 amat terkenal di seluruh dunia.

Kata-kata tersebut boleh membawa erti, orang yang berupaya mengumpul maklumat sebanyak mungkin dari sumber-sumber yang sahih dan boleh dipercayai mampu menjadi hebat dan berkuasa. Asalkan dia sanggup membuat analisa yang baik terhadap segala maklumat yang didapatinya.

Untuk mengamalkan kata-kata hikmat ini, anda perlu sentiasa membina jaringan sekerap mungkin. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang berkenaan dengan industri yang sedang anda ceburi.

Jalin perhubungan dengan mereka yang punya pengaruh, juga dengan rakan-rakan dalam industri yang sama, juga dengan rakan-rakan usahawan dalam industri yang berbeza.

Aktif juga bersama dengan masyarakat setempat dan tidak lupa juga sentiasa berhubungan dengan kawan-kawan samada lama atau baru.

Dan jangan lupa maklumat daripada teknologi internet yang terlalu banyak sekarang ini. Anda hanya perlu bertanya pada google untuk mendapatkan jutaan maklumat yang berguna.

Sediakan diri untuk mampu belajar maklumat, teknologi dan perkara baru dengan cekap dan pantas.

Renungan Akhir Tahun 2016 Part 1


”You are the average of the 5 people you hang around with “

Kata-kata hikmat ini rasanya ramai yan dah pernah dengar. Kalau anda belum pernah dengar ayat ini, sekarang anda dah tahu tentangnya dan boleh cuba amalkannya.


Fikirkan 5 atau 6 orang kawan atau kenalan yang anda sering bersama. Siapa mereka ?, di mana kedudukan mereka ? bagaimana sikap mereka ?

Cuba fikirkan masak-masak dan buat analisa secara jujur.

Apakah mereka lebih berjaya daripada anda dan dapat membantu anda belajar perkara-perkara baru yang mendatangkan manfaat terhadap matlamat anda.

Jika 5 atau 6 orang yang sering anda berjumpa dan bersama tak masuk dalam kategori tersebut, ertinya sudah tiba masanya untuk anda tukar dengan kumpulan lain secara perlahan-lahan.

Berusahalah untuk mencari mereka samada secara offline mahupun secara online. Bina hubungan dan kerap bersama mereka.

Lebih kerap anda bertemu, berhubungan dan bertukar fikiran dengan orang-orang yang berjaya, maka lebih hampir dan mudah untuk anda turut sama menempah kejayaan.

Quotes for December 2016 Part 1











Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 10



Lain-Lain Intervensi Kepimpinan

Bagi memastikan SILK ini sentiasa dinamik atau sesuai dengan situasi dan keperluan sesuatu masa itu, sebarang intervensi kepimpinan baru boleh diperkenalkan dalam SILK ini di masa depan atau  sebarang intervensi kepimpinan sedia ada boleh dihentikan perlaksanaannya sekiranya tidak relevan lagi.

Kesimpulan

Sistem Intervensi Kepimpinan (SILK) merupakan satu sistem transformasi kepimpinan dan anggota kerja yang melibatkan semua pemimpin dan anggota kerja dalam sesuatu Unit Bisnes bagi membina mindset positif anggota kerja (mindset diukur melalui perubahan tingkahlaku) bagi memudahkan pencapaian nilai produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan (nilai diukur melalui ‘business results’)  secara bersepadu. Sistem ini mudah dan praktikal untuk diamalkan dalam suasana bisnes dan dunia sekarang.

Diyakini, SILK ini amat membantu Unit-Unit Bisnes yang baru ditubuh dibawah inisiatif VUP bagi mencapai nilai dan ‘business results’ masing-masing.

Pengalaman menunjukkan penglibatan semua anggota kerja terutamanya mereka di kalangan pemimpin unit bisnes amat kritikal dalam melaksana SILK ini bagi merangsang kejayaan yang diimpikan.

Moga Unit Bisnes yang menggunapakai SILK ini mendapat faedah dari pelaburan dan pengamalan SILK ini! 

Better.Brighter Together!

Untuk keterangan lanjut, hubungi Mior Azli Mior Md Isa di saluran berikut;

Hand Phone          :               019-224-5079
Email                     :               miorami@tnb.com.my
Blog                       :               miorazliatsssabasic.blogspot.com

Apa Pilihan Anda?

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 9


Tahap 8 – Pengukuran Pencapaian ‘Business Results’


Segala intervensi yang dilaksanakan sepanjang perjalanan SILK diukur keberkesanannya berdasarkan kepada dua kriteria.

Pengukuran pertama ialah pengukuran dari segi tingkahlaku (behaviour) anggota kerja Unit Bisnes (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 3). Pengukuran ini akan menentukan samada wujud perubahan mindset anggota kerja.

Pengukuran kedua ialah pengukuan dari segi pencapaian ‘business results’ Unit Bisnes  (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 4). Pengukuran ini akan menentukan samada nilai yang ada dalam produk atau perkhidmatan yang ditawarkan itu telah tercapai atau sebaliknya.

Perlu dtekankan sekali lagi disini bahawa perubahan tingkahlaku anggota kerja Unit Bisnes (Kirkpatrick Level 3) akan memberi banyak pengaruh kepada pencapaian ‘business results’ Unit Bisnes (Kirkpatrick Level 4). Kenyataan ini berpandukan kepada katanya sebuah buku bertajuk ‘Evaluating Training Programs: The Four Levels’ tulisan Donald Kirkpatrick di muka surat 26 seperti di bawah;

“Trainers must begin with desired results and then determine what behaviour is needed to accomplish them. Then trainers must determine the attitudes, knowledge, and skills that are necessary to bring about the desired behaviour(s). The final challenge is to present the training program in a way that enables the participants not only to learn what they need to know but also react favourably to the program.”

Pengukuran Tingkahlaku (Kirkpatrick Level 3) ini bukan terhasil dari semata-mata dari apa yang dilakukan di dalam kelas tetapi juga dari usaha mempraktikkan ilmu yang ditemui dalam kelas serta usaha membimbing pengamalan ilmu itu di dalam tugas. Dalam kata lain, hasil pengukuran tingkahlaku (Kirkpatrick Level 3) adalah hasil dari pengamalan pendekatan 70:20:10.

Hasil pengukuran ‘business results’ (Kirkpatrick Level 4) pula semestinya berkadar terus dengan perubahan tingkahlaku (behaviour) yang dicerap (Kirkpatrick Level 3) hasil dari intervensi SILK sebelum ini.

Seperti yang dikatakan di awal kertas kerja ini, ‘business results’ adalah hasil dari pengelolaan ‘hardware’ dan ‘software’ sesuatu Unit Bisnes itu. Manakala pengelolaan ‘’hardware’ dan ‘software’ dilaksanakan oleh anggota kerja Unit Bisnes tersebut (humanware). Semestinya tingkah laku (behaviour) yang diukur disini (Kirkpatrick Level 3) adalah perubahan ‘humanware’ selepas melalui intervensi SILK ini. Atas sebab itu, perubahan ‘humanware’ ini semestinya memberi kesan kepada ‘business results’ Unit Bisnes tersebut.

Pengukuran yang dilaksanakan ini bukan bertujuan untuk mencari salah sesiapa tetapi lebih kepada satu inisiatif untuk mengenalpasti apakah tindakan selanjutnya bagi merapatkan jurang-jurang yang wujud.

Pengukuran ini juga amat penting bagi mengenalpasti pembelajaran yang diperolehi selepas melaksana SILK dan juga bagi melihat samada pelaburan yang dibuat ke atas Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) ini menguntungkan atau sebaliknya.

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 8


Tahap 7 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 3


Pengalaman menunjukkan ramai anggota kerja tidak bersungguh-sungguh untuk membina kompetensi diri yang sebenarnya mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam pasaran. Adalah amat merugikan jika seorang anggota kerja itu hanya bertugas untuk melaksana tugas yang dipertanggungjawab tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk membina kompetensi diri.

Secara psikologinya, bilamana seorang anggota kerja itu telah mempunyai kompetensi diri, ianya akan turut membina mindset positif beliau. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mindset positif anggota kerja sangat penting kerana ianya amat kuat dalam mempengaruhi pencapaian nilai dan ‘business results’ Unit Bisnes.  
 
Bagi mencapai maksud di atas, Intervensi Better.Brighter Fasa 3 dilaksanakan untuk anggota kerja Unit Bisnes itu. Satu pendekatan yang diberi mana ‘packaging expertise’ digunakan. Walaupun kaedah ini telah pun dikongsi dalam Intervensi Better.Brighter Fasa 1, namun pada tahap ini, perkongsian ilmu yang lebih terperinci akan dilaksanakan bagi mempengaruhi anggota kerja agar benar-benar serius dalam soal peningkatan kompetensi diri mereka.

Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 3 (Business Model You) (2 hari 1 malam)

Bab 1:    Apa makna Matlamat Peribadi dalam tugas?
Bab 2:    Penetapan Matlamat Peribadi  – Business Model You
Bab 3:    Perancangan Perlaksanaan Matlamat Peribadi.
Bab 3:    Hukum-Hukum Tuhan
Bab 4:    Cerita Ben
Bab 5:    Meditasi dan Penegasan Diri
Bab 6:    Apa Pilihan Anda?

Output dari intervensi ini ialah penerangan untuk bagaimana menyediakan Pelan Perancangan Matlamat dan Pelan Perlaksanaan Matlamat Diri dalam tugas berdasarkan Business Model You. Sila rujuk Rajah 7 dibawah.

Rajah 7 : Business Model You

Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka. (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)

Bila pulang dari intervensi ini, para anggota kerja diminta untuk mula menetapkan apa ilmu, kemahiran, atau pengalaman yang mahu mereka perolehi dari tugas mereka dan kemudiannya berusaha ‘membungkus’ (package) perkara yang dikumpul itu ke dalam bentuk yang mampu membawa nilai kepada diri sendiri seperti Pengiktirafan (Sijil), Produk, Perkhidmatan, Konsultansi atau Modul Seminar.

Inisiatif ini amat perlu dilakukan agar disamping membantu unit bisnesnya mencapai hajatnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 2), anggota kerja itu tidak juga melupakan untuk menaik taraf dirinya. Perkara ini juga mudah dilakukan bilamana anggota kerja tersebut telah mempunyai mindset yang sewajarnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 1, Intervensi 7 Habits of Highly Effective People dan Intervensi Let’s Talk (Arbinger)). Sudahnya ini mewujudkan suasana ‘win-win’ antara unit bisnes dan anggota kerjanya.

Sunday, November 20, 2016

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 7


Tahap 6 - Perlaksanaan Intervensi Let’s Talk - Arbinger


Semasa dalam perjalanan bagi mencapai nilai dan ‘business results’ Unit Bisnes, disedari amat penting perlu selalu diadakan perbualan antara anggota kerja dan ‘immediate manager’ bagi melihat prestasi anggota kerja dan ‘immediate manager’ tersebut..

Bertolak dari kesedaran ini, intervensi Let’s Talk akan dikongsikan kepada anggota kerja Unit Bisnes tersebut. Melalui intervensi ini. ilmu untuk bagaimana mengadakan perbualan prestasi (performance conversation) akan dikongsikan kerana ilmu ini diyakini dapat membantu anggota kerja Unit Bisnes itu untuk mencapai penambahbaikan prestasi (performance improvement)

Kandungan Intervensi Let’s Talk - Arbinger (2 hari)

Bab 1: Gambaran Besar TNB dan hubungkait dengan Let’s Talk - Arbinger             
Bab 2: Rangkakerja 1 - Mindset
Bab 3: Rangkakerja 2 - Bagaimana Mindset kita menjadi Inward Mindset
Bab 4: Rangkakerja 3 - Gaya Inward Mindset
Bab 5: Rangkakerja 4 - Pakatan
Bab 6: Rangkakerja 5 - Outward and Inward Mindset di Tempat Kerja
Bab 7: Rangkakerja 6 - Piramid Pengaruh Arbinger
Bab 8: ‘Packaging Expertise’, Piramid Pengaruh Arbinger dan ‘Building Capacity’
Bab 9: Rangkakerja 7 - Strategi Di Luar - Di Dalam - Keluar
Bab 10 ‘Center of Excellence’ dan Strategi Di Luar - Di Dalam – Keluar dan ‘Building    Performance’ dan ‘Building Growth’
BaB 11: Tujuh Rangkakerja Let’s Talk (Arbinger) dan ‘Building Trusst and Relationships’

Output dari intervensi ini ialah Pengamalan Tujuh Rangkakerja Let’s Talk (Arbinger) membantu membina ‘Building Trust and Relationships’ (Thrust pertama dalam Empat Thrust TNB). Pengamalan Piramid Pengaruh Arbinger (Rangkakerja 6) membantu membina ‘Packaging Expertise’ dan seterusnya membantu ‘Building Capacity’ (Thrust kedua dalam Empat Thrust TNB) Pengamalan Strategi Di Luar - Di Dalam - Keluar (Rangkakerja 7) membantu membina ‘Center of Excellence’ dan seterusnya membantu ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ (Thrust ketiga dan keempat dalam Empat Thrust TNB). Sila rujuk Rajah 6 dibawah.

Rajah 6: Tujuh Rangkakerja Intervensi Let’s Talk - Arbinger

Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka. (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)

Bila pulang dari intervensi ini, para peserta diminta untuk mengamal ke tujuh-tujuh Rangkakerja ini dalam tugas mereka kerana dengan terbinanya ke tujuh-tujuh Rangkakerja didalam diri bakal meningkatkan kualiti komunikasi antara mereka dan bakal memudahkan mereka mencapai matlamat yang mahu dicapai seperti ‘Packaging Expertise’ (matlamat individu) dan ‘Center of Excellence’ (matlamat berpasukan).

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 6


Tahap 5 - Perlaksanaan Intervensi 7 Habits of Highly Effective People

 

Bagi memudahkan lagi para anggota kerja satu Unit Bisnes itu mencapai nilai dan ‘business results’, mereka perlu menjadi orang yang berkesan (effective). Berdasarkan kata Steven Covey, orang yang berkesan perlu mempunyai 7 Tabiat orang yang tinggi keberkesanannya.

Melalui intervensi ‘7 Habits of Highly Effective People’, ilmu mengenai 7 Tabiat di atas akan dikongsikan. Ilmu ini kemudiannya disarankan untuk diamalkan secara berterusan bagi menukar ilmu ini kepada tabiat.

Kandungan Intervensi 7 Habits of Highly Effective People (3 hari)

Bab 1: Gambaran Besar TNB dan hubungkait dengan 7 Habits of Highly Effective People                
Bab 2: Konsep Penting 7 Habits of Highly Effective People
Bab 3:    Kontinuum Kematangan
Bab 4:    Bagaimana Untuk Mengubah Tabiat
Bab 5:    Paradigma dan Prinsip-Prinsip Keberkesanan
Bab 6:    Tabiat 1: Jadi Proaktif
Bab 7:    Tabiat 2: Bermula Dengan Matlamat Di Minda
Bab 8:    Tabiat 3: Utamakan Perkara Penting Dahulu
Bab 9:    Packaging Expertise, ‘Private Victory’ dan ‘Building Capacity’
Bab 10: Akaun Bank Emosi
BaB 11: Tabiat 4: Fikirkan Menang-Menang
Bab 12: Tabiat 5: Usaha Untuk Memahami Dahulu, Kemudian Untuk Difahami
Bab 13: Tabiat 6: Sifat Sinergi
Bab 14: Center of Excellence, ‘Public Victory’ dan ‘Building Performance & Growth’
Bab 15: Tabiat 7: Menajamkan Gergaji
Bab 16: Kontinuum Kematangan dan ‘Building Trust and Relationships’

Output dari intervensi ini ialah Pengamalan Habits 1 hingga 7 membantu membina ‘Building Trust and Relationships’  (Thrust pertama dalam Empat Thrust TNB).  Pengamalan Habits 1 hingga 3 membantu membina ‘Packaging Expertise’ dan seterusnya membantu ‘Building Capacity’ (Thrust kedua dalam Empat Thrust TNB). Pengamalan Habits 4 hingga 6 membantu membina ‘Center of Excellence’ dan seterusnya membantu ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ (Thrust ketiga dan keempat dalam Empat Thrust TNB). Sila rujuk Rajah 5 di bawah.

Rajah 5: Sinopsis 7 Habits of Highly Effective People

Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka. (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)

Bila pulang dari intervensi ini, para peserta diminta untuk mengamal ke tujuh-tujuh Tabiat ini dalam tugas mereka kerana dengan terbinanya ke tujuh-tujuh tabiat didalam diri bakal menjadikan mereka sebagai orang yang berkesan (effective) kerana dengan menjadi orang yang berkesan pula, bakal memudahkan mereka mencapai matlamat yang mahu dicapai seperti ‘Packaging Expertise’ (matlamat individu) dan ‘Center of Excellence’ (matlamat berpasukan).

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 5


Tahap 4 – ‘Coaching’ Perlaksanaan SILK


Disedari bahawa selalu timbul kemushkilan untuk bagaimana mempraktikkan ilmu yang diperolehi dari Intervensi  SILK di dalam tugas. Lain orang lain masalahnya. Maka atas sebab itulah, ‘coaching’ ini perlu dibuat sesuai dengan tuntutan dan keperluan sesuatu Unit Bisnes itu. 

‘Coaching’ ini dilakukan bagi membantu setiap lapisan anggota kerja dalam Unit Bisnes itu menangani cabaran melaksana segala tuntutan Tahap 2, 3, 5, 6 dan 7  dalam usaha membina mindset anggota kerja yang lebih positif bagi memudahkan penghasilan ‘business results’ yang telah ditetapkan pada Tahap 1. 


Sessi ini bukan merupakan satu sessi audit tetapi lebih kepada sessi yang berbentuk santai bagi sama-sama mencari jalan penyelesaian terhadap kerumitan yang timbul.

Sessi ini perlu dilaksanakan secara berulang kali dan pada masa-masa yang dipersetujui disepanjang perlaksanaan SILK. Kadar waktu perlaksanaan ini juga bergantung kepada keperluan sesuatu Unit Bisnes ketika itu.

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 4


Tahap 3 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 2


Bagi menyusun dan mengembeling segala sumber bagi melaksana Packaging Expertise (Building Capacity) dan Center of Excellence (Building Performance dan Building Growth) bagi mencapai ‘business results’ yang akan membawa terbinanya nilai kepada pelanggan Unit Bisnes, Intervensi Better.Brighter Fasa 2 dikongsi dengan semua ‘leaders’ dan ‘informal leaders’ dalam Unit Bisnes tersebut.

Rajah 4: Business Model Canvas

Bagi mencapai maksud di atas, satu alat pengurusan bernama ‘Business Model Canvas’ digunakan (Rajah 4). Melalui penggunaan alat ini juga, maksud mindset bisnes, business model dan value creation yang selalu disebut oleh Dato Seri CEO akan diterangkan dalam bahasa yang mudah.

Melalui intervensi ini juga, akan dijajarkan semua ‘business results’ Unit Bisnes kepada semua nilai yang dikehendaki oleh pelanggan Unit Bisnes tersebut.

Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 2 (Business Model Canvas) (3 hari 2 malam)

Bab 1:    Penglibatan Diri secara holistik dalam melaksana BMC
Bab 2:    Mindset Bisnes dan Asas Bisnes
Bab 3:    Pembentukan ‘Unit Sdn Bhd’
Bab 4:    Pengenalan BMC
Bab 5:    Langkah-langkah Pembinaan BMC
Bab 6:    Ringkasan BMC
Bab 7:    Contoh Syarikat Besar Dunia yang mengamal BMC
Bab 8:    Kaedah Penceritaan (Storytelling) BMC
Bab 9:    Melayari Persekitaran Bisnes Anda
Bab 10: Corak (Pattern) BMC
Bab 11: Pembinaan BMC yang ‘disruptive’
Bab 12: BMC & Blue Ocean Strategy
Bab 13: Cerita ‘Carl and Beth’ – Pengembaraan BMC
Bab 14: Perancangan Perlaksanaan BMC dalam Unit Bisnes – P.D.C.A.
Bab 15: Kebaikan dan Kelebihan BMC
Bab 16: Mempengaruhi Anggota Kerja melaksana BMC
Bab 17: Muhassabah ‘Unit Sdn Bhd’
Bab 18: Apa Pilihan Anda?

Output dari intervensi ini ialah para ‘leaders’ dan ‘informal leaders’ akan mampu menyusun perlaksanaan Packaging Expertise dan Center of Excellence bagi membina ‘business results’ Unit Bisnes.

Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka. (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)

Bila pulang dari intervensi ini, para peserta diminta melihat Unit Bisnes dimana mereka berada sebagai satu entiti bisnes. Seterusnya mereka diminta untuk merancang perlaksanaan strategi Unit Bisnes mereka menggunakan Business Model Canvas (BMC). Perlaksanaan BMC ini jadi mudah bilamana perhubungan dan saling mempercayai (trust) sudah sedia terujud. (Hasil dari Intervensi Better.Brighter Fasa 1)  

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 3


Tahap 2 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 1


Tujuan kepada intervensi ini ialah untuk  menyuntik mindset positif (fikiran, perasaan, pilihan) di kalangan anggota kerja Unit Bisnes dengan menerangkan inisiatif utama dalam TNB dalam bahasa yang mudah serta menceritakan bagaimana inisiatif utama ini berhubung kait berdasarkan satu gambaran yang diberi nama Gambaran Besar TNB. (Rujuk Rajah 2) Berikutnya akan diterangkan pula bagaimana untuk mencapai Gambaran Besar TNB ini baik secara individu atau berpasukan berpandukan kepada beberapa pendekatan dan alat. (Rujuk Rajah 3)

Rajah 2: Gambaran Besar TNB

Rajah 3: Pendekatan Pencapaian Gambaran Besar TNB

Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 1 (4 hari 3 malam)

Bab 1     -   Empat Renungan
Bab 2     -   Ke Arah Better.Brighter!
Bab 3     -   Kenal Diri - Konsep ‘Stick Person’
Bab 4     -   Bagaimana Diri Beroperasi?
Bab 5     -   Cara Pandang
Bab 6     -   Perjalanan Malam – Muhassabah Hati
Bab 7     -   Profail Diri – D.i.S.C.
Bab 8     -   Packaging Expertise
Bab 9     -   Center of Excellence
Bab 10   -   Packaging Expertise dan Center of Excellence.
Bab 11   -   Pembentukan ‘Passion’
Bab 12   -   Masa – Satu Renungan
Bab 13   -   Susulan
Bab 14   -   Pilihan Saya?

Output dari intervensi ini ialah untuk memberi ilmu untuk bagaimana mengubah mindset anggota kerja agar mereka tahu apakah kaedahnya untuk menjadi lebih positif dan menyedarkan mereka bahawa  mereka mesti memberi yang terbaik dalam tugas serta kepentingan kerjasama antara mereka bagi mencapai nilai dan ‘business results’ Unit Bisnes.

Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka. (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)

Bila pulang dari intervensi ini, para peserta diminta untuk berusaha membina perhubungan yang lebih baik antara mereka agar wujud kepercayaan atau ‘trust’  antara mereka (Building Trust & Relationships), melaksana ‘Packaging Expertise’ untuk diri (Building Capacity) dan melaksana ‘Center of Excellence’ secara berpasukan (Building Performance and Building Growth) berdasarkan ilmu yang diperolehi dari intervensi ini.

Usaha-usaha ini akhirnya akan membawa kepada terbinanya tingkahlaku yang lebih baik di kalangan anggota kerja (tanda perubahan mindset) dan tercapainya ‘business results’ (tanda pencapaian nilai yang ditawarkan melalui produk atau perkhidmatan) Unit Bisnes tersebut.

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 2


Tahap 1 – Sessi Temubual bersama Pengurusan Unit Bisnes


Seperti yang sedia maklum, tujuan utama seorang Ketua Unit Bisnes ialah untuk menghasilkan ‘business results’ yang mampu memberi nilai menerusi produk atau perkhidmatan yangt ditawarkan kepada pelanggan Unit Bisnes tersebut. ‘business results’ ini dicapai melalui sejauh mana baiknya pengelolaan ‘hardware’ (seperti perkakasan Unit Bisnes) dan ‘software’ (seperti sistem dan proses Unit Bisnes) Unit Bisnes itu dilaksanakan.

Sejauh mana baiknya pengelolaan ‘hardware’ dan ‘software’ Unit Bisnes yang dilaksanakan oleh anggota kerja Unit Bisnes tersebut semestinya bergantung kepada keberkesanan Ketua Unit Bisnes tersebut mengelola ‘humanware’ (fikiran, perasaan, pilihan - mindset anggota kerja) Unit Bisnes tersebut.

Ringkasnya, nilai dan ‘business results’ akan tercapai bilamana ‘humanware’ ditangani dengan baik oleh Ketua Unit Bisnes tersebut. Itulah sebabnya pada tahap ini, sessi temubual dengan Ketua Unit Bisnes ialah bagi;

a) Mengenalpasti  nilai dan ‘business results’ Unit Bisnes yang mahu dicapai. Pencapaian ini diukur berdasarkan pencapaian ‘business results’ (KPI) – Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 4

b) Mengenalpasti cabaran Unit Bisnes mencapai nilai dan ‘business results’ yang bersangkutan dengan mindset anggota kerja. Perubahan mindset ini diukur berdasarkan perubahan tingkahlaku (behaviour) anggota kerja - Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 3

c) Memberi penerangan mengenai Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) sebagai intervensi menangani mindset anggota kerja kerana difahami bahawa mindset anggota kerja mempunyai pengaruh kuat dalam menghasilkan nilai dan ‘business results’ Unit Bisnes.

d) Mengenalpasti ‘support system’ seperti anggota kerja yang bertanggungjawab khusus untuk memantau perlaksanaan SILK dalam Unit Bisnes.

Ouput dari sessi temubual ini ialah mengenalpasti senarai nilai, ‘business results’, cabaran dari segi mindset anggota kerja Unit Bisnes dan ‘support system’ perlaksanaan SILK. Disamping itu juga ialah untuk mendapat komitmen dari Ketua Unit Bisnes agar sudi terlibat membimbing, memantau dan menyokong perlaksanaan setiap tahap Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) di dalam Unit Bisnes mereka.

Diharap sessi temubual bersama Ketua Unit Bisnes ini akan membuka mata ketua Unit bisnes untuk melihat segala intervensi yang terkandung di dalam SILK ini sebagai jalan untuk membantu usaha beliau untuk mencapai nilai dan ‘business results’ Unit Bisnes beliau dan bukan semata-mata hanya untuk melaksana satu program sahaja. Ini diharapkan akan menimbulkan komitmen beliau untuk membimbing, memantau dan menyokong perlaksanaan SILK di dalam Unit Bisnes.

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 1




Situasi (Situation)

Dunia bisnes kian kompetitif. Sesuatu Unit Bisnes itu perlu mampu melahirkan nilai (value) (yang diukur melalui ‘business results’) yang dikehendaki oleh pelanggannya melalui produk atau perkhidmatan yang ditawarkan pada kadar tenaga, kos dan masa yang paling optima agar kekal relevan di mata pelanggan mereka. Perkara ini amat kritikal bagi setiap Unit Bisnes yang baru ditubuhkan di bawah inisiatif VUP. (Rujuk takrif Nilai dalam nota kaki)

Bagi mencapai hasrat di atas, Ketua Unit Bisnes cuba menwujudkan anggota kerja yang bermindset positif bagi mencapai hasrat di atas. Atas sebab itu, Ketua Unit Bisnes selalu menekankan untuk memberi latihan yang bersesuaian bagi mencapai keperluan ini.

Komplikasi (Complication)

Namun, kelihatan latihan yang diberi itu tidak mampu meninggalkan kesan positif yang berpanjangan di kalangan anggota kerja mereka. Komplikasi ini timbul kerana timbul halangan dari organisasi dan pengurusan dalam tugas anggota kerja untuk mereka mengamalkan apa yang diperolehi di dalam kelas. Antara halangan organisasi dan pengurusan yang dikenalpasti ialah;

a) Strategi Organisasi yang tidak jelas.
b) Corak Pengurusan
c) Politik Dalaman
d) Konflik dalam unit atau antara unit

Sekiranya halangan-halangan ini diselesaikan sebelum sesuatu latihan itu dilaksanakan, barulah Ketua Unit Bisnes itu menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memudahkan anggota kerja mengamal apa yang diperolehi dalam kelas.

Impak (Impact)

Akibat dari komplikasi ini, ianya menimbulkan beberapa impak negatif seperti berikut;
a) ‘Return of Expectation’ yang rendah terhadap latihan yang dilaburkan.
b) Anggota kerja menjadi ‘cynical’
c) Ketua Unit Bisnes merasakan mereka telah melakukan perubahan namun anggota kerja merasakan itu hanya sebagai satu ‘flavour of the month’

Impak-impak negatif ini menandakan gagalnya usaha Ketua Unit Bisnes mewujudkan anggota kerja yang bermindset positif lalu menyaksikan Unit Bisnes tersebut ketinggalan dalam persaingan bisnes mereka dan seterusnya membuatkan mereka tidak lagi relevan di mata pelanggan mereka.

Syor (Position) 

Kenapa impak-impak negatif di atas berlaku ialah disebabkan oleh faktor-faktor berikut;

1) Cara pandang Ketua Unit Bisnes yang melihat Unit Bisnes itu sebagai satu ‘aggregation of individuals’. Dengan cara pandang sebegini, Ketua Unit itu berpendapat anggota kerja perlu dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang bersesuaian berdasarkan semata-mata latihan yang dikenalpasti.

Namun, latihan yang dikenalpasti itu tidak mengambilkira faktor bahawa Unit Bisnes itu sebenarnya merupakan satu sistem yang mempunyai beberapa elemen yang saling berhubungkait iaitu peranan, tanggungjawab dan perhubungan. Elemen-elemen ini selalunya ditentukan oleh oleh struktur organisasi, proses kerja, gaya kepimpinan, latarbelakang profession pekerjaan & budaya hidup dan polisi & amalan Bahagian Sumber Manusia.

2) Kegagalan pihak Sumber Manusia untuk bersemuka dengan Ketua Unit Bisnes untuk menjelaskan bahawa kegagalan perlaksanaan sesuatu strategi itu bukan semata-mata berpunca daripada kekurangan kompetensi seseorang anggota kerja tetapi juga adalah disebabkan oleh polisi dan amalan Ketua Unit Bisnes itu sendiri.

Sudahnya adalah lebih mudah untuk pihak HR memberitahu Ketua Unit Bisnes bahawa anggota kerjanya memerlukan latihan sahaja kerana kegagalan itu adalah disebabkan kekurangan kompetensi anggota kerja berbanding polisi dan amalan Ketua Unit Bisnes itu sendiri.  

Bagi menangani suasana yang tidak diingini ini, disyorkan Ketua Unit Bisnes mengambil kira langkah-langkah berikut;

a) Menetapkan nilai dan hala strategik Unit Bisnes dengan jelas.

b) Mendapatkan maklumbalas daripada anggota kerja tentang halangan kepada perlaksanaan strategi dan pembelajaran. (taboo and elephant)

c) Merekabentuk semula peranan, tanggungjawab dan perhubungan dalam organisasi berdasarkan daripada maklumbalas anggota kerja di atas.

d) Melaksanakan ‘coaching’ terhadap anggota kerja bagi memudahkan mereka mengasilimasi diri mereka dalam suasana organisasi yang baru.

e) Melaksana latihan yang bersesuaian dengan keperluan suasana organisasi yang baru.

f) Mengukur perubahan prestasi dari segi tingkahlaku anggota kerja (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 3) dan ‘business results’ Unit Bisnes (Pengukuran Prestasi  Kirkpatrick Level 4).

g) Melaksana tindakan pembetulan berdasarkan keputusan pengukuran yang dibuat.

Bagi melaksana langkah-langkah di atas, diperkenalkan satu sistem transformasi anggota kerja bernama Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK). Sila rujuk Rangkakerja SILK dalam Rajah 1.
SILK merupakan satu ‘pengembaraan’ anggota kerja satu Unit Bisnes bagi mewujudkan mindset yang positif dalam tugas agar mudah mencipta nilai (yang diukur melalui ‘business results’) dalam produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan berpandukan ilmu dari beberapa siri modul seminar, pengamalan ilmu dari modul seminar tersebut dalam tugas dan ‘coaching’ terhadap pengamalan ilmu dalam modul seminar tersebut yang dilaksanakan secara bersepadu (integrated).

Dalam kata lain, SILK menggunakan pendekatan 70:20:10 dalam perlaksanaannya. Ilmu yang terkandung dalam modul seminar ini unik, praktikal dan sangat sesuai untuk mempengaruhi anggota kerja bagi mencapai maksud yang dinyatakan.

Seperkara lagi, perlaksanaan SILK ini perlu dibuat dengan menumpukan perlaksanaannya kepada satu unit bisnes pada satu–satu masa. Ini dibuat kerana disedari bahawa tahap pembangunan satu Unit Bisnes itu tidak sama dengan Unit Bisnes yang lain. Dengan melaksanakan SILK sebegini, tumpuan khas boleh dibuat terhadap keperluan satu Unit Bisnes itu.

Tindakan (Action)

Diharap para Ketua Unit Bisnes dalam TNB sudi membuat pelaburan bagi melaksana SILK ini untuk Unit Bisnes masing-masing.

Faedah (Benefit)

Diyakini faedah berikut mampu diraih dengan perlaksanaan Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK)  dalam Unit Bisnes;

1) Perubahan mindset yang lebih positif terhadap tugas yang sangat penting bagi membantu mencapai ‘business results’ atau KPI. Ini terutamanya penting bagi menangani kecelaruan mindset anggota kerja di dalam unit bisnes-unit bisnes baru di bawah inisiatif VUP. 

2) Kemampuan mencipta nilai (value creation) produk/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan yang diukur berdasarkan ‘business results’ atau KPI secara terancang, berterusan dan secara bekerjasama oleh anggota kerja Unit Bisnes.

3) Kemampuan membangunkan kompetensi anggota kerja secara terancang dan berterusan. Ini semestinya mencipta nilai (value creation) diri di dalam pasaran.

4) Pembangunan anggota kerja secara menyeluruh iaitu yang menyentuh pembangunan dari segi Intelektual, emosional, spiritual dan fizikal.

5) Pembinaan Empat ‘Thrust’ utama TNB (Building Trust & Relationships, Building Capacity, Building Performance and Building Growth) secara terancang dan berterusan dalam unit bisnes bagi membantu TNB mencapai segala hajat yang ditetapkan.

Nota Kaki:

1) Setiap intervensi SILK juga boleh dilaksanakan secara individu namun disyorkan untuk melaksanakan SILK secara keseluruhan bagi mendapat impak maksima dari SILK ini.

2) Definisi Nilai -  Untuk tujuan kertas kerja ini, Nilai (Value) ditakrifkan sebagai …

• Bagaimana Unit Bisnes membantu pelanggan mereka menyelesai kerja atau masalah pelanggan mereka?

• Apakah kelebihan yang Unit Bisnes beri kepada pelanggan mereka berbanding pesaing (competitor) mereka?

… melalui produk atau perkhidmatan yang Unit Bisnes tawarkan kepada pelanggan mereka.

Wednesday, November 2, 2016

Quotes for November 2016










Business Analytics



Business analytics (BA) is the practice of iterative, methodical exploration of an organization’s data with emphasis on statistical analysis.  Business analytics is used by companies committed to data-driven decision making.

BA is used to gain insights that inform business decisions and can be used to automate and optimize business processes.  Data-driven companies treat their data as a corporate asset and leverage it for competitive advantage. Successful business analytics depends on data quality, skilled analysts who understand the technologies and the business and an organizational commitment to data-driven decision making.

Examples of BA uses include:

- Exploring data to find new patterns and relationships (data mining)
- Explaining why a certain result occurred (statistical analysis, quantitative analysis)
- Experimenting to test previous decisions (A/B testing, multivariate testing)
- Forecasting future results (predictive modeling, predictive analytics)

Once the business goal of the analysis is determined, an analysis methodology is selected and data is acquired to support the analysis.  Data acquisition often involves extraction from one or more business systems, cleansing, and integration into a single repository such as a data warehouse or data mart.  The analysis is typically performed against a smaller sample set of data.  Analytic tools range from spread sheets with statistical functions to complex data mining and predictive modeling applications. 

As patterns and relationships in the data are uncovered, new questions are asked and the analytic process iterates until the business goal is met.  Deployment of predictive models involves scoring data records (typically in a database) and using the scores to optimize real-time decisions within applications and business processes. BA also supports tactical decision making in response to unforeseen events, and in many cases the decision making is automated to support real-time responses.

While the terms business intelligence and business analytics are often used interchangeably, there are some key differences:


Recognizing the growing popularity of business analytics, business intelligence application vendors are including some BA functionality in their products.  More recently, data warehouse appliance vendors have started to embed BA functionality within the appliance. Major enterprise system vendors are also embedding analytics, and the trend towards putting more analytics into memory is expected to shorten the time between a business event and decision/response.

Tuesday, November 1, 2016

Cerita Sultan Murad IV



Sultan Murad IV merupakan seorang sultan yg berani serta berpandangan jauh. Pada suatu malam ketika zaman pemerintahan beliau, beliau merasakan ada sesuatu yg tidak kena dalam hatinya. Beliau merasa cemas, rasa ingin tahu apa sebabnya. 

Lalu beliau memanggil ketua pengawalnya dan mengajaknya keluar untuk melihat keadaan rakyatnya. Sultan Murad IV kebiasaannya akan berjalan melihat rakyatnya di malam hari dengan cara menyamar.

Mereka pun keluar di malam hari, setelah lama berjalan tibalah mereka di lorong yg sempit. Mereka menemui seorang lelaki yg telah meninggal dunia tertiarap di atas tanah. Tempat tersebut tempat orang lalu lalang tetapi tiada sesiapapun yg mempedulikan mayat tersebut. 

Lalu Sultan Murad IV bertanyakan kepada orang yg lalu lalang di kawasan itu, "Mengapa lelaki ini meninggal tetapi tiada sesiapa mempedulikannya dan mengangkat jenazahnya?"

Mereka berkata, "Orang ini suka minum minuman keras dan selalu melakukan zina."

Sultan bertanya kepada beberapa orang di situ tetapi jawapan yg diberikan tetap sama.

Sultan membalas, "Tapi…bukankah ia umat Muhammad SAW? Mari kita angkat jenazahnya, kita bawa ke rumahnya."

Mereka pun membawa jenazah lelaki tersebut ke rumahnya.

Melihat suaminya meninggal, Dalam tangisnya si isteri berkata, "Semoga Allah merahmatimu wahai wali Allah.. Aku bersaksi bahawa engkau orang yang soleh."

Sultan terkejut!

Bagaimana mungkin dia wali Allah sedangkan orang-orang disekelilingnya mengatakan lelaki tersebut kaki botol dan kaki maksiat. Sehinggakan mereka tidak mempedulikan kematiannya.

Si isteri menjawab, "Sudah kuduga pasti akan begini..Sebenarnya, setiap malam suamiku membeli minuman keras dari para penjual sejauh yang ia mampu. Kemudian minuman-minuman itu dibawa ke rumah dan ditumpahkannya ke tandas, sambil berkata;

"Moga-moga aku meringankan dosa kaum muslimin dari meminum minuman keras ini. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Dia juga pergi menemui pelacur pada malamnya untuk memberikan mereka wang dan berkata;
"Malam ini kalian dalam bayaranku, jadi tutup pintu rumahmu sampai pagi."

Kemudian ia pulang ke rumah dan berkata kepadaku;

"Alhamdulillah, malam ini aku telah meringankan dosa para pelacur itu dan pemuda-pemuda Islam dari melakukan maksiat kepada Allah. Semoga dengan usaha yg kecil ini aku mendapat keredhaan dari Ilahi."

Orang-orang yang berada disekelilingnya selalu menyaksikannya membeli arak dan menemui pelacur, lalu menuduhnya dengan berbagai tuduhan.

Aku pernah berkata kepada suamiku; "Kalau kamu mati nanti, tidak akan ada kaum muslimin yang mahu memandikan jenazahmu, mensolatkan jenazahmu dan menguburkan jenazahmu.

Suaminya itu hanya tertawa dan berkata; "Jangan takut, bila aku mati, aku akan disolatkan oleh Sultannya serta kaum muslimin, para Ulama dan para Auliya."

Maka, Sultan Murad pun menangis, dan berkata; "Benar! Demi Allah, akulah Sultan Murad, besok pagi kita akan memandikannya, mensolatkannya dan menguburkannya.

Akhirnya proses jenazah lelaki wali Allah itu dihadiri oleh Sultan, ulama, masyaikh dan seluruh masyarakat."

Subhanallah!


Biarlah kita tidak dikenali manusia, tetapi cukuplah Allah yg mengenali kita. Moga kita juga tidak menilai seseorang dari luarannya sahaja. Jika tidak tahu, diam adalah lebih baik daripada jatuh fitnah...moga Allah meredhai hidup kita semua.