.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, January 1, 2016

Pogram Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 4 (Siri 17)


Sekiranya dalam hidup ini, anda menerima hasil yang negatif, tanyakan pada diri anda hasil negatif ini berpunca dari mana?




Berdasarkan dari rajah di atas, jelas kelihatan ianya berpunca dari tindakan yang negatif. Tindakan yang negatif ini pula berpunca dari keputusan negatif yang anda buat. Keputusan negatif ini banyak dipengaruhi oleh rasa negatif dan fikir yang negatif.




Jadi jika anda mahu mengubah hasil yang negatif kepada positif, jelas kelihatan dari rajah di atas, anda perlu mulakan dengan melayan satu idea yang positif dan kemudiannya idea ini disalurkan melalui sistem ‘stick person’ ini. Satu masa ianya akan keluar sebagai satu hasil yang positif di atas tapak tangan anda.


Penjagaan Hati (Raja)

Hati yang di anggap sebagai Raja di dalam diri (negeri) seorang manusia ini perlu diberi perhatian istimewa agar ianya tidak dikotori. Sebelum ini, kita sudah pun sedia maklum bahawa jika raja ini dikotori, maka raja ini akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang cuba menghancur diri (negeri) baik dari dalam atau luar diri.


Cara paling asas untuk menjaga hati (raja) ini ialah dengan melaksanakan solat (bagi yang beragama Islam) atau meditasi (bagi yang beragama lain). Nilai solat/meditasi kita bertambah baik, maka bertambah baiklah keadaan hati (raja). Moga seleaps ini kita diberi kekuatan untuk memelihara solat/meditasi kita dengan lebih baik.


Penggunaan Konsep Stick Person

Sebenarnya ada banyak penggunaan konsep Stick Person ini.Antara penggunaannya ialah seperti berikut;


1) Memahami dengan mudah apa maknanya Kesedaran Diri.

Berdasarkan konsep Stick Person ini, kesedaran diri boleh ditakrifkan seperti rajah dibawah;




Sekiranya seseorang itu memahami apa yang dimaksudkan dengan kesedaran diri seperti yang dinyatakan di dalam rajah di atas, maka mudah beliau bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan di dalam hidupnya. Sebaliknya, dalam hidup ini beliau sentiasa akan menjadi mangsa keadaan dan selalu suka menyalahkan orang lain (Budaya Bangau).


2) Membantu melihat Manusia sebagai ‘Orang’

Berdasarkan konsep Stick Person ini, mudah bagi seseorang itu ‘nampak’ fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan orang lain. Bila kita mudah ‘nampak’ maka mudah kita menghargai mereka walaupun fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan mereka berbeza dengan diri kita sendiri kerana kita sedar kita punya latarbelakang yang berbeza. Ini sudahya memudahkan kita melihat manusia sebagai ‘orang’ dan bukan ‘barang’. Ini akhirnya bakal memudahkan kita membina hubungan baik dan menwujudkan saling mempercayai di kalangan kita. (Building Trust and Relationship)


3) Menganalisa Hasil yang diterima atau Merancang Hasil yang mahu dicapai


Melalui konsep Stick Person ini juga mudah kita menganalisa sebarang hasil yang telah diterima atau merancang sebarang hasil yang mahu dicapai kerana melalui ilmu bagaimana operasi diri, kita mudah ‘nampak’ apa yang terbina mahupun perlu dibina dalam diri sendiri. Bila kita ‘nampak’, ini memudahkan memperbaiki diri untuk mendapat hasil yang diingini.

No comments:

Post a Comment