.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 23, 2016

Program Better.Brighter – Apa itu Matlamat? (Siri 22)


Selepas kita mengenali diri melalui pendekatan Stick Person dan Profail Diri D.I.S.C., dapatlah kita rumuskan bahawa;

1. Diri kita mempunyai binaan yang sama (semua punya intelektual, emosional, spiritual dan fizikal) dan Tuhan beri kita kehebatan yang sama (keupayaan intelektual, emosional, spiritual dan fizikal). – Konsep Stick Person.

2. Namun kita semua juga adalah unik kerana kita punya tingkah laku yang berbeza. Perbezaan tingkah laku ini wujud disebabkan faktor genetik dan pendedahan kepada kehidupan melalui keluarga, kawan-kawan dan masyarakat. – Profail Diri D.I.S.C.

Sememangnya diri kita ini hebat. Soal yang paling penting perlu kita tanyakan pada diri selepas mengetahui kita ini memang hebat ialah bagaimana untuk kita gunakan diri ini agar kita tidak membazir sumber diri yang hebat ini.

Kaedah yang paling mudah dan praktikal untuk menggunakan sumber diri ini ialah dengan menetapkan matlamat dan gunakan diri ini (intelektual, emosional, spiritual dan fizikal) untuk mencapai matlamat anda itu. Fikirkan …

Satu persoalan, bagaimana dengan bermatlamat ianya membantu mengoptima penggunaan diri?




Berdasarkan rajah di atas, bilamana Fikiran (Menteri), Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) fokus kepada perkara yang sama iaitu matlamat maka pada ketika itu kita katakan diiri dalam keadaan terurus kerana kesemua fokus kepada satu perkara yang sama (matlamat).

Dalam keadaan ini kesemua sumber diri ini (Fikiran (Menteri), Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) berpadu dan bekerjasama bagi menghasilkan hasil yang diingini. Tidak wujud ‘kebocoran sumber’!

Sebaliknya, bila setiap sumber diri ini (Fikiran (Menteri), Perasaan (Genie), Pilihan (Raja) dan Tindakan (Rakyat) tidak mempunyai matlamat, maka pada keadaan ini, sumber diri mempunyai agenda mereka tersendiri. Dalam kata lain, keempat-empat sumber diri ini dalam keadaan kacau bilau. Inilah keadaan dimana kita melihat seorang manusia itu nampaknya terlalu sebok tetapi beliau tidak mencapai apa-apa di dalam hidupnya!


Roda Kehidupan

Di dalam program Better.Brighter ini dinyatakan bahawa seseorang manusia itu mempunyai 8 cabang hidup seperti di bawah;

Kerohanian – Soal hubungan dengan Tuhan
Emosi – Soal keadaan perasaan
Intelek – Soal keadaan ilmu
Fizikal – Soal keadaan kesihatan tubuh badan
Kerjaya/Pelajaran – Soal pembangunan kerjaya (pekerja) dan pelajaran (pelajar)
Kewangan – Soal kedudukan kewangan
Famili  - Soal hubungan dengan ahli keluarga
Masyarakat – Soal hubungan dengan ahli masyarakat.

Bagi memastikan diri seorang manusia itu dioptima penggunaannya, dituntut manusia itu punya matlamat dalam setiap cabang hidupnya. Tetapi sebelum matlamat dikenalpasti untuk setiap cabang hidup ini, program Better.Brighter mengesyorkan dikaji dahulu adakah kita berpuas hati atau sebaliknya di dalam setiap cabang hidup ini. Bila kita punya tidak kepuasan di dalam mana-mana cabang hidup ini, ianya bakal memberi ‘tenaga’ untuk kita lakukan sesuatu bagi menaiktaraf cabang hidup tersebut.  Sesuatu yang perlu dilakukan itu bermula dengan menetapkan matlamat.




Rajah di atas dikenali sebagai Roda Kehidupan. Setiap jari di dalam roda ini mewakilli satu cabang hidup. Dan bagi setipa jari itu pula di beri skala 0 (di pusat roda) hingga 5.  Kita diperlukan menanda di atas jari roda ini berdasarkan kepada pendapat diri sendiri dimanakah kedudukan kita di dalam setiap cabang hidup itu. (Silaq rujuk rajah di atas).

Selepas di tanda kedudukan titik pada setiap jari itu, sambungkan titik-titik ini lalu membentuk gambaran roda kehidupan diri kita sendiri. Sekiranya bentuk roda kehidupan kita itu bersegi-segi, sudah semestinya kita tidak akan selesa dalam mengharungi lebuhraya kehidupan ini.

Maklumat ini memberi kesedaran kepada diri sendiri agar menaiktaraf hidup masing-masing (dengan berusaha meningkatkan kedudukan titik-titik di atas setiap jari roda kehidupan). Untuk menaiktaraf kehidupan semuanya bermula dengan kita jelas apa yang mahu dicapai (matlamat) untuk setiap cabang kehidupan kita ini.

Nota: Seterusnya kita akan memfokuskan kepada matlamat di dalam tugas bersama TNB.

No comments:

Post a Comment