.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, January 3, 2016

Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 5 (Siri 18)


Analisa Profail Diri D.i.S.C.

Selepas kita mengenali diri melalui konsep stick person, dapat kita rumuskan bahawa seorang manusia itu memang hebat dan binaan diri semua manusia itu asasnya sama. Namun, apakah yang membuatkan setiap manusia itu unik atau berbeza antara satu sama lain?

Keunikan setiap manusia itu terletak pada ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperolehinya dalam hidup lalu membentuk tingkah-laku diri masing-masing. Tingkah-laku inilah yang memberi keunikan atau perbezaaan antara setiap manusia itu. Fikirkan …

Jika dilihat dari segi pembangunan seorang manusia, beliau akan mengalami tiga fasa utama dalam kehidupannya sebelum beliau dewasa. Ketiga-tiga fasa itu ialah seperti rajah di bawah;




Berdasarkan kepada rajah di atas, juga disyorkan bagaimana harus kita melayani setiap manusia pada setiap fasa agar manusia itu mampu menerima ilmu, kemahiran dan pengalaman yang baik agar membentuk tingkah-laku yang baik dalam diri manusia itu.



Berdasarkan kepada gambarajah stick person di atas, tingkah-laku itu letaknya di dalam Genie. Hebatnya manusia pada ketika ini ialah manusia mampu mengetahui apakah tingkah laku yang kita simpan di dalam Genie ini.

Manusia telah menwujudkan satu kaedah yang diberi nama Analisa Profail Diri (Self Profiling Analysis). Sebenarnya terdapat berbagai jenis Analisa Profail Diri dengan setiap analisa ini mempunyai tujuan khusus dalam melihat tingkah laku manusia.

Bagi program Better.Brighter, telah dipilih satu Analisa Profail Diri bernama D.i.S.C. bermaksud Dominance-Influence-Compliance-Steadiness. Analisa ini telah dipelopori oleh seorang bernama Dr William Marston. Doktor ini mempunyai berbagai kelebihan. Antaranya ialah beliau merupakan juga pereka ‘Lie Detector Machine’ dan pereka watak ‘Wonder Woman’.

Analisa Profai Diri D.i.S.C. ini telah dibangunkan berdasarkan kepada kajian keberangkalian ke atas satu kelompok manusia yang besar mengenai tingkah-laku seseorang manusia itu bila berdepan dengan sesuatu situasi atau pengalaman.

Bagi mengetahui tingkah laku seseorang manusia itu, ianya bermula dengan menjawab beberapa soalan. Dalam program Better.Brighter para peserta perlu menjawab sebanyak 24 set soalan. Analisa akan dibuat terhadap jawapan seseorang itu kepada soalan-soalan ini dan satu lapuran D.i.S.C. untuk diri beliau akan dikeluarkan.




Lapuran ini menerangkan latarbelakang tingkah laku beliau. (Contoh lapuran ialah seprti rajah di atas). Barang diingat, lapuran ini dikeluarkan berdasarkan kepada input yang telah diberi oleh beliau sendiri dan bukan merupakan satu tekaan semata-mata. Darjah ketepatan analisa D.i.S.C. ini adalah sekitar 87% dan dalam ketepatan ini sudah cukup bagus untuk memberi gambaran tingkah-laku seseorang itu. 

Berdasarkan darfi lapuran ini kemudiannya dapat ditentukan apakah tingkahlaku seseorang itu. Berdasarkan Analisa Profail Diri D.I.S.C. ini, manusia itu diklasifikasi kepada empat kumpulan tingkahlaku yang nyata iaitu Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness.

Berdasarkan lapuran di atas juga, seseorang itu dikatakan mempunyai Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness yang tinggi jika ‘titik’ dalam lapuran beliau itu berada di atas ‘garisan tengah melintang’ dalam lapuran D.i.S.C.nya. Sebaliknya beliau dikatakan mempunyai Dominance, Influence, Compliance dan Steadiness yang rendah jika ‘titik’ dalam lapuran beliau itu berada di bawah ‘garisan tengah melintang’ dalam lapuran D.i.S.C.nya.

No comments:

Post a Comment