.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, January 3, 2016

Program Better.Brighter – Building Trust and Relationship – Bah 7 (Siri 20)


Cara Penggunaan Analisa Profail Diri D.i.S.C.

Sebenarnya Analisa Profail Diri D.i.S.C. ini boleh digunakan untuk banyak tujuan bagi memudahkan kehidupan. Walaubagaimanapun, Analisa Profail Diri D.i.S.C. boleh menjadi ‘pisau dengan dua mata’ jika salah digunakan.

Adalah merupakan satu kesilapan besar bilamana kita menganggap lapuran D.i.S.C. diri ini sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah lagi lantas menyebabkan kita mahu berubah. Sebaliknya, Analisa Profail Diri D.i.S.C. ini perlu dijadikan ‘guide’ untuk menambahbaik kehidupan. Antara penggunaan Analisa Profail Diri D.i.S.C. ialah seperti berikut;


1) Sebagai ‘guide’ untuk mencapai matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati kita punya tingkah laku ‘Dominance’ yang rendah tetapi untuk mencapai matlamat kita perlu punya tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam diri bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Dominance’ dalam menjalani kehidupan.


2) Sebagai ‘guide untuk memimpin pasukan.

Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati kita punya tingkah laku ‘Dominance’ yang rendah tetapi untuk memimpin pasukan kita perlu punya tingkah laku ‘Dominance’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam diri bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Dominance’ semasa memimpin pasukan.


3) Sebagai ‘guide’ untuk melaksanakan tugas.

Sebagai contoh, sekiranya kita mendapati kita punya tingkah laku ‘Influence’ yang rendah tetapi untuk melayani pelanggan, kita perlu punya tingkah laku ‘Influence’ yang tinggi, maka akan timbul kesedaran dalam diri bahawa kita mesti lebih bertingkah laku ‘Influence’ semasa memimpin pasukan.


Analisa Profail Kumpulan D.i.S.C.


Analisa Profail Diri D.i.S.C. ini juga boleh digunakan untuk mengenalpasti profail kumpulan. Caranya ialan seperti berikut;


Langkah 1: Jumlahkan D,I,S dan C yang tinggi sahaja dalam satu kumpulan seperti rajah di bawah;





Langkah 2: Bentuk carta seperti di bawah untuk mengetahui profail kumpulan





Langkah 3: Plot graf profail kumpulan bagi membantu melaksanakan analisa profail kumpulan seperti dibawah;




Hasil daripada graf profail kumpulan ini, dapat kita gunakan untuk melihat samada profail kumpulan sedia ada itu bersesuaian dengan profail tugas kumpulan itu perlu laksanakan. Jika berlaku ketidaksesuaian, maka akan timbul kesedaran dalam kumpulan tersebut untuk ‘calibrate’ tingkahlaku dalam kumpulan agar tugas kumpulan itu dapat dilaksanakan dengan baik.

No comments:

Post a Comment