.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 23, 2016

Program Better.Brighter – Matlamat bersama TNB (Siri 23)


Agar kita benar-benar mengoptima diri dalam tugas, semestinya kita perlu mempunyai matlamat dalam tugas bersama TNB ini. Program Better.Brighter ini menekankan agar kita punya matlamat dalam tugas kita secara individu mahupun secara berpasukan. Sila rujuk rajah di bawah;




Rajah di atas menunjukkan bahawa matlamat secara individu di dalam tugas boleh dibina dengan menggunakan kaedah ‘Packaging Expertise’. Sebenarnya dengan melaksanakan ‘Packaging Expertise’ ini, kita juga sebenarnya telah mengamalkan Building Capacity.

Rajah di atas juga menunjukkan bahawa matlamat secara berpasukan di dalam tugas boleh dibina dengan menggunakan kaedah ‘Center of Excellence’. Sebenarnya dengan melaksanakan ‘Center of Excellence’ ini, kita juga sebenarnya telah mengamalkan Building Performance dan Building Growth.

Selepas menetapkan matlamat secara peribadi mahupun secara berpasukan menggunakan kaedah ‘Packaging Expertise’ dan ‘Center of Excellence’ ini, kita juga sebenarnya telah jelas soal ‘Why’ apa yang kita mahukan di dalam tugas kita. Bagi menjelaskan pula soal ‘How’ untuk mencapai matlamat-matlamat ini, kaedah perlaksanaan ‘PDCA’ digunapakai.

Tegasnya, bila soal ‘Why’ dan ‘How’ matlamat kita di dalam tugas sudah jelas, ini bakal memudahkan kita melaksana perubahan dan seterusnya mencapai apa yang terkandung di dalam Transformasi 1TNB iaitu, !Saya Untung, TNB Untung, TNB Untung Saya Untung’!

Rajah keseluruhan ‘Why’ dan ‘How’ matlamat diri dan berpasukan ini ialah seperti rajah di bawah;




Berikut kita akan melihat satu persatu dengan terperinci apa itu;

Perancangan  Matlamat Diri – Packaging Expertise
Perancangan Matlamat Pasukan – Center of Excellence
Perancangan Perlaksanaan Matlamat - PDCA

No comments:

Post a Comment