.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, January 1, 2016

Tahun Baru 2016


Saya menulis artikel ini sekitar jam 11.50 mlm. Beberapa minit lagi, tahun 2015 akan meninggalkan kita buat selamanya. Dengan izin Tuhan, masa yang berlalu ini tidak akan datang lagi menjenguk kita. Itulah kehidupan.

Tahun 2015 terasa cepat sangat berlalu. Aku rasa faktor ini ialah disebabkan banyak masa aku ditumpukan dalam membangun program BB, membangun para fasiltator baru BB dan tidak ketinggalan memfasilitator program BB ini sendiri.

Boleh aku katakan bahawa tahun 2015 ini banyak masa aku duduk di hotel dari duduk di rumah sendiri. But no complaints. Itu sebenarnya apa yang pernah aku lihat diri aku sendiri bakal lakukan satu hari nanti.

Teringat cerita Bob Proctor kira-kira 20 tahun lalu kepada aku bahawa bukan ramai yang sanggup keluar masuk hotel untuk melaksanakan seminar. Namun, aku rasa aku telah pun melakukannya sepanjang 2015 ini. :)

Sudahnya apa yang aku capai dalam tahun 2015 ini?

Aku terasa macam tidak ada pencapaian yang bermakna. Tapi bila difikirkan kembali, ada beberapa pencapaian yang signikan. Yang terulung bagi aku semestinyalah penwujudan Sistem Better.Brighter itu sendiri. Jika pada awalnya, program ini hanya bersifat seminar bagi menangani masalah mindset terhadap tugas tetapi dalam diam-diam ianya telah dipertingkatkan hingga menjadi satu program transformasi organisasi.

Peningkatan ini sebenarnya bermula semasa aku didedahkan dengan konsep 70-20-10 yang aku perolehi semasa aku melawat MARELCO of Philiphines di pertengahan tahun 2015. Tak sia-sia susah payah semasa disana telah membawa idea untuk peningkatan program ini. Syukur!

Disamping itu pencapaian kedua yang memberangsangkan ialah keupayaan melahirkan beberapa orang fasilitator baru program ini. Aku sebenarnya tidak berapa arif untuk membangunkan mereka ini. Banyak yang ‘Trial and Error’ saja. Tetapi sekali lagi aku beruntung kerana bakal fasilitator program ini amat komited. Aku jangka jika diberi beberapa waktu lagi mereka bakal menjadi fasilitator yang berwibawa. 

Pencapaian ketiga bagi aku ialah bagaimana aku dapat melihat dengan mata kepala aku sendiri bagaimana beberapa unit bisnes yang telah mengikuti program ini telah berjaya melaksanakan transformasi untuk unit bisnes mereka. Ini satu pengalaman yang sangart berharga.

Akhir sekali, aku tahu dan aku yakin apa yang telah dibina ini bukan murah harganya. Senang-senang makan ratus ribu. Hanyanya ramai orang tidak tahu. Aku harap Tuhan akan buka pintu seluas-luasnya untuk aku bawa idea ini ke tengah masyarakat dan organisasi.

Waktu dah melintasi jam 12. Selamat Tahun Baru 2016!


Now these are my wishes. Moga aku dapat pelihara solat aku dengan lebih baik. Moga hubungan aku dengan Tuhan, famili dan sahabat semua makin baik. Aku mohon untuk diri aku, famili dan sahabat aku semua mendapat sejahtera, bahagia, kaya dunia akhirat. Tidak ketinggalan, aku mohon Sistem BB ini mampu assist unit bisnes dalam dan luar TNB berjaya melaksana transformasi. 

Aamiin!

No comments:

Post a Comment