.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, February 29, 2016

Amalan Asas Program Better.Brighter (Part 3)



Saya yakin bilamana tiga amalan asas yang dinyatakan di perenggan atas mula menjadi amalan di dalam unit bisnes atau unit  mereka, ini permulaan yang sangat baik untuk mengamalkan apa yang terkandung di dalam Sistem Better.Brighter ini kerana semua anggota kerja yang terlibat telah punya keyakinan dan bersedia untuk melaksanakan aktiviti seterusnya.

Kenapa? Seperti saya katakan sebelum ini, bilamana spiritual dan emotional anggota kerja telah berjaya di ‘engage’kan dengan mengamalkan tiga amalan asas program Better.Brighter ini, mereka sanggup turuti ketua mereka ke mana sahaja!

Apa yang perlu dilakukan oleh Ketua Unit Bisnes dan Ketua Unit ini ialah hanya ‘adopt’ dan ‘adapt’ apa yang terkandung di dalam Sistem Better.Brighter ini di dalam memimpin Unit Bisnes dan Unit masing-masing. Dengan izin Tuhan, perlahan-lahan kita bakal menyaksikan satu transformasi kepimpinan dan transformasi unit bisnes/unit.

Namun, satu renungan untuk Ketua Unit Bisnes/Ketua Unit. Bagi memudahkan untuk mengasilimasi Sistem Better.Brighter di dalam unit bisnes/unit mereka, perlu diamalkan kata-kata Jim Collins. Kata beliau,  untuk menjadi pemimpin yang berpengaruh, pertama, kita perlu mempunyai sifat merendah diri (humble) untuk mendengar dan belajar dari kesilapan kita. Kedua, kita perlu mempunyai stamina yang tinggi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan (tidak mudah menyerah kalah).


Pastikan anda ‘seronok’ dan bukan terpaksa untuk amalkan sistem Better.Brighter ini. Anggap ini satu pengembaraan dalam membawa ‘kapal anda’ (Unit Bisnes/Unit) ke satu destinasi yang anda mahu capai.  Apapun, jika anda punya cabaran untuk amal ini semua, ingatlah kami di TNB Leadership Development Center (LDC) sentiasa sudi ‘assist’ anda menangani sebarang cabaran yang mendatang. LDC rakan kepimpinan anda! Kami bukan ‘tukang audit’!

Akhir kata, "Cubalah dan perhatikanlah, nescaya kau jadi orang yang tahu."

No comments:

Post a Comment