.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, February 29, 2016

Amalan Asas Program Better.Brighter (Part 2)


Dalam banyak perkara perlaksanaan COE ini adalah B.A.U. kerja hakiki kita namun ianya telah diberi cara pandang baru. Bagi memudahkan menwujudkan cara pandang baru ini, disyorkan dahulu untuk mengamalkan S.W.O.T. untuk COE semasa mengadakan mesyuarat unit.

Para ‘Immediate Manager’ perlu sentiasa mengingatkan agar para anak buahnya untuk mengamalkan ‘Memberi’ dan ‘Bergotong Royong’ (M.G.R.) semasa melaksanakan S.W.O.T. untuk COE ini.

Amalan COE ini bukankah jika diperhatikan betul-betul bakal membawa kepada ‘Building Peerformance’ dan ‘Building Growth’?

Tegasnya, tiga perkara yang perlu dilaksanakan sebaik pulang dari BB ialah;

Salam Semut (Building Trust and Relationship)
S.W.O.T. untuk Packaging Expertise (Building Capacity)
S.W.O.T. untuk COE (Building Performance & Growth)

Saya mesti tegaskan sekali lagi, tiga amalan di atas mesti diamalkan dan diketuai oleh ‘Immediate Manager’ kerana anak buahnya mahu melihat samada ketuanya serius untuk mengamalkan idea BB. Amalkan perkara ini dengan seronok dan bukannya dipaksa.

Tiga amalan ini sebenarnya merupakan kaedah asas bagi para ‘Immediate Manager’ menwujudkan ‘engagement’ anak buahnya terhadap tugas yang mahu dilaksanakan. Bak kata Dato KJ baru-baru ini, kerja-kerja untuk ‘influence’ anak buah agar ‘engage’ dalam kerja perlu dilakukan sendiri oleh ‘Immediate Manager’ dan tidak boleh di ‘delegate’ kepada orang lain!

Diyakini bila tiga amalan ini kita laksana dengan berterusan, ianya akan memberi kita kekuatan dan kenikmatan untuk mengamal idea-idea lain dalam BB ini.

Selepas amalan-amalan asas iaitu Salam Semut, SWOT untuk ‘Packaging Expertise’ (PE) dan SWOT untuk ‘Center of Excellence’ (COE) mula menjadi amalan di dalam sesuatu unit bisnes itu, ada yang bertanya dengan saya apakah yang perlu dilakukan selanjutnya?

Bila soalan ini diajukan kepada saya, orang pertama yang saya nampak ialah Ketua Unit Bisnes (contoh: Pengurus Kawasan Rawang) dan Ketua Unit di dalam sesuatu Unit Bisnes itu (contoh: Ketua Unit Projek, Ketua Unit Sengaraan dan lain-lain di dalam Pejabat Pengurus Kawasan Rawang).

Kenapa mereka?

Sebenarnya terhampar di depan mereka satu peluang untuk pimpin unit bisnes atau unit mereka sendiri sebagai satu entiti perniagaan. Maksudnya mereka berpeluang untuk asah daya kepimpinan mereka dengan menjadikan unit bisnes atau unit mereka sebagai satu entiti perniagaan yang ‘menguntungkan’.

‘Menguntungkan’ disini di dalam definasi program Better.Brighter bermakna berjaya menyampaikan Cadangan Nilai (Value Proposition) kepada pelanggan – bagi mereka yang mengikuti penerangan Business Model Canvas sudah pasti faham apa makna Cadangan Nilai ini

Dalam kata lain, jika mereka berjaya menjadikan unit bisnes atau unit mereka ‘menguntungkan’, dengan sendirinya ini tanda daya kepimpinan mereka telah berjaya ditambahbaik. Tambah pula ketika ini, TNB sedang rancak cuba melahirkan sebanyak mungkin pemimpin di berbagai peringkat seperti melalui inisiatif pencarian CEO.



Adakah mereka nampak peluang ini atau mereka langsung ‘karam’ di dalam kesebokan tugas hingga langsung tidak nampak apa yang berlaku disekeliling mereka?

No comments:

Post a Comment