.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, February 29, 2016

Amalan Asas Program Better.Brighter (Part 1)


Nota : Artikel ini akan memberi garis panduan untuk bagaimana mengamalkan Sistem Better.Brighter ini bila pulang dari Program Better.Brighter.


Saya tertarik dengan satu soalan yang dikemukakan oleh seorang Pengurus semasa malam ketiga program BB baru–baru ini. “Bagaimana untuk amal idea-idea BB ini bila pulang nanti?” Soalan ini nampak mudah tetapi ‘not easy’ untuk dijawab agar benar-benar praktikal untuk diamalkan.

Bila direnungkan, sememangnya terdapat banyak idea yang dikongsi selama 4 hari 3 malam itu. ‘First things first’, agar dapat menwujudkan keyakinan, kekuatan dan istiqamah dalam mengamalkan idea BB ini nanti, disyorkan dilaksanakan perkara-perkara berikut terlebih dahulu.

Soal spiritual dan emosional perlu dipupuk dahulu. Maka mohon diamalkan dahulu salam semut antara anggota kerja secara berterusan. Amalkan salam semut menuruti kefahaman yang telah dikongsi iaitu bila kita salam semut, niatkan di dalam hati bahawa kita ‘respect’ fikiran, perasaan, pilihan dan tindakan sahabat yang didakap itu walaupun ianya berbeza dengan kita sendiri kerana kita sedar kita semua datang dari latarbelakang yang berbeza.

Salam semut ini perlu dimulakan amalannya oleh ‘Immediate Manager’ kerana semestinya anak buah ‘Immediate Manager’ tersebut malu untuk memulakannya dahulu.

Perkara kedua yang perlu diamalkan bila kita pulang dari BB ialah melaksanakan ‘Packaging Expertise’. Di dalam amalan Packaging Expertise’ ini pula, mulakan dengan merangka S.W.O.T. masing-masing bagi mengenali matlamat yang mahu dicapai di dalam tugas dengan serta merta.

Para ‘Immediate Manager’ perlu prihatin mengenai perlaksanaan S.W.O.T. anak buahnya. ‘Immediate Manager’ perlu bertindak sebagai sahabat atau abang/kakak dan bukannya sebagai ‘boss’ semasa membuat susulan S.W.O.T. ini. Bila ini dilakukan oleh ‘Immediate Manager’ secara berterusan, akan wujud keyakinan di dalam diri anak buahnya bahawa ketuanya memang prihatin dengan dirinya.

Satu perkara menarik bila amalan-amalan Salam Semut dan S.W.O.T. untuk Packaging Expertise ini mula diamalkan secara berterusan, akan wujud hubungan dan keyakinan secara spiritual dan emosional antara ‘Immediate Manager’ dan anak buahnya.

Jika diperhatikan, amalan salam semut ini akan membawa kepada ‘Building Trust and Relationship’ manakala amalan S.W.O.T. untuk Packaging Expertise pula akan membawa kepada ‘Building Capacity’.

Bila hubungan secara spiritual dan emosional ini makin kuat, maka lebih senang bagi para ‘Immediate Manager’ mengajak anak buahnya melaksanakan perkara ketiga yang perlu diamalkan bila pulang dari BB iaitu menjadikan unit bisnes masing-masing sebagai Center of Excellence (COE) yang mana perancangan perlaksanaan COE ini banyak melibatkan soal logik.

No comments:

Post a Comment