.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, February 29, 2016

Program Better.Brighter – Packaging Expertise (Siri 24)


Apakah yang kita perolehi dari kerja kita bersama TNB? Jika kita katakan kita mendapat gaji bertugas dengan TNB, itu sebenarnya tidak perlu dipertikaikan kerana jika kita tidak diberi gaji, sudah pasti kita datang bertugas di TNB ini.

Jadi selain dari gaji, apa kah yang kita boleh perolehi melalui tugas kita?

Jika difikirkan dalam-dalam, sebenarnya kita boleh membina ilmu, skill dan pengalaman melalui tugas kita. Terlalu banyak peluang yang dihidangkan oleh tugas kita bagi meningkatkan nilai diri kita ini (ilmu, skill dan pengalaman).


Hidup kita sementara dan singkat, rugi sangat jika kita tidak bina ini semua dalam hidup kita. Kita perlu bersemuka dengan kenyataan bahawa sebenarnya kita punya tiga pilihan seperti rajah berikut;


Pilihan pertama ialah mengenalpasti apa ilmu, skill dan pengalaman yang boleh kita bina melalui bidang kerja kita sekarang bersama TNB.

Pilihan kedua ialah jika tidak nampak apa ilmu, skill dan pengalaman yang boleh kita bina melalui bidang kerja kita sekarang, kita boleh membina ilmu, skill dan pengalaman dalam bidang kerja lain dalam TNB ini. Lambat laun bila pengurusan nampak  ilmu, skill dan pengalaman dalam bidang itu, maka mereka akan menawarkan kerja itu kepada kita.

Pilihan ketiga, jika kita tidak nampak ada sebarang ilmu, skill dan pengalaman yang boleh kita bina untuk diri sendiri dalam TNB ini, disyorkan binalah ilmu, skill dan pengalaman dalam satu bidang di luar TNB. Bila sampai masanya ada merasakan anda sudah punya ilmu, skill dan pengalaman tersebut, tinggalkanlah TNB ini!

Jangan buang masa anda!

Selepas menentukan apa yang anda mahu capai, maka mulakan usaha anda untuk mencapai matlamat tersebut. Yakinlah, bila anda mulakan usaha ini, anda bakal memperolehi apa yang dinyatakan di dalam rajah di bawah;


Dari rajah di atas, selepas anda mengenalpasti apa yang mahu dicapai, mulakan usaha untuk mengumpul segala ilmu, kemahiran dan rangkaian kenalan dalam apa yang anda mahu capai itu. Rangkaian kenalan ini sebenarnya akan memudahkan dan mempercepatkan anda memperolehi ilmu, kemahiran dan pengalaman.

Setelah anda mengumpul ilmu, kemahiran dan pengalaman ini, maka langkah seterusnya ialah kita perlu bentuk ilmu, skill dan pengalaman ini kepada salah satu bentuk berikut;

Pengiktirafan (Sijil)
Produk
Perkhidmatan
Perunding
Seminar

Pembentukan ilmu, kemahiran dan pengalaman kepada 5 jenis bentuk inilah yang dinamakan sebagai ‘Packaging Expertise’. Maksud mudahnya ialah bagaimana kita ‘bungkus’ segala ilmu, kemahiran dan pengalaman kita ke dalam salah satu 5 bentuk yang memudahkan orang lain Nampak nilai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ada di tangan kita. Lagi tinggi nilai  ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dibentuk ini, lagi tinggi nilai diri kita di dalam pasaran!.

‘Packaging Expertise’ ini sudahnya memudahkan anda untuk mendapat pangkat yang lebih tinggi dan wang yang lebih banyak. Pangkat dan wang ini anda gunakan untuk menyelesaikan hutang dan tanggunjawab anda di dalam hidup anda. Sekiranya ada lebih, apa kata kita gunakan untuk ‘memberi’ agar anda akan ‘menerima’ lebih banyak lagi kebaikan di dalam hidup ini. (Hukum Memberi dan Menerima).

Sekiranya ini yang anda lakukan di dalam kerja anda dengan memasang niat dari mula lagi untuk memberi yang terbaik untuk mencapai tujuan ini tetapi kerana Tuhan tanda syukur anda kepada Tuhan di atas nikmat yang diberiNya, bukankah ini membawa kita sentiasa di dalam keredhaanNya?

No comments:

Post a Comment