.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, February 29, 2016

Program Better.Brighter – Penetapan Matlamat – S.W.O.T. (Siri 25)


Kaedah penetapan matlamat meneggunakan alat S.W.O.T.

(Nota: Kaedah penetapan matlamat ini akan menumpukan penetapan matlamat di dalam cabang hidup kerjaya. Namun dengan kaedah yang sama juga, kaedah ini boleh digunakan untuk menentukan matlamat dalam cabang hidup yang lain.)


Berdasarkan rajah di atas, berikut diterangkan langkah demi langkah kaedah penetapan matlamat di tempat kerja yang dilaksanakan oleh ‘Azam’;

1. Azam menyenaraikan segala kekuatan dan kelebihan beliau dalam kerja di dalam kuadran ‘Strength’.

2.  Azam menyenaraikan segala kelemahan dan kekurangan beliau dalam kerja di dalam kuadran ‘Weaknesess’

Bagi Azam menyenaraikan perkara 1 dan 2 di atas, Azam perlu mengambilkira 2 perkara berikut. Pertama, berdasarkan pengalaman masa lalu, Azam perlu beri masa antara 2 hingga 4 minggu bagi menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau. Ini adalah agar tidak ada ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang terlepas pandang. Kedua, Azam perlu meminta tolong sahabat beliau dalam menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau kerana sahabat beliau lebih nampak  ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang ada pada beliau.

Selepas Azam berjaya menyenaraikan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ beliau ini, buat pertama kali di dalam hidupnya, Azam jelas dengan baik buruk beliau di dalam tugas. Ini sudah tentu menimbulkan keinginan dan gambaran jelas perkara apa yang perlu ditambahbaik di dalam tugas beliau.

3.  Senaraikan segala ‘Threat’ yang dialami oleh Azam didalam kuadran ‘Threat’.

Berdasarkan kepada senarai ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ ini, (dua perkara ini berada di dalam diri Azam), maka datang ‘Threat’ atau ancaman dari luar diri Azam disebabkan kewujudan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ di dalam diri Azam. Perlu diingatkan disini, setiap ‘Threat’ yang disenaraikan oleh Azam di dalam kuadran ‘Threat’ mestilah mampu ditunjukkan kaitannya dengan salah satu atau gabungan ‘Strength’ dan ‘Weaknesess’ yang disenaraikan terdahulu.

Selepas mengisi ke tiga-tiga kuadran terdahulu (kuadran Strength, Weaknesess dan Threat), pada ketika ini, Azam sudah mendapat gambaran latarbelakang beliau di dalam kerjanya sendiri. Berpandukan latarbelakang ini, Azam perlu …

4. Menyenaraikan segala matlamat yang mahu dicapai di kuadran ‘Opportunities’ berpandukan senarai yang terkandung di dalam kuadran Strength, Weaknesess dan Threat.

Sebagai contoh, disebabkan Azam tidak mahir menggunakan perisian ‘powerpoint’ (maklumat dari kuadran ‘weaknesess’, maka Azam memasang matlamat untuk memahirkan diri di dalam menggunakan perisian ‘powerpoint (disenaraikan di dalam kuadran ‘opportunities’

Namun matlamat seumpama ini (memahirkan diri di dalam powerpoint) tidak jelas. Tidak jelas disini bermakna matlamat ini tidak mempunyai tanda pencapaian dan tarikh pencapaian yang nyata. Maka matlamat yang jelas mempunyai dua kriteria iaitu;

a.  Tanda pencapaian. Ianya bermaksud matlamat itu perlu dinyatakan di dalam salah satu 5 bentuk yang dinyatakan iaitu pengiktirafan (sijil), produk, servis, perundingan atau modul seminar. Tanda pencapaian ini tidak boleh dibuat dalam pencapaian pangkat atau anugerah kerana walaubagaimana bagus kita sekali pun, belum tentu TNB mahu berikan kepada kita. (Perhatian: Tanda pencapaian di dalam salah satu 5 bentuk ini adalah didalam kawalan kita).

b. Tarikh pencapaian. Tanpa menyatakan tarikh pencapaian yang nyata, maka fikiran kita akan mudah terjebak ke dalam tarikan zon selesa. Tarikh yang nyata menyediakan satu tekanan positif bagi kita serius untuk mencapai matlamat tersebut.

Sudahnya satu contoh matlamat yang jelas (seperti di dalam rajah SWOT di atas) ialah ‘Menyiapkan modul asas dan cara guna 5S (Tanda Pencapaian: Modul siap) pada 29 hb Jun 2016 (Tarikh pencapaian).

Bagi menguji samada matlamat ini benar-benar dimahukan Azam, maka Azam harus mengajukan soalan-soalan berikut terhadap matlamat yang telah dikenalpasti;

a. Adakah matlamat ini bakal mengurangkan atau menghapuskan antara ancaman yang tersenarai dalam kuadran ‘threat’? (Ujian untuk logik-menteri)

b. Adakah matlamat ini tidak melanggar perintah Tuhan dan mengambil hak orang lain? (Ujian untuk spiritual- raja)

c.  Adakah matlamat ini membuatkan anda benar-benar bahagia atau gembira jika mencapainya? (Ujian untuk emosi-genie)

d. Adakah anda mempunyai kesihatan dan wang ringgit untuk mencapai matlamat ini? (Ujian untuk fizikal-rakyat)

Sekiranya Azam mengiyakan kepada keempat-empat soalan ini, maka ini menandakan matlamat ini baik untuk Azam dan dengan izin Tuhan, Azam akan mampu menghadapi sebarang cabaran di dalam usaha untuk mencapainya kerana memang jelas Azam mahukan matlamat ini! 


Bilamana logik, emosi, spiritual dan fizikal Azam seiya sekata atau berpadu mahukan matlamat ini, keadaan ini dikatakan sebagai Azam sedang meraikan kehidupannya!   

No comments:

Post a Comment