.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, February 29, 2016

Program Better.Brighter – Rumusan Building Capacity (Siri 26)



Berdasarkan rajah di atas, dapatlah dirumuskan bahawa bilamana kita semua di dalam TNB ini melaksanakan Packaging Expertise untuk diri kita sendiri, maka dengan sendirinya makna ‘Building Capacity’ ini akan tercapai.

Apapun, penting sangat pulang sahaja daripada program Better.Brighter ini, kita semua mesti laksanakan apa yang disarankan di dalam rajah di atas agar kita tidak ‘sejuk’. Rugi besar jika ini kita tidak di ambil tindakan teruntama kepada diri sendiri.

Apapun, satu perkara perlu sangat diambil perhatian. Apakah SEBAB kita sendiri (hal logik - Menteri) yang MENYEBABKAN kita mahu laksana Packaging Expertise? Perlu difahami, lain orang lain SEBAB nya. Tak mungkin sama.

Juga, SEBAB ini mesti cukup kuat hingga mampu menyentuh emosi (Genie) dan spiritual (Raja) diri kita sendiri.

Jika SEBAB ini tidak cukup kuat, memang kita tidak punya kekuatan yang diperlukan untuk capai Packaging Expertise kita akibat tarikan zon selesa! Fikirkan ...


Sebenarnya kepentingan melaksanakan ‘packaging expertise’ untuk diri sendiri pernah disuarakan oleh Steve Jobs seperti kata-katanya dibawah ini.


Sedarilah! Dalam kerjaya, kita punya dua pilihan. Pertama melihat kerja semata-mata hanya mahu mengejar pangkat. Kedua melihat kerja sebagai peluang untuk meningkat ilmu dan kemahiran.


 Dari rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa dengan peredaran masa, peluang naik pangkat itu sebenarnya kian kecil. Sekiranya kita menumpu semata-mata kepada mengejar pangkat, sudah pasti kita senang terkena penyakit ‘Scarcity Mentality’ (Satu cara fikir yang tidak pernah kenal erti cukup)

Sebaliknya, jika kita menumpukan kepada soal mempertingkatkan ilmu dan kemahiran, jelas dari rajah di atas bahawa peluang ini sebenarnya bertambah besar dengan peredaran masa. Ini sudahnya memudahkan untuk mengamalkan ‘Abundant Mentality’ (Satu cara fikir yang senang berasa cukup dalam hidup)

Sedarilah! Usaha untuk melaksana ‘packaging expertise’ ini umpama satu larian marathon iaitu usaha ini perlu dibuat secara berterusan dengan ‘steady’ iaitu bukan laju atau perlahan. Usaha ini tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa seperti larian 100 meter kerana ianya bakal memudahkan kita tersungkur (cepat patah semangat) dalam melaksanakannya. Rujuk rajah di bawah.

 

Akhir sekali, renungi kata-kata di bawah ini. Jika kita harus gantungkan kata-kata ini di dinding, lakukan! Kerana kata-kata ini sangat penting untuk kita pegang dalam hidup.


No comments:

Post a Comment