.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, March 1, 2016

Masa 2.0


Demi masa..

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan..

Yang beriman dan beramal saleh




Ingat lima perkara, sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati


Kalimah – kalimah ini memperlihatkan oleh manusia bahawa masa itu amat sangat penting. Kita selalu berkata, ‘Masa itu emas.’ Akan tetapi, kita tidak boleh membelinya. Masa juga, bukan milik manusia. Jika masa milik manusia, alamatnya manusia boleh menggunakan masa dengan sesuka hati. Boleh putarkan masa ke bila – bila masa dengan kehendak diri.

Masa itu bukan berjalan dan bukan berlari. Sebaliknya, masa itu tidak akan berhenti.. sekalipun manusia itu mati. Masa, itu tidak pernah tidur. Yang tidur hanyalah kita. Dek kerana itu, ramai yang mengeluh ‘tidak cukup masa’. Bukan kerana ‘tidak cukup masa’, tetapi kita telah memperlekehkan masa itu sendiri. Kita buang masa!

 Jadi… seharusnya bagaimana?

Manfaatkanlah masa!

Dahulu, kini, dan kemudian. Ini adalah fasa masa yang boleh mengubah seseorang. Tapi, manusia sering dihantui tentang masa – masa yang sudah terjadi dan belum terjadi. Akhirnya, tergadailah masa kini.

 Jangan begitu…

Ambilah kebaikan daripada masa dahulu, untuk merubah yang kini dan yang akan membentuk diri pada kemudian hari. Jangan dipinggirkan, ditinggalkan kesemuanya. Kerana, semua itu bernilai meskipun kita sudah ketinggalan.

 Bagi yang memanfaatkan masa, tahniah. Bagi yang ketinggalan masa, berubahlah. Bagi yang lebih masa, lebihkanlah ibadah. Kerana, kita akan ditanya kelak tentang apa yang kita lakukan. Pertanyaan yang merujuk pada penggunaan masa.

 Manfaatkanlah masa. Tidak kira apa jua. Orang yang berjaya, adalah orang yang mampu manfaatkan masanya. Maka terteralah ayat ‘manusia yang baik, adalah manusia yang mampu memanfaatkan orang lain.’ Jadi, jika kita manfaatkan masa, tidak mustahil kita mampu manfaatkan apa – apa yang ada disekeliling kita.




Masa..

Pergi menjauh dari sisi

Tetapi..

Aku berjanji dan aku tidak akan berhenti

Dan akan terus mempeduli

Untuk

Manfaatkan masa, manfaatkan diri

No comments:

Post a Comment