.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, March 2, 2016

Program Better.Brighter – Center of Excellence Part 1 (Siri 27)


Kita katakan sebelum ini bahawa untuk menetapkan matlamat peribadi diri dalam tugas ialah dengan menggunakan kaedah Packaging Expertise, maka penetapan matlamat secara berpasukan dalam tugas ialah dengan menggunakan kaedah Center of Excellence.

Apa itu Center of Excellence (COE)?

Secara asasnya, COE bermaksud saya dan pasukan saya (pasukan bersamaan dengan unit atau unit bisnes) berusaha untuk menjadikan pasukan kami menjadi Pusat Kecemerlangan (COE). Tanda bahawa pasukan kami menjadi Pusat Kecemerlangan ialah bilamana SIKAP dan HASIL pasukan kami mencapai piawaian yang ditetapkan. Ini sudahnya menjadikan pasukan kami menjadi sumber rujukan kepada orang lain bagi mencapai tahap Pusat Kecemerlangan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bilamana pasukan kami menjadi Pusat Kecemerlangan, secara langsung mahupun tidak langsung membuatkan pasukan kami mampu ‘Building Performance’ dan ‘Building Growth’ di dalam tugas kami.

‘Building Performance’ dalam tugas kami bermaksud kami mampu untuk mengekalkan prestasi kerja berdasarkan piawaian usaha perniagaan yang ditetapkan. Manakala ‘Building Growth’ bermaksud kami mampu mengadakan pertumbuhan di dalam sektor usaha perniagaan pasukan kami.

Bagaimana untuk mencapai tahap COE ini?

Jika diperhalusi amalan COE ini, ianya merupakan apa yang kita lakukan dalam tugas kita sekarang. Inilah sebenarnya kerja harian kita. Namun, dalam banyak perkara kita lihat anggota kerja TNB tidak mampu untuk menwujudkan sikap ‘passionate’ dalam tugas mereka. Tahap terbaik yang mampu dicapai kebanyakan anggota kerja hanyalah tahap ‘compliance’ dalam tugas mereka.

Itulah, bagi menwujudkan tahap ‘passionate’ dalam kerja dan menwujudkan hasil kerja yang bertahap ‘world’ ini, dinyatakan berikut resepi kejayaan COE yang perlu dituruti oleh sesuatu pasukan dalam TNB ini. Resepi kejayaan COE ini ialah seperti dipaparkan dalam rajah di bawah;




Berdasarkan kepada rajah di atas, dapat dilihat bahawa resepi kejayaan COE ini ialah dengan melaksanakan pendekatan menyeluruh terhadap seseorang anggota kerja itu. Wujud satu kaedah khusus bagi mempengaruhi seseorang anggota kerja itu pada tahap intelektual, emosional dan spiritualnya lalu mengakibatkan beliau bertindak sungguh-sungguh dalam tugasnya yang sudahnya bakal membawa tercapai hasil kerja yang diingini.

Berikut, mari kita fahami setiap kaedah-kaedah khusus bagi mempangaruhi anggota kerja itu di tahap intelektual, emosional dan spiritualnya.

No comments:

Post a Comment