.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, March 26, 2016

Program Better.Brighter – Center of Excellence Part 3 (Siri 29)


Perlaksanaan COE pada peringkat Emosional

Bila bercakap mengenai emosional, kita bercakap tentang soal apakah para pemimpin perlu lakukan untuk menyentuh emosi yang dipimpin agar timbul keinginan untuk turut serta dalam melaksanakan aktiviti ‘Center of Excellence’ ini. Barang diingat, dalam banyak perkara, yang dipimpin akan hanya kisah untuk melaksanakan aktiviti ‘Center of Excellence’ ini bilamana mereka mula melihat bahawa pemimpin mula kisah dengan diri mereka.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan oleh pemimpin?

Dalam program ini, ditekankan agar pemimpin melaksanakan apa yang dinamakan sebagai empat AM iaitu, SALAM, TAAM, IKRAM dan KALAM.

SALAM bermaksud pemimpin akan sentiasa mengutamakan memberi ucapan selamat atau salam kepada yang dipimpin. Contoh aktiviti SALAM ialah salam semut, memberi salam atau selamat pagi.

TAAM bermaksud pemimpin sentiasa memberi makan atau belanja makan mereka yang dipimpinnya. Sebut pasal makan, manusia itu tidak kira apa juga bangsanya, akan cepat ‘lembut’ bila dibelanja makan. Perhatikan keadaan sekeliling anda. Pasti anda sedar akan hakikat ini.

IKRAM bermaksud pemimpin memberi layanan kepada yang dipimpin. Contoh layanan ialah sungguh-sungguh mendengar kata-kata yang dipimpin,  melawat pimpinannya yang sakit, mengutamakan yang dipimpin bilamana ada majlis keraian dan sebagainya.

KALAM bermaksud pemimpin berkomunikasi dengan penuh hikmah dan hemah dengan yang dipimpinnya. KALAM disini jugabermaksud pemimpin selalau berdoa untuk kesejahteraan yang dipimpinnya.


Empat perkara ini perlu dilakukan oleh pemimpin bukan dengan nada  terpaksa tetapi lakukanlah bersahaja dengan hati yang rela dan ikhlas.  Apapun memang jelas, senang kita bercakap untuk melaksanakan perkara-perkara ini tetapi ianya sangat memerlukan kita mengenepikan ego diri.

Apapun, bayangkan bagaimana emosional yang dipimpin bila selalu menerima SALAM, TAAM, IKRAM dan KALAM daripada pemimpinnya. Sudah pasti yang dipimpin merasakan pemimpinnya prihatin dengan diri beliau. Bila ini berlaku, sudah pasti yang dipimpin sudi menuruti kata-kata pemimpinnya dengan sungguh-sungguh seperti menuruti pemimpinnya dalam melaksana perancangan Pusat Kecemerlangan (Center of Excellence).

No comments:

Post a Comment