.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, March 26, 2016

Program Better.Brighter – Center of Excellence Part 2 (Siri 28)


Perlaksanaan COE pada peringkat Spiritual

Bila bercakap mengenai spiritual, kita bercakap tentang soal apakah pilihan atau niat hati. Pada peringkat ini, disyorkan agar para pemimpin sesuatu pasukan menggalakkan anggota kerjanya memasang niat untuk memberi dan gotong royong dalam melaksanakan tugas mereka.

Kenapa Memberi dan Gotong Royong?

Selalu kita lihat anggota kerja dalam tugasnya hanya sentiasa melaksanakan tugasnya berdasarkan apa yang disuruh oleh ketuanya sahaja. Jarang sekali mereka punya keinginan untuk melakukan kerja melebihi apa yang disuruh. Sudahnya, mentaliti sebegini akan membuatkan anggota kerja itu menjadi bosan dengan kerjanya lalu menghasilkan hasil kerja yang ala kadar sahaja.

Bagi menangani isu ini, bilamana seseorang anggota kerja itu mula  mempunyai niat untuk memberi dalam tugasnya, dengan serta merta dunia pekerjaannya menjadi lebih luas dan rasa bertanggungjawab mula timbul dalam dirinya.

Dengan niat memberi, mereka juga mulai sedar bahawa mereka mahu memberi yang terbaik untuk TNB tetapi kerana Tuhannya tanda syukur atas nikmat yang Tuhan telah berikan kepadanya. Ini sudah tentu membuatkan mereka tidak berkira di dalam tugasnya kerana mereka sedar bilamana mereka memberi, mereka pasti akan menerima kembali dari Tuhannya.

Hanyanya mereka menyerahkan kepada Tuhannya untuk apa yang bakal diterimanya. Mereka sedar apa yang bakal diterima itu mungkin datang melalui TNB atau di luar TNB. Mereka memahami hakikat ini kerana mereka sedar segalanya milik Tuhan dan terpulang kepada Tuhan untuk memberi mereka dalam bentuk yang ditetapkan Tuhannya.


Bila setiap anggota kerja itu mempunyai niat untuk memberi, maka adalah lebih mudah untuk memberi jika mereka memberi secara gotong royong. Kerja susah akan menjadi lebih mudah dan masa yang diperlukan untuk melaksanakan kerja itu menjadi lebih singkat.

Bagi memudahkan anggota kerja mengingati niat memberi dan gotong royong ini, maka disyorkan menampal wajah pelakun tersohor filem Tamil bernama MGR. Bukankah MGR itu singkatan dari perkataan Memberi dan Gotong Royong?




Jika kita mengkaji riwayat hidup MGR ini, kita dapati dia bukan sahaja merupakan seorang pelakun yang hebat, malah kisah hidupnya diluar filem ialah beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri negeri Tamil Nadu iaitu sebuah  negeri di selatan India.

Sesuatu yang menarik tentang MGR ini ialah baik dalam filem mahupun di luar filem,  beliau sangat mengutamakan memberi dan bila memberi beliau akan mengajak orang lain untuk sama-sama bergotong royong untuk menberi.

Jadi bukan semata-mata satu kebetulan kita menggunakan wajah MGR untuk mengingati konsep memberi dan gotong royong ini. Malah kita boleh menjadikan beliau sebagai idola kita bilamana bercakap tentang konsep memberi dan gotong royong ini. Walaubagaimana nama MGR sebenarnya ialah  Marudur Gopalamenon Ramachandran. 

No comments:

Post a Comment