.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, March 26, 2016

Sistem Intervensi Kepimpinan TNB LDC


Petang tadi, semasa duduk di satu meja bersama DS CEO TNB di dalam satu majlis perkahwinan anak seorang sahabat, teman saya bagi tahu bahawa Dato Seri CEO TNB memberitahu bahawa amat penting sekarang TNB mencari pemimpin di semua peringkat bagi menerajui sebarang cabaran yang dihadapi oleh TNB.  

Dunia berubah. malah berubah dengan cepat! Kita tidak boleh lagi duduk senang-lenang mengharapkan semuanya baik belaka. Pemimpin ini perlu dibina dengan cepat. Sekiranya tidak ditemui dalam TNB, DSCEO memberitahu beliau tidak akan teragak-agak untuk mendapatkannya dari luar.

Tambah beliau, peranan TNB LDC sangat kritikal dalam membina pemimpin-pemimpin ini. Setiap program LDC perlu berbentuk intervensi dan bukan sekadar satu seminar sahaja. Jika seminar itu tidak berkesan, tukar sahaja program tersebut!

Itu antara kata-kata DSCEO TNB. Bunyinya sangat terdesak dan memang TNB perlu sedar hakikat ini. Jika tidak ... cerita MAS mungkin berulang di TNB!

Atas sebab itu, dibawah merupakan satu Sistem Intevensi Kepimpinan yang melibatkan semua program yang ada dalam LDC yang telah disusun secara bersepadu bagi membina pemimpin yang berwibawa disemua peringkat TNB.






Better.Brighter Together!

No comments:

Post a Comment