.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, April 21, 2016

Program Better.Brighter – Center of Excellence Part 4 (Siri 30)


Selepas tahap Spiritual dan Emosional seseorang yang dipimpin itu ‘seronok’ dengan menekankan soal ‘MGR’ dan ‘4 AM’, barulah diri seseorang yang dipimpin itu ‘seronok’ pula untuk menuruti apa sahaja perancangan menjadi COE yang dikemukakan oleh pemimpinnya.

Seperti mana kita biasa dengar sebelum ini, yang dipimpin itu tidak kisah bagaimana hebat pemimpinnya dari segi ilmu mahupun kemahiran. Yang menjadi keutamaan yang dipimpin ialah samada pemimpinnya benar-benar kisah dengan dirinya. Semestinya ini dicapai dengan usaha ke atas Spiritual dan Emosional yang dipimpin dengan menekankan pengamalan soal ‘MGR’ dan ‘4 AM’ itu tadi.

Apakah perancangan COE yang dikemukakan oleh pemimpin sesuatu unit bisnes itu. Secara amnya, perancangan tersebut ialah seperti rajah di bawah;




Berdasarkan rajah di atas, dapat dilihat bahawa perancangan COE ini terdiri darpada tiga boring utama iaitu;

Borang Pembahagian Anggota Kerja
Borang Cadangan Nilai dan Kayu Ukur
Borang Perlaksanaan Cadangan Nilai (S.W.O.T.)

Berikut diterangkan secara terperinci perancangan COE berdasarkan boring-borang di atas;

  

Borang Pembahagian Anggota Kerja




Borang ini digunakan untuk membahagi anggota kerja sesuatu unit bisnes itu dalam melaksanakan perancangan COE ini nanti. Pembahagian anggota kerja ini boleh dibuat berdasarkan kepada unit-unit yang ada dalam sesuatu unit bisnes itu atau berdasarkan kepada inisiatif-inisiatif utama yang mahu dilakukan di bawah inisiatif COE ini. Bagi menwujudkan satu suasana ‘fun’ dalam perlaksanaan ini nanti, setiap unit ini digelar sebagai satu ‘kementerian’ dan setiap ‘kementerian’ diterajui oleh ketua unit atau inisiatif tersebut yang digelar sebagai ‘menteri’.  

Setiap ‘kementerian’ pula disarankan untuk merancang dan melaksanakan dua borang COE berikut. Dalam membuat perancangan dan perlaksanaan ini, semua anggota kerja diminta bermindsetkan bisnes dimana setiap ketika dalam perancangan dan perlaksanaan ini mereka harus menitik beratkan memberi impak maksima kepada pelanggan dan pada masa yang sama menekankan penggunaan sumber pada tahap paling optima. Lagi besar jurang antara kepuasan pelanggan dan penggunaan sumber, maka lagi tinggi keuntungan yang diperolehi. Sila rujuk rajah di bawah;





No comments:

Post a Comment