.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, April 21, 2016

Program Better.Brighter – Center of Excellence Part 6 (Siri 32)


Borang Perlaksanaan Cadangan Nilai (S.W.O.T.)

Bagi mengenalpasti perkara atau projek yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pembinaan Cadangan Nilai, borang S.W.O.T. digunakan. Sila rujuk rajah di bawah




Langkah pertama untuk menentukan perkara atau projek ini ialah dengan menentukan apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada pasukan kita dalam usaha untuk membina cadangan nilai. Bagi membantu mengenalpasti kekuatan dan kelemahan tersebut, gunakan kriteria seperti yang dinyatakan dalam rajah di bawah;




Selepas mengenalpasti kekuatan dan kelemahan, tentukan pula apakah ancaman yang dihadapi oleh pasukan disebabkan oleh kekuatan dan kelemahan itu tadi. Perlu dingatkan bahawa kekuatan dan kelemahan itu merupakan SEBAB manakala ancaman itu pula adalah AKIBAT yang diterima. Perlu diingatkan bahawa ancaman ini datang dari pelanggan disebabkan ketidakupayaan kita menyampaikan cadangan nilai itu kepada mereka. Sila rujuk rajah di bawah;




Perlu diingatkan bahawa segala kekuatan, kelemahan dan ancaman ini merupakan ‘bahan mentah’ dalam usaha untuk menentukan perkara atau projek yang perlu dilaksanakan bagi mencapai cadangan nilai.

Berikutnya, berdasarkan ‘bahan mentah; ini, gunakanlah kaedah ‘pembinaan perhubungan’ (relationship building) bagi menentukan perkara atau projek yang perlu dilaksanakan. Sebagai contoh, projek ‘semua anggota kerja sumber manusia mendapat Sijil Program Better.Brighter pada 30hb Jun 2016’ berasal dari ‘Budaya Bangau’ (Kelemahan) Sila rujuk rajah di bawah;




Perlu diingatkan disini, semua perkara atau projek ini perlu berada di dalam bidang kuasa kumpulan. Walaubagiamanapun, bagi perkara atau projek yang di luar bidang kuasa pasukan yang mesti diaksanakan kerana tanpanya pasti menggugat tugas pasukan, cukup dengan melaksanakan pengumpulan data yang menunjukkan kegagalan perkara tersebut semasa didalam tugas yang menyebabkan kerja terganggu. Data ini digunakan sebagai bukti kepada pihak pengurusan yang lebih tinggi agar mereka benar-benar mengambil tindakan terhadap perkara itu.

Sekiranya, pihak pengurusan atasan tidak mengambil tindakan terhadap apa yang dibuktikan oleh data tersebut, disyorka agar pasukan terus mengumpul data tersebut kerana data tersebut boleh dijadikan sebagai bukti bilamana berlakau kejanggalan dalam tugas tersebut.

Bagi membantu pasukan menentukan perkara atau projek yang benar-benar mampu membina cadangan nilai tersebut, gunakanlah maklumat seperti di dalam rajah di bawah sebagai pedoman dalam menentukan perkara atau projek tesebut;




Akhir sekali, bagi memastikan setiap perkara atau projek itu meneruti amalan ISO, disyorkan mengkategori setiap perkara dan projek berdasarkan panduan seperti yang dinyatakan dalam rajah dibawah; 



No comments:

Post a Comment