.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, May 1, 2016

Perubahan - Why & How Revisited


Sebelum ini, ada dinyatakan di dalam Program Better.Brighter itu bahawa …

“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa (WHY) perlu  berubah dan tidak tahu bagaimana (HOW) berubah.”

Entah kenapa, lately ini, kata-kata di atas sangat dekat dengan saya ketika ini terutamanya semasa saya sedang mencari jawpan tentang mengapa ada yang berubah dan ada yang tidak berubah walaupun mereka menerima maklumat yang sama.

Kenapa begitu?

Setiap orang itu punya cara pandang berbeza bila bersemuka dengan satu idea yang sama. Bila berbeza cara pandang, ianya akan memberi WHY yang berbeza dalam menggunapakai idea itu untuk berubah. Yang jelas, ada WHY yang kuat dan ada WHY yang lemah.

Saya mula mengkaji isu ini dengan melihat contoh-contoh orang yang mampu berubah. Satu perkara yang tidak dapat saya sangkal ialah mereka-mereka yang berubah ini punya WHY untuk berubah yang sangat kuat berbanding mereka yang tidak berubah.

Bukan itu sahaja, saya lihat mereka yang mampu berubah ini selalunya punya WHY untuk berubah yang sangat peribadi sifatnya. Kenapa saya kata begitu? Sebab WHY mereka berubah tidak mungkin boleh dijadikan WHY orang lain untuk berubah.

Tegasnya, untuk berubah, WHY itu mesti punya sifat yang sangat peribadi dan kuat kesannya kepada diri sendiri hingga tidak senang duduk kita dibuatnya sehingga tercapai hajat tersebut.

Tidak keterlaluan saya kata katakan, dalam melaksana perubahan, terlebih dahulu, kita perlu kenalpasti WHY yang sangat peribadi dan kuat kesannya kepada diri sendiri sebelum mengenalpasti HOW untuk laksana perubahan agar kita tidak buang masa!

Bukan itu sahaja, WHY sebegini diperlukan agar kita punya 'stamina' untuk berdepan dengan sebarang cabaran yang ditemui dalam usaha untuk mencapai hajat yang dikehendaki.

Apa pun …

Why yang Kuat + How yang Mantap = Perubahan Terhebat!

Satu persoalan. Sehingga kini bila kita ingin melakukan satu perubahan, adakah kita hanya memberi penekanan kepada soal HOW sahaja tanpa menitik-beratkan soal WHY? Atau kita langsung tidak menitik-beratkan kedua-dua soal WHY dan HOW ini???

Ringkasnya, bila bercakap soal WHY dan HOW ini, kita boleh ringkaskan cerita ini seperti rajah di bawah;




Jelas dari rajah di atas, seorang pemimpin punya WHY dan HOW yang sangat tinggi. Bagaimana untuk garap WHY dan HOW yang tinggi ini di dalam diri? Untuk itu, saya teringat kaedah yang dikongsi oleh Ian dan Anthony dalam program F.E.D. tempohari seperti rajah di bawah;




Akhir kata, adakah WHY anda cukup kuat hingga mampu laksana apa sahaja HOW anda? Moga kita mampu berubah. Aamiin!

No comments:

Post a Comment