.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, June 1, 2016

Program Better.Brighter – Masa – Satu Renungan (Siri 37)


Bila kita sebut soal masa, sedarilah masa kita di atas dunia ini kian lama kian singkat. Jika kita bertangguh untuk melaksanakan apa yang kita hajati seperti matlamat (Packaging Expertise) atau projek (Center of Excellence), semestinya kita akan lebih tertekan untuk mencapainya kerana masa kita kian singkat.

Bagi menimbulkan kesedaran tentang soal masa ini, sebaik-baiknya kita muhassabah diri sendiri tentang masa dengan bertanya kan pada diri sendiri terhadap empat soalan berikut.

Katakan, jika kita mesti tinggalkan dunia ini (meninggal dunia) dalam masa 15 minit dari sekarang, apakah jawapan anda kepada soalan-soalan berikut;




Soalan pertama sebenarnya berkaitan dengan soal adakah kita jelas dengan apakah perkara penting di dalam hidup kita ini. Semestinya perkara penting di dalam hidup kita itu sahajalah yang menjadi wasiat atau pesanan kita kepada mereka yang kita tinggalkan. Persoalannya jika kita tidak jelas atau tidak tahu apa yang penting di dalam kehidupan ini, kita akan hanya mensia-siakan masa di dalam kehidupan ini.

Soalan kedua pula sebenarnya mahu melihat mutu perhubungan kita dengan orang lain. Semestinya orang yang punya hubungan yang rapat dengan kita sahaja benar-benar rela untuk menghantar kita ke tanah perkuburan sebagai tanda penghormatan terakhir mereka kepada kita. Kenapa soal perhubungan dengan orang lain ini penting bila kita bercakap soal masa? Lagi ramai kita punya hubungan baik atau rapat dengan orang lain, bukankah lagi mudah kita melaksanakan sebarang tugas yang melibatkan mereka. Sudahnya bukankah perhubungan baik itu amat kritikal bagi melaksanakan kerja dalam masa yang paling optima? Perhubungan Baik – Hasil Baik. Perhubungan Buruk – Hasil Buruk!

Soalan ketiga pula membicarakan adakah di dalam hdup ini kita sentiasa bersedia membuat persediaan untuk meninggal dunia baik soal fikiran, perasaan, spiritual atau fizikal? Bukan itu sahaja adakah kita telah membuat persedaan untuk meninggalkan bekal secukupnya kepada mereka terutamanya orang yang kita sayangi? Orang yang punya fikiran sebegini sudah tentu tidak akan membuang masa untuk berusaha kerana beliau sedar beliau boleh dipanggil Tuhannya bila-bila masa sahaja.

Soalan keempat ini pula membicarakan tentang bagaimanakah corak perasaan diri sendiri di dalam kehidupan ini. Jika kita lihat tentang tiga soalan pertama, bukankah tiga soalan pertama ini adalah cerita keselruhan kehidupan kita sendiri? Semestinya perasaan yang timbul semasa menjawab tiga soalan pertama itu melambangkan pula perasaan yang dominan di dalam kehidupan kita juga. Perasaan ini pula melambangkan samada kita serius dengan kehidupan atau sebaliknya. Seorang yang serius dengan kehidupan semestinya tidak akan mebuang masa!   

Akhir kata, saya teringat kata-kata seorang pujangga barat. Kata beliau, “How we spend our days is, of course, how we spend our lives!” Fikirkan …

No comments:

Post a Comment