.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, June 1, 2016

Program Better.Brighter – Pembentukan Passion (Siri 36)


Apa itu Passion atau ‘Nyala Rasa’ itu?

Orang yang ada passion ini sebenarnya ibarat orang yang sudah jatuh cinta terhadap matlamat atau projek yang beliau perlu capai. Orang yang ada passion ini sebenarnya benar-benar serius, benar-benar penuh emosi dan laksanakan apa yang patut dilaksanakan tanpa bertangguh. Pernahkah kita mengalami saat-saat sebegini di dalam kehidupan kita sebelum ini?

Sekiranya kita pernah mengalami saat-saat sebegini sebelum ini, bukankah mudah untuk kita mencapai apa yang dihajati?

Ramai orang membicarakan soal passion ini dan ramai juga orang mengesyorkan agar punya passion dalam apa yang dilaksanakan. Mudah bercakap agar punya passion di dalam tugas tetapi adakah kita jelas-sejelasnya bagaimana mahu membentuk passion dalam diri?


Bagi memahami  bagaimana passion itu terbentuk, sila rujuk rajah dibawah;




Berdasarkan rajah di atas, ambil tindakan dengan segera sebaik sahaja kita telah menetapkan matlamat atau projek itu. Bila ini dilakukan, di dalam perjalanan menuju pencapaian matlamat atau projek itu nanti, kita bakal melihat perkara baru atau cara pandang baru yang positif tentang matlamat atau projek kita itu.

Perkara baru dan cara pandang baru ini tidak mungkin kita akan perolehi jika tidak memulakan langkah bertindak. Bilamana kita berterusan mengambil tindakan, lama kelamaan perkara baru dan cara pandang yang kita temui di sepanjang perjalanan menuju pencapai matlamat atau projek itu bakal menimbulkan suka (bahasa fikiran sedar atau ‘menteri’)

Bilamana suka ada dalam diri kita, sudah semestinya kita tidak akan berhenti atau berpatah balik. Suka akan membuatkan kita terus mengambil tindakan. Ini bakal membawa kita bertemu dengan lebih lagi perkara baru dan cara pandang baru positif tentang matlamat atau projek kita itu.

Lama kelamaan, suka di dalam diri itu bakal bertukar menjadi perasaan cinta (bahasa fikiran separuh sedar atau ‘genie’). Perasaan cinta inilah yang dinamakan sebagai passion. Bila passion sudah ada di dalam diri, kita bakal melihat diri kita akan bertindak laju bagi mencapai matlamat atau projek tersebut.

Jadi apakah rahsia untuk membentuk passion di dalam diri? Mudah sahaja! Mulakan ambil tindakan! Benarlah kata-kata pujangga barat iaitu, “Don’t worry that you are not strong enough before you begin. It is in the journey that God makes you strong!” atau dalam kata lain, “Jangan khuatir jika anda tidak kuat semasa anda baru bermula. Di dalam perjalanan itu nanti Tuhan akan membuatkan anda kuat!”

Beritahu kepada diri sendiri berkali-kali bahawa kita mampu capai apa sahaja yang kita mahukan! Bersemukalah dengan ketakutan atau ‘fear’ yang dihadapi kerana ‘FEAR’ itu bermakna ‘False Evidence Appear Real’!

No comments:

Post a Comment