.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, June 1, 2016

Program Better.Brighter – Perlaksanaan Packaging Expertise & Center of Excellence (Siri 34)


Sehingga ketika ini, kita telah berjaya menetapkan matlamat (Packaging Expertise) atau projek (Center of Excellence) yang perlu dicapai dalam tugas. Berikutnya kita perlu merancang perlaksanaan kedua-dua perkara ini.


Untuk itu, kita akan menggunakan satu alat bernama P.D.C.A. yang bermaksud Plan Do Check Action. Gambaran P.D.C.A. ini ialah seperti rajah di bawah;




Dari rajah di atas, telah dinyatakan dengan jelas tentang apa aktiviti yang perlu dilakukan di dalam setiap kuadran P.D.C.A. ini. Dapat disaksikan dari rajah di atas juga bahawa bagi melaksanakan aktiviti dalam PLAN dan CHECK, kita akan menggunakan satu alat yang sama iaitu borang 5W + 1H (What, Why, Where, When, Who dan How). Manakala dalam kuadran DO dan ACTION, kita akan menggunakan satu jadual masa yang sama juga. Mari kita susuli setiap kuadran P.D.C.A. ini;


PLAN



Dalam kuadran ini, kita akan menghuraikan matlamat atau projek kita dengan lebih terperinci dengan menyatakan  What, Why, Where, When, Who tentang matlamat atau projek itu. Di dalam kuadran ini juga kita menghuraikan dengan terpeirinci aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan (How) bagi merealisasi matlamat atau projek tersebut.

Perlu diingatkan disini bahawa untuk setiap matllamat atau projek itu diperuntukkan untuk satu borang 5W + 1H agar tidak timbul kekeliruan jika menggunakan satu borang untuk lebih dari satu matlamat atau projek.


DO



Di dalam kuadran ini, kita akan tetapkan masa dengan terperinci bilakah sesuatu aktiviti yang disenaraikan (HOW) dalam borang 5W + 1H itu perlu dilaksanakan.

Perlu diingatkan disini bahawa diperuntukkan satu borang untuk satu bulan bagi menggelakkan pertindanan aktiviti jika digunakan lebih satu borang untuk satu bulan itu.


CHECK



Di dalam kuadran ini pula, penyemakan samada wujud jurang antara aktiviti yang telah dirancang (Kuadran PLAN) dengan aktiviti yang telah dilaksanakan (Kuadran DO). Sekiranya wujud jurang, maka tentukan aktiviti selanjutnya yang perlu dilaksanakan bagi merapat jurang tersebut. Senaraikan aktiviti yang telah dikenalpasti ini ke dalam ruangan HOW, borang 5W + 1H ini.

  
ACTION



Bagi aktiviti-aktiviti yang telah dikenalpasti di dalam borang 5W + 1H (kuadran CHECK), tetapkan masa untuk laksanakan aktiviti ini di dalam jadual waktu kuadran ACTION ini.

Sebenarnya, borang 5W + 1H yang digunakan di dalam kuadran PLAN dan CHECK serta borang Jadual Waktu di dalam kuadran DO dan ACTION itu merupakan borang yang sama.

Apa yang berlaku disini ialah susulan  telah dilaksanakan pada CHECK dan ACTION bagi aktiviti matlamat atau projek yang telah dirancang dan dilaksanakan pada kuadran PLAN dan DO.

Susulan-susulan ini boleh dilaksanakan berdasarkan kepada keperluan iaitu samada secara mingguan atau bulanan.

No comments:

Post a Comment