.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, June 1, 2016

Program Better.Brighter – Susulan (Siri 38)




Perlaksanaan aktiviti-aktiviti di atas sebenarnya merupakan tuntutan kepada kita untuk melaksanakan perubahan.  Bila bercakap tentang perubahan ini pula, kita perlu jelas tentang dua perkara iaitu Mengapa (WHY) perlu berubah dan Bagaimana (HOW) perlu berubah.

Sebelum ini, ada dinyatakan di awal nota Program Better.Brighter itu bahawa …

“Ramai orang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka tidak nampak keperluan mengapa (WHY) perlu  berubah dan tidak tahu bagaimana (HOW) berubah.”

Kenapa begitu?

Setiap orang itu punya cara pandang berbeza bila bersemuka dengan satu idea yang sama. Bila berbeza cara pandang, ianya akan memberi WHY yang berbeza dalam menggunapakai idea itu untuk berubah. Yang jelas, ada WHY yang kuat dan ada WHY yang lemah.

Kajian menunjukkan mereka-mereka yang berubah ini punya WHY untuk berubah yang sangat kuat berbanding mereka yang tidak berubah.

Bukan itu sahaja, mereka yang mampu berubah ini selalunya punya WHY untuk berubah yang sangat peribadi sifatnya. Kenapa begitu? Sebab WHY mereka berubah tidak mungkin boleh dijadikan WHY orang lain untuk berubah.

Tegasnya, untuk berubah, WHY itu mesti punya sifat yang sangat peribadi dan kuat kesannya kepada diri sendiri hingga tidak senang duduk kita dibuatnya sehingga tercapai hajat tersebut.

Tidak keterlaluan dikatakan, dalam melaksana perubahan, terlebih dahulu, kita perlu kenalpasti WHY yang sangat peribadi dan kuat kesannya kepada diri sendiri sebelum mengenalpasti HOW untuk laksana perubahan agar kita tidak buang masa!

Apa pun …

Why yang Kuat + How yang Mantap = Perubahan Terhebat!

Akhir kata, adakah WHY anda cukup kuat hingga mampu laksana apa sahaja HOW anda? Moga kita mampu berubah dan berjaya mencapai apa sajaha hajat kita.

No comments:

Post a Comment