.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, July 5, 2016

Asam Garam Kehidupan



Kadangkala dalam hidup ini, kelihatan masalah datang bertimpa-timpa dalam hidup kita. Sebagai manusia, sudah pasti kita menjadi tertekan. Tekanan yang dihadapi itu pula terasa macam tak tertanggung oleh diri sendiri. Tanpa disedari, kita mula bertanya kepada diri sendiri mengapa (why) ini terjadi dan bagaimana (how) untuk mengatasinya. Jika kita tidak kuat, silap hari bulan, macam-macam perkara negatif yang kita lakukan lalu membawa kerugian kepada diri sendiri.

Satu syor, jika ini yang sedang kita hadapi, apa kata mari kita tanganinya dari sudut pandang berikut.

Beritahu diri sendiri bahawa semestinya ada satu rahsia atau kebaikan yang Tuhan ingin tunjukkan kepada kita mengapa (why) masalah ini berlaku kepada kita. Hanyanya jawapan mengapa (why) ini berlaku kepada kita tidak dapat kita ketahui sekarang tetapi jawapannya akan kita ketahui di satu masa akan datang.


Beritahu juga diri bahawa masalah ini sebenarnya satu ‘game’ yang mesti kita menangi. Bina mindset ‘I play to win!’ Bila kita punya mindset sebegini, dalam banyak hal, kita akan bertindak agresif untuk mencari jalan bagaimana (how) menanganinya. Kita juga akan lebih positif, senang bersabar dan tidak cepat melatah. Ini juga sebenarnya peluang untuk bina sifat yakin pada Tuhan kerana kita tahu janji Tuhan iaitu bila kita beri yang terbaik maka kita akan terima yang terbaik dariNya.


Moga hidup kita Better.Brighter!

No comments:

Post a Comment