.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, July 7, 2016

Perbezaan TAHU dan SEDAR



Bila seseorang TAHU ttg satu perkara, tak semestinya beliau akan amal. Sebaliknya bila seseorang SEDAR ttg satu perkara, pasti beliau akan amal. Macam langit dgn bumi!

Sebagai contoh, ramai orang TAHU 'Building Trust and Relationship' (BTAR) itu penting utk capai hasil yg diingini, tetapi sudahnya hal ini hanya merupakan sekadar teori dlm hidup mereka.

Sebaliknya jika mereka SEDAR peri pentingnya BTAR ini dlm menghasilkan hasil yg diingini, pasti mereka punya kekuatan utk amal BTAR ini.

Sudahnya, mengapa ada yg sekadar TAHU dan ada yg benar2 SEDAR walau mereka terima info yg sama?

Ini semua bergantung kpd cara pandang masing2 ttg info yg diterima. Manakala cara pandang itu pula kuat dipengaruhi oleh latar belakang masing2. (Even yg baca artikel ini pun punya cara pandang yg berbeza!)

Itulah, saya lihat dlm prog BB ini ramai yg TAHU bahawa BB ini baik utk hidup mereka namun soalnya berapa ramai yg SEDAR prog BB ini baik utk hidup mereka?

Tak payah pening2 kepala. Jika hasil mereka baik selps pulang dr prog BB, itu tanda mereka SEDAR. Jika hasilnya sama atau makin teruk, sah itu tanda mereka sekadar TAHU BB itu baik.
Mudahkan?

Jadi apa yg perlu kita lakukan jika kita berhasrat utk berhijrah dari sekadar TAHU kepada benar2 SEDAR? Jawapannya ialah rajin2lah semak cara pandang diri kita sendiri ttg perkara itu hingga timbul cara pandang baru yg membuatkan kita mulai SEDAR ttg perkara itu!

Mungkin ada yg ingin bertanya mengapa kita perlu PRIHATIN (CARE) dgn hal2 ini? Senang saja. Jawapannya ialah sebab hidup kita atas dunia ini sementara dan kian lama kian singkat bukan makin panjang!

Saya SEDAR cara pandang orang ttg BB itu pelbagai dan semuanya dipengaruhi oleh latar belakang masing2. Saya juga SEDAR saya tak mampu utk ubah cara pandang mereka sebab itu semua PILIHAN diri masing2. Ini semua di luar kawalan saya.

As for me,saya SEDAR saya perlu tumpu kpd apa yg ada dlm kawalan saya iaitu saya akan terus beri yg terbaik bila bawa prog BB ini utk org2 di luar sana kerana Dia sebgai tanda syukur saya pd Dia! Kenapa? Sebab saya SEDAR prog BB ini sgt baik utk hidup saya sendiri.

Saya SEDAR jika inilah rupa pegangan saya, dgn izin Tuhan hati saya tak mungkin akan serabut!

I rest my case :)

No comments:

Post a Comment