.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, July 5, 2016

Pandang Kerja sebagai Bisnes.



Bolehkah kita lihat kerja kita bersama TNB sebagai satu bisnes? Jika boleh, bagaimanakah cara paling mudah untuk kita melaksanakannya?

Secara individu, mudah kita melihat kerja kita sebagai satu bisnes bilamana kita mampu bina produk atau perkhidmatan yang boleh kita tawarkan kepada pelanggan kita. Produk atau perkhidmatan ini merupakan apa saja ilmu, kemahiran ataupun pengalaman di dalam skop kerja kita yang boleh kita ‘bungkus’ (package) lalu ditawarkan kepada pelanggan. Lagi tinggi nilai produk atau perkhidmatan ini di mata pelanggan, lagi mahal harga produk atau perkhidmatan kita itu.

Sebagai contoh, jika kerja kita terlibat dalam mengurus projek talian atas, soalnya mampukah kita ‘membungkus’ segala ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam mengurus projek itu menjadi satu perkhidmatan pengurusan perlaksanaan projek talian atas? Semestinya perkhidmatan sebegini boleh kita tawarkan satu dunia! (Dalam bahasa program Better.Brighter, usaha ini dinamakan ‘Packaging Expertise’)

Manakala bagi membina mentaliti bisnes dalam satu kumpulan (unit, jabatan atau anak syarikat), apa kata kita urus kumpulan kita bukan sebagai satu ‘functional job’ tetapi urus kumpulan kita sebagai satu entiti unit bisnes. Secara simboliknya, jika kita datang dari unit Pengurusan Projek Talian Atas, apa kata selepas ini, unit kita dikenali sebagai ‘Pengurusan Projek Talian Atas Sdn Bhd’?

Semestinya satu entiti ‘Sdn Bhd’ akan mencari jalan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya agar mendapat untung berganda dengan melaksana perkhidmatan mereka secara paling produktif dan kos efektif. Bila ini terlaksana, bukankah entiti ‘Sdn Bhd’ bakal membuka lagi ruang dan peluang untuk mengembangkan bisnesnya baik di dalam mahupun di luar Negara? (Dalam bahasa program Better.Brighter, usaha ini dinamakan ‘Center of Excellence’)

Bisnes perlu dipandang mudah. Jika bisnes dipandang susah, pasti awal-awal lagi bisnes kita punya masalah. Soalnya, bagaimana untuk membantu memandang bisnes itu mudah? Untuk membantu hal ini, kita perlukan satu pendekatan atau alat. Untuk itu, disyorkan kita gunakan satu pendekatan atau alat yang diberi nama ‘Business Model Canvas’. Dengan alat ini, mudah kita melihat bisnes dan yang pentingnya tidak ada perkara penting dalam bisnes itu kita terlepas pandang.

Diyakini, dngan bermindset sebegini, mudah untuk kita seronok dalam tugas dan terasa apa yang kita lalui dalam tugas itu ibarat kita dalam satu pengembaraan. Bukankah ini yang sangat kita mahukan dalam tugas kita?

Diyakini juga, pendekatan di atas memudahkan kita punya mindset bisnes, baik secara individu mahupun secara berkumpulan. Bukankah ini semua penting agar mampu kita sebagai anggota kerja TNB membantu mencapai DDRC?


Better.Brighter Together!

No comments:

Post a Comment