.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, October 24, 2016

Nilai dan Kerja


Apakah nilai (value) yang anda beri melalui tugas anda? Jika anda seorang juruteknik yg bertugas menyambung kabel, adakah anda tahu apakah nilai yang anda beri melalui tugas anda itu kepada pelanggan anda?


Saya tertanya adakah kita paham tentang ...

1. Apa itu Value?
2. Bagaimana kenalpasti Value?
3. Bagaimana bina Value?

Kalau tiga soalan ini anda tidak tahu jawapannya, macam mana nak 'creating value'?

Perkataan 'nilai' ini sangat penting dewasa ini bagi memastikan anda tetap relevan dalam tugas anda. Ini adalah kerana terdapat ramai orang yang telah menyediakan produk atau perkhidmatan yang anda sendiri tawarkan. Ini semestinya mewujudkan saingan yang sangat sengit.

Di mata pelanggan pula, mereka mempunyai pilihan yang sangat banyak. Namun di mata mereka, sesiapa yang mampu memberi nilai yang dimahukan oleh mereka di dalam produk atau perkhidmatan yang mereka cari sudah pasti mendapat perhatian mereka.

Semestinya, jika anda mahu terus relevan di mata pelanggan, anda semestinya berusaha mengenalpasti nilai yang diperlukan oleh pelanggan dalam tugas anda dan seterusnya berusaha membina nilai tersebut!

Sebagai contoh, jika saya seorang juruteknik penyambung kabel, apakah nilai yg saya beri pada pelanggan saya dan yg pasti nilai itu diperlukan oleh pelanggan saya? Bagi saya nilai yg diperlukan oleh pelanggan saya ialah hasil kerja penyambungan kabel yang disiapkan tepat pada masanya, pada kos yang paling optima dan keadaan safety yg terbaik. Semestinya saya berusaha utk bina nilai2 ini dalam tugas saya sebagai juruteknik penyambung kabel (produk/perkhidmatan).

Saya fikir, inilah yang dimaksudkan oleh DSCEO TNB bila beliau bercakap tentang 'Value Creation'.


Akhir kata, satu renungan … “What's important is not the work that you do but the value that you can offer through your work. Your value is what makes you indispensable.”

Better.Brighter Together!

No comments:

Post a Comment