.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, October 16, 2016

Sistem Budaya Juara


Situasi

Dunia bisnes kian kompetitif. Sesuatu unit bisnes itu perlu mampu melahirkan nilai yang dikehendaki oleh pelanggannya melalui produk atau perkhidmatan mereka pada kadar sumber tenaga, kos dan masa yang paling optima agar kekal relevan dalam industri yang disertainya.

Komplikasi

Namun satu cabaran yang dihadapi oleh sesuatu unit bisnes ialah kemampuan sesuatu pengurusan unit bisnes itu membina anggota kerja yang sudi memberi yang terbaik dalam tugas mereka bagi mencapai hasrat di atas.  

Impak

Kegagalan membina anggota kerja agar sudi memberi yang terbaik dalam tugas bakal menyaksikan unit bisnes tersebut ketinggalan dalam persaingan bisnes mereka dan seterusnya membuatkan mereka tidak lagi relevan dalam industri yang disertainya.

Syor

Bagi menangani keadaan ini, diperkenalkan satu sistem transformasi anggota kerja bernama Sistem Budaya Juara seperti dibawah;


Sistem Budaya Juara merupakan satu ‘pengembaraan’ anggota kerja bagi mencapai matlamat unit bisnes dengan berpandukan ilmu dari beberapa siri Program ‘Budaya Juara’, pengamalan ilmu tersebut dan ‘coaching’ terhadap pengamalan ilmu tersebut yang dilaksanakan secara bersepadu. Ilmu 'Budaya Juara' ini unik, praktikal dan sangat sesuai untuk mempengaruhi anggota kerja agar mahu membantu unit bisnes mencapai matlamat yang ditetapkan.

Tindakan

Saya ingin mengajak tuan puan membuat pelaburan bagi melaksanakan Sistem Budaya Juara untuk unit bisnes tuan puan.

Faedah

Diyakini faedah berikut mampu diraih dengan perlaksanaan sistem ini dalam unit bisnes tuan puan;

1) Perubahan mindset yang lebih positif terhadap tugas

2) Kemampuan memberi nilai melalui produk/perkhidmatan kepada pelanggan secara terancang, berterusan dan secara bekerjasama oleh anggota kerja unit bisnes.

3) Kemampuan membangunkan kompetensi anggota kerja secara terancang dan berterusan.


Kesimpulan

Sistem Budaya Juara merupakan satu sistem transformasi angota kerja yang melibatkan semua anggota kerja dalam sesuatu unit bisnes itu bagi mencapai matlamat unit bisnes yang telah ditetapkan secara bersepadu. Sistem ini mudah dan praktikal untuk diamalkan dalam suasana bisnes dan dunia sekarang.

Pengalaman menunjukkan penglibatan semua angota kerja terutamanya mereka di kalangan pemimpin unit bisnes amat kritikal bagi merangsang kejayaan yang diimpikan. Moga tuan puan mendapat faedah dari pelaburan dan pengamalan SBJ ini! 


Sejahtera! Bahagia! Kaya!


Nota: Setiap intervensi ‘Budaya Juara’ ini juga boleh dilaksanakan secara individu namun disyorkan untuk melaksanakan SBJ secara keseluruhan bagi mendapat impak maksima dari SBJ ini.

No comments:

Post a Comment