.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, November 20, 2016

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 1




Situasi (Situation)

Dunia bisnes kian kompetitif. Sesuatu Unit Bisnes itu perlu mampu melahirkan nilai (value) (yang diukur melalui ‘business results’) yang dikehendaki oleh pelanggannya melalui produk atau perkhidmatan yang ditawarkan pada kadar tenaga, kos dan masa yang paling optima agar kekal relevan di mata pelanggan mereka. Perkara ini amat kritikal bagi setiap Unit Bisnes yang baru ditubuhkan di bawah inisiatif VUP. (Rujuk takrif Nilai dalam nota kaki)

Bagi mencapai hasrat di atas, Ketua Unit Bisnes cuba menwujudkan anggota kerja yang bermindset positif bagi mencapai hasrat di atas. Atas sebab itu, Ketua Unit Bisnes selalu menekankan untuk memberi latihan yang bersesuaian bagi mencapai keperluan ini.

Komplikasi (Complication)

Namun, kelihatan latihan yang diberi itu tidak mampu meninggalkan kesan positif yang berpanjangan di kalangan anggota kerja mereka. Komplikasi ini timbul kerana timbul halangan dari organisasi dan pengurusan dalam tugas anggota kerja untuk mereka mengamalkan apa yang diperolehi di dalam kelas. Antara halangan organisasi dan pengurusan yang dikenalpasti ialah;

a) Strategi Organisasi yang tidak jelas.
b) Corak Pengurusan
c) Politik Dalaman
d) Konflik dalam unit atau antara unit

Sekiranya halangan-halangan ini diselesaikan sebelum sesuatu latihan itu dilaksanakan, barulah Ketua Unit Bisnes itu menyediakan persekitaran yang kondusif untuk memudahkan anggota kerja mengamal apa yang diperolehi dalam kelas.

Impak (Impact)

Akibat dari komplikasi ini, ianya menimbulkan beberapa impak negatif seperti berikut;
a) ‘Return of Expectation’ yang rendah terhadap latihan yang dilaburkan.
b) Anggota kerja menjadi ‘cynical’
c) Ketua Unit Bisnes merasakan mereka telah melakukan perubahan namun anggota kerja merasakan itu hanya sebagai satu ‘flavour of the month’

Impak-impak negatif ini menandakan gagalnya usaha Ketua Unit Bisnes mewujudkan anggota kerja yang bermindset positif lalu menyaksikan Unit Bisnes tersebut ketinggalan dalam persaingan bisnes mereka dan seterusnya membuatkan mereka tidak lagi relevan di mata pelanggan mereka.

Syor (Position) 

Kenapa impak-impak negatif di atas berlaku ialah disebabkan oleh faktor-faktor berikut;

1) Cara pandang Ketua Unit Bisnes yang melihat Unit Bisnes itu sebagai satu ‘aggregation of individuals’. Dengan cara pandang sebegini, Ketua Unit itu berpendapat anggota kerja perlu dibekalkan dengan ilmu, kemahiran dan sikap yang bersesuaian berdasarkan semata-mata latihan yang dikenalpasti.

Namun, latihan yang dikenalpasti itu tidak mengambilkira faktor bahawa Unit Bisnes itu sebenarnya merupakan satu sistem yang mempunyai beberapa elemen yang saling berhubungkait iaitu peranan, tanggungjawab dan perhubungan. Elemen-elemen ini selalunya ditentukan oleh oleh struktur organisasi, proses kerja, gaya kepimpinan, latarbelakang profession pekerjaan & budaya hidup dan polisi & amalan Bahagian Sumber Manusia.

2) Kegagalan pihak Sumber Manusia untuk bersemuka dengan Ketua Unit Bisnes untuk menjelaskan bahawa kegagalan perlaksanaan sesuatu strategi itu bukan semata-mata berpunca daripada kekurangan kompetensi seseorang anggota kerja tetapi juga adalah disebabkan oleh polisi dan amalan Ketua Unit Bisnes itu sendiri.

Sudahnya adalah lebih mudah untuk pihak HR memberitahu Ketua Unit Bisnes bahawa anggota kerjanya memerlukan latihan sahaja kerana kegagalan itu adalah disebabkan kekurangan kompetensi anggota kerja berbanding polisi dan amalan Ketua Unit Bisnes itu sendiri.  

Bagi menangani suasana yang tidak diingini ini, disyorkan Ketua Unit Bisnes mengambil kira langkah-langkah berikut;

a) Menetapkan nilai dan hala strategik Unit Bisnes dengan jelas.

b) Mendapatkan maklumbalas daripada anggota kerja tentang halangan kepada perlaksanaan strategi dan pembelajaran. (taboo and elephant)

c) Merekabentuk semula peranan, tanggungjawab dan perhubungan dalam organisasi berdasarkan daripada maklumbalas anggota kerja di atas.

d) Melaksanakan ‘coaching’ terhadap anggota kerja bagi memudahkan mereka mengasilimasi diri mereka dalam suasana organisasi yang baru.

e) Melaksana latihan yang bersesuaian dengan keperluan suasana organisasi yang baru.

f) Mengukur perubahan prestasi dari segi tingkahlaku anggota kerja (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 3) dan ‘business results’ Unit Bisnes (Pengukuran Prestasi  Kirkpatrick Level 4).

g) Melaksana tindakan pembetulan berdasarkan keputusan pengukuran yang dibuat.

Bagi melaksana langkah-langkah di atas, diperkenalkan satu sistem transformasi anggota kerja bernama Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK). Sila rujuk Rangkakerja SILK dalam Rajah 1.
SILK merupakan satu ‘pengembaraan’ anggota kerja satu Unit Bisnes bagi mewujudkan mindset yang positif dalam tugas agar mudah mencipta nilai (yang diukur melalui ‘business results’) dalam produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan berpandukan ilmu dari beberapa siri modul seminar, pengamalan ilmu dari modul seminar tersebut dalam tugas dan ‘coaching’ terhadap pengamalan ilmu dalam modul seminar tersebut yang dilaksanakan secara bersepadu (integrated).

Dalam kata lain, SILK menggunakan pendekatan 70:20:10 dalam perlaksanaannya. Ilmu yang terkandung dalam modul seminar ini unik, praktikal dan sangat sesuai untuk mempengaruhi anggota kerja bagi mencapai maksud yang dinyatakan.

Seperkara lagi, perlaksanaan SILK ini perlu dibuat dengan menumpukan perlaksanaannya kepada satu unit bisnes pada satu–satu masa. Ini dibuat kerana disedari bahawa tahap pembangunan satu Unit Bisnes itu tidak sama dengan Unit Bisnes yang lain. Dengan melaksanakan SILK sebegini, tumpuan khas boleh dibuat terhadap keperluan satu Unit Bisnes itu.

Tindakan (Action)

Diharap para Ketua Unit Bisnes dalam TNB sudi membuat pelaburan bagi melaksana SILK ini untuk Unit Bisnes masing-masing.

Faedah (Benefit)

Diyakini faedah berikut mampu diraih dengan perlaksanaan Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK)  dalam Unit Bisnes;

1) Perubahan mindset yang lebih positif terhadap tugas yang sangat penting bagi membantu mencapai ‘business results’ atau KPI. Ini terutamanya penting bagi menangani kecelaruan mindset anggota kerja di dalam unit bisnes-unit bisnes baru di bawah inisiatif VUP. 

2) Kemampuan mencipta nilai (value creation) produk/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan yang diukur berdasarkan ‘business results’ atau KPI secara terancang, berterusan dan secara bekerjasama oleh anggota kerja Unit Bisnes.

3) Kemampuan membangunkan kompetensi anggota kerja secara terancang dan berterusan. Ini semestinya mencipta nilai (value creation) diri di dalam pasaran.

4) Pembangunan anggota kerja secara menyeluruh iaitu yang menyentuh pembangunan dari segi Intelektual, emosional, spiritual dan fizikal.

5) Pembinaan Empat ‘Thrust’ utama TNB (Building Trust & Relationships, Building Capacity, Building Performance and Building Growth) secara terancang dan berterusan dalam unit bisnes bagi membantu TNB mencapai segala hajat yang ditetapkan.

Nota Kaki:

1) Setiap intervensi SILK juga boleh dilaksanakan secara individu namun disyorkan untuk melaksanakan SILK secara keseluruhan bagi mendapat impak maksima dari SILK ini.

2) Definisi Nilai -  Untuk tujuan kertas kerja ini, Nilai (Value) ditakrifkan sebagai …

• Bagaimana Unit Bisnes membantu pelanggan mereka menyelesai kerja atau masalah pelanggan mereka?

• Apakah kelebihan yang Unit Bisnes beri kepada pelanggan mereka berbanding pesaing (competitor) mereka?

… melalui produk atau perkhidmatan yang Unit Bisnes tawarkan kepada pelanggan mereka.

No comments:

Post a Comment