.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, December 7, 2016

Kata-Kata Peringatan Kehidupan dari Al Quran



”Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.“ - Surah Al-Baqarah Ayat 268

Ayat di atas mesti kita pegang degngan erat. Percayalah akan limpah kurnia Allah yang maha luas. Allah akan pasti memberikan anda kurniaan yang banyak dan melimpah ruah.

Tak perlu takut dengan bisikan syaitan yang menakut-nakutkan anda dengan kesusahan dan kemiskinan atau kegagalan.

Buat pelaburan, samada wang atau masa serta tenaga untuk membina kejayaan yang lebih tinggi. Tak perlu takut rugi, tak perlu risau mati kebuluran.

Asalkan ianya menuju kepada kebaikan, yakinlah benar-benar pada limpah kurniaan Allah. Berusahalah dan bersabar dengan penuh istiqamah.

”Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. “ - Surah Al-Baqarah ayat 177

Ayat-ayat di atas untuk kita ambil iktibar apakah maksud sebenar perkara kebaikan yang perlu kita amalkan.

Dalam menjalankan perniagaan, tidak boleh tidak kita pasti menghadapi berbagai masalah terutamanya kesempitan duit untuk menjayakan perniagaan kita.

Ketika itu, usahawan perlu bersabar dan tetap berusaha menyelesaikan segalanya dengan memilih jalan yang halal dan lurus.

Kesabaran itu juga merupakan satu kebaikan dan hasilnya akan pulang balik pada usahawan apabila apa yang diusahakannya berjaya.

Kata-Kata Pedoman untuk Perniagaan



Pedoman 1: ”Ready, Fire, Aim“

Kata-kata hikmat ini memang menjadi salah satu kegemaran dan amalan saya ketika mahu memulakan perniagaan. Ianya lebih kurang sama dengan ayat di atas tadi.

Jangan pula terus tembak tak tentu hala dan membuang tenaga. Sebab itu perkataan ‘ready’ di atas tu penting. Ertinya bersedia terlebih dahulu menghadapi sasaran dan kemudiannya jangan fikir banyak untuk membidik.

Terus tembak, dan mula membidik hasil dari tembakan pertama tadi untuk menemui sasaran.

Pedoman 2: ”You become what you think about .“

Ramai orang pernah dengar ayat ini dan ramai juga orang yang dikatakan menyebutkan ayat yang sama. Walau siapapun sebenarnya yang menyebut ayat ini, ianya memang tepat sekali.

Oleh itu pilihlah, dan impikan serta bayangkan apa yang anda ingin jadi. Bergerak dan berusaha ke arah itu sehingga anda semakin dekat menghampirinya.

Semakin jelas bayangan yang anda nampak dalam fikiran anda, semakin hampir anda merealisasikannya.

Justeru itu, amat penting dengan siapa anda bergaul, buku apa yang anda baca, maklumat apa yang anda tapis masuk ke dalam minda. Ia membantu anda membetulkan fikiran dan menyempurnakan bayangan yang anda lihat dalam kepala.

Pedoman 3:  “When everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off against the wind, not with it.”

Kalau asyik cari alasan demi alasan untuk menyahkan rasa bersalah dan kegagalan anda, tak akan ke mana.

Memang semua kejayaan dihalang oleh berbagai rintangan. Dan rintangan itulah yang perlu digunakan untuk menaikkan diri anda.

Hadapilah segala rintangan, cari jalan dan selesaikannya satu persatu, sehinggalah anda dapat melonjakkan diri naik ke atas.

Pedoman 4:  “If you’re not a risk taker, you should get the hell out of business.”

Memag agak keras kata-kata ini. Tetapi itulah hakikatnya. Kalau tunggu segalanya sempurna tiada risiko, anda memang hanya sesuai untuk terus hidup dengan jadi pemakan gaji yang tegar.
Namun itulah yang sering dijadikan alasan oleh semua orang yang selesa makan gaji dari terjun menjadi seorang usahawan. Takut tak makan lah, takut susah, takut gagal, takut itu dan takut ini….

Pedoman 5 : “It does not matter how slowly you go as long as you do not stop.”

Kehidupan dan juga kejayaan bukanlah satu perlumbaan antara anda denan orang lain. Ia lebih kepada perubahan terhadap diri anda sendiri.
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Ukur perubahan terhadap diri sendiri. Tak kisah samada cepat atau lambat.

Jangan nak kejar rakan anda yang dah ada kereta besar, syarikat berjaya, wang jutaan ringgit dan sebagainya. Anda bukan berlumba dengan dia.

Berusaha dan terus berusaha, yang penting anda tidak berhenti daripada berusaha sehingga jaya.

Pedoman 6: “Do not be embarrassed by your failures, learn from them and start again.”

Saya tahu ramai yang dah kecundang dalam perniagaan dan terpaksa cari jalan lain untuk terus hidup menyara kehidupan.

Tak perlu malu dengan kegagalan yang telah anda lalui. Yang penting belajar kesilapan dan kegagalan tersebut dan buat sekali lagi dengan cara berbeza.

Sunday, December 4, 2016

Quotes for December 2016 Part 2










Renungan Akhir Tahun 2016 Part 3


”If you’re not embarrassed by you first product, you’he launched too late “

Ayat ini memang ada banyak kebenarannya terutamanya jika anda mahu menjadi seorang usahawan.


Ramai orang yang terlalu idealistik. Mereka mahu produk yang terlalu sempurna sebelum memulakan perniagaan.

Untuk sempurnakan sesuatu produk, memang perlukan masa, duit dan kerahan tenaga yang banyak dan tidak ada orang yang mampu sediakan kesemua tersebut.

Oleh itu terima hakikat bahawa segalanya bermula dari bawah. Sedikit demi sedikit naik ke atas menempuh satu perjalanan yang amat panjang.

Jadilah seorang yang realistik. Asalkan sesuatu produk itu boleh diterima dalam keadaan minimum yang termampu, lancarkannya segera dan tak perlu tunggu sehingga anda boleh merasa bangga dengan produk yang anda keluarkan.

Renungan Akhir Tahun 2016 Part 2


”The new sources of power is not money in a the hands of a few, but information in the hands of many “


Kehebatan dan kekuasaan bukan lagi ada pada orang yang punya banyak duit dalam simpanan mereka. Sebaliknya, kekuasaan berterabur dalam bentuk maklumat yang diketahui oleh ramai orang.

Ringkasannya adalah bahawa dalam dunia teknologi maklumat sekarang ini, wang saja bukan lagi menjadi faktor kepada kekuasaan. Kekuasaan dan kehebatan ada pada maklumat. Bagaimana kita mendapatkan dan meliat maklumat.

Dan maklumat pula terlalu banyak dipegang dan disimpan oleh berbagai orang di seluruh dunia sekarang ini. Maklumat juga dapat dikongsikan sekelip mata dan mampu disebarkan di seluruh pelusuk dunia.

Kata-kata ini adalah petikan daripada John Naisbitt, seorang penulis dan penceramah dalam sains masa depan yang hebat dilahirkan pada tahun 1929. Bukunya yang amat terkenal bertajuk Megatrend diterbitkan pada tahun 1982 amat terkenal di seluruh dunia.

Kata-kata tersebut boleh membawa erti, orang yang berupaya mengumpul maklumat sebanyak mungkin dari sumber-sumber yang sahih dan boleh dipercayai mampu menjadi hebat dan berkuasa. Asalkan dia sanggup membuat analisa yang baik terhadap segala maklumat yang didapatinya.

Untuk mengamalkan kata-kata hikmat ini, anda perlu sentiasa membina jaringan sekerap mungkin. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang berkenaan dengan industri yang sedang anda ceburi.

Jalin perhubungan dengan mereka yang punya pengaruh, juga dengan rakan-rakan dalam industri yang sama, juga dengan rakan-rakan usahawan dalam industri yang berbeza.

Aktif juga bersama dengan masyarakat setempat dan tidak lupa juga sentiasa berhubungan dengan kawan-kawan samada lama atau baru.

Dan jangan lupa maklumat daripada teknologi internet yang terlalu banyak sekarang ini. Anda hanya perlu bertanya pada google untuk mendapatkan jutaan maklumat yang berguna.

Sediakan diri untuk mampu belajar maklumat, teknologi dan perkara baru dengan cekap dan pantas.

Renungan Akhir Tahun 2016 Part 1


”You are the average of the 5 people you hang around with “

Kata-kata hikmat ini rasanya ramai yan dah pernah dengar. Kalau anda belum pernah dengar ayat ini, sekarang anda dah tahu tentangnya dan boleh cuba amalkannya.


Fikirkan 5 atau 6 orang kawan atau kenalan yang anda sering bersama. Siapa mereka ?, di mana kedudukan mereka ? bagaimana sikap mereka ?

Cuba fikirkan masak-masak dan buat analisa secara jujur.

Apakah mereka lebih berjaya daripada anda dan dapat membantu anda belajar perkara-perkara baru yang mendatangkan manfaat terhadap matlamat anda.

Jika 5 atau 6 orang yang sering anda berjumpa dan bersama tak masuk dalam kategori tersebut, ertinya sudah tiba masanya untuk anda tukar dengan kumpulan lain secara perlahan-lahan.

Berusahalah untuk mencari mereka samada secara offline mahupun secara online. Bina hubungan dan kerap bersama mereka.

Lebih kerap anda bertemu, berhubungan dan bertukar fikiran dengan orang-orang yang berjaya, maka lebih hampir dan mudah untuk anda turut sama menempah kejayaan.

Quotes for December 2016 Part 1











Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 10



Lain-Lain Intervensi Kepimpinan

Bagi memastikan SILK ini sentiasa dinamik atau sesuai dengan situasi dan keperluan sesuatu masa itu, sebarang intervensi kepimpinan baru boleh diperkenalkan dalam SILK ini di masa depan atau  sebarang intervensi kepimpinan sedia ada boleh dihentikan perlaksanaannya sekiranya tidak relevan lagi.

Kesimpulan

Sistem Intervensi Kepimpinan (SILK) merupakan satu sistem transformasi kepimpinan dan anggota kerja yang melibatkan semua pemimpin dan anggota kerja dalam sesuatu Unit Bisnes bagi membina mindset positif anggota kerja (mindset diukur melalui perubahan tingkahlaku) bagi memudahkan pencapaian nilai produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan (nilai diukur melalui ‘business results’)  secara bersepadu. Sistem ini mudah dan praktikal untuk diamalkan dalam suasana bisnes dan dunia sekarang.

Diyakini, SILK ini amat membantu Unit-Unit Bisnes yang baru ditubuh dibawah inisiatif VUP bagi mencapai nilai dan ‘business results’ masing-masing.

Pengalaman menunjukkan penglibatan semua anggota kerja terutamanya mereka di kalangan pemimpin unit bisnes amat kritikal dalam melaksana SILK ini bagi merangsang kejayaan yang diimpikan.

Moga Unit Bisnes yang menggunapakai SILK ini mendapat faedah dari pelaburan dan pengamalan SILK ini! 

Better.Brighter Together!

Untuk keterangan lanjut, hubungi Mior Azli Mior Md Isa di saluran berikut;

Hand Phone          :               019-224-5079
Email                     :               miorami@tnb.com.my
Blog                       :               miorazliatsssabasic.blogspot.com

Apa Pilihan Anda?

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 9


Tahap 8 – Pengukuran Pencapaian ‘Business Results’


Segala intervensi yang dilaksanakan sepanjang perjalanan SILK diukur keberkesanannya berdasarkan kepada dua kriteria.

Pengukuran pertama ialah pengukuran dari segi tingkahlaku (behaviour) anggota kerja Unit Bisnes (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 3). Pengukuran ini akan menentukan samada wujud perubahan mindset anggota kerja.

Pengukuran kedua ialah pengukuan dari segi pencapaian ‘business results’ Unit Bisnes  (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 4). Pengukuran ini akan menentukan samada nilai yang ada dalam produk atau perkhidmatan yang ditawarkan itu telah tercapai atau sebaliknya.

Perlu dtekankan sekali lagi disini bahawa perubahan tingkahlaku anggota kerja Unit Bisnes (Kirkpatrick Level 3) akan memberi banyak pengaruh kepada pencapaian ‘business results’ Unit Bisnes (Kirkpatrick Level 4). Kenyataan ini berpandukan kepada katanya sebuah buku bertajuk ‘Evaluating Training Programs: The Four Levels’ tulisan Donald Kirkpatrick di muka surat 26 seperti di bawah;

“Trainers must begin with desired results and then determine what behaviour is needed to accomplish them. Then trainers must determine the attitudes, knowledge, and skills that are necessary to bring about the desired behaviour(s). The final challenge is to present the training program in a way that enables the participants not only to learn what they need to know but also react favourably to the program.”

Pengukuran Tingkahlaku (Kirkpatrick Level 3) ini bukan terhasil dari semata-mata dari apa yang dilakukan di dalam kelas tetapi juga dari usaha mempraktikkan ilmu yang ditemui dalam kelas serta usaha membimbing pengamalan ilmu itu di dalam tugas. Dalam kata lain, hasil pengukuran tingkahlaku (Kirkpatrick Level 3) adalah hasil dari pengamalan pendekatan 70:20:10.

Hasil pengukuran ‘business results’ (Kirkpatrick Level 4) pula semestinya berkadar terus dengan perubahan tingkahlaku (behaviour) yang dicerap (Kirkpatrick Level 3) hasil dari intervensi SILK sebelum ini.

Seperti yang dikatakan di awal kertas kerja ini, ‘business results’ adalah hasil dari pengelolaan ‘hardware’ dan ‘software’ sesuatu Unit Bisnes itu. Manakala pengelolaan ‘’hardware’ dan ‘software’ dilaksanakan oleh anggota kerja Unit Bisnes tersebut (humanware). Semestinya tingkah laku (behaviour) yang diukur disini (Kirkpatrick Level 3) adalah perubahan ‘humanware’ selepas melalui intervensi SILK ini. Atas sebab itu, perubahan ‘humanware’ ini semestinya memberi kesan kepada ‘business results’ Unit Bisnes tersebut.

Pengukuran yang dilaksanakan ini bukan bertujuan untuk mencari salah sesiapa tetapi lebih kepada satu inisiatif untuk mengenalpasti apakah tindakan selanjutnya bagi merapatkan jurang-jurang yang wujud.

Pengukuran ini juga amat penting bagi mengenalpasti pembelajaran yang diperolehi selepas melaksana SILK dan juga bagi melihat samada pelaburan yang dibuat ke atas Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) ini menguntungkan atau sebaliknya.

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 8


Tahap 7 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 3


Pengalaman menunjukkan ramai anggota kerja tidak bersungguh-sungguh untuk membina kompetensi diri yang sebenarnya mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam pasaran. Adalah amat merugikan jika seorang anggota kerja itu hanya bertugas untuk melaksana tugas yang dipertanggungjawab tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk membina kompetensi diri.

Secara psikologinya, bilamana seorang anggota kerja itu telah mempunyai kompetensi diri, ianya akan turut membina mindset positif beliau. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mindset positif anggota kerja sangat penting kerana ianya amat kuat dalam mempengaruhi pencapaian nilai dan ‘business results’ Unit Bisnes.  
 
Bagi mencapai maksud di atas, Intervensi Better.Brighter Fasa 3 dilaksanakan untuk anggota kerja Unit Bisnes itu. Satu pendekatan yang diberi mana ‘packaging expertise’ digunakan. Walaupun kaedah ini telah pun dikongsi dalam Intervensi Better.Brighter Fasa 1, namun pada tahap ini, perkongsian ilmu yang lebih terperinci akan dilaksanakan bagi mempengaruhi anggota kerja agar benar-benar serius dalam soal peningkatan kompetensi diri mereka.

Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 3 (Business Model You) (2 hari 1 malam)

Bab 1:    Apa makna Matlamat Peribadi dalam tugas?
Bab 2:    Penetapan Matlamat Peribadi  – Business Model You
Bab 3:    Perancangan Perlaksanaan Matlamat Peribadi.
Bab 3:    Hukum-Hukum Tuhan
Bab 4:    Cerita Ben
Bab 5:    Meditasi dan Penegasan Diri
Bab 6:    Apa Pilihan Anda?

Output dari intervensi ini ialah penerangan untuk bagaimana menyediakan Pelan Perancangan Matlamat dan Pelan Perlaksanaan Matlamat Diri dalam tugas berdasarkan Business Model You. Sila rujuk Rajah 7 dibawah.

Rajah 7 : Business Model You

Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka. (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)

Bila pulang dari intervensi ini, para anggota kerja diminta untuk mula menetapkan apa ilmu, kemahiran, atau pengalaman yang mahu mereka perolehi dari tugas mereka dan kemudiannya berusaha ‘membungkus’ (package) perkara yang dikumpul itu ke dalam bentuk yang mampu membawa nilai kepada diri sendiri seperti Pengiktirafan (Sijil), Produk, Perkhidmatan, Konsultansi atau Modul Seminar.

Inisiatif ini amat perlu dilakukan agar disamping membantu unit bisnesnya mencapai hajatnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 2), anggota kerja itu tidak juga melupakan untuk menaik taraf dirinya. Perkara ini juga mudah dilakukan bilamana anggota kerja tersebut telah mempunyai mindset yang sewajarnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 1, Intervensi 7 Habits of Highly Effective People dan Intervensi Let’s Talk (Arbinger)). Sudahnya ini mewujudkan suasana ‘win-win’ antara unit bisnes dan anggota kerjanya.