.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, December 7, 2016

Kata-Kata Pedoman untuk Perniagaan



Pedoman 1: ”Ready, Fire, Aim“

Kata-kata hikmat ini memang menjadi salah satu kegemaran dan amalan saya ketika mahu memulakan perniagaan. Ianya lebih kurang sama dengan ayat di atas tadi.

Jangan pula terus tembak tak tentu hala dan membuang tenaga. Sebab itu perkataan ‘ready’ di atas tu penting. Ertinya bersedia terlebih dahulu menghadapi sasaran dan kemudiannya jangan fikir banyak untuk membidik.

Terus tembak, dan mula membidik hasil dari tembakan pertama tadi untuk menemui sasaran.

Pedoman 2: ”You become what you think about .“

Ramai orang pernah dengar ayat ini dan ramai juga orang yang dikatakan menyebutkan ayat yang sama. Walau siapapun sebenarnya yang menyebut ayat ini, ianya memang tepat sekali.

Oleh itu pilihlah, dan impikan serta bayangkan apa yang anda ingin jadi. Bergerak dan berusaha ke arah itu sehingga anda semakin dekat menghampirinya.

Semakin jelas bayangan yang anda nampak dalam fikiran anda, semakin hampir anda merealisasikannya.

Justeru itu, amat penting dengan siapa anda bergaul, buku apa yang anda baca, maklumat apa yang anda tapis masuk ke dalam minda. Ia membantu anda membetulkan fikiran dan menyempurnakan bayangan yang anda lihat dalam kepala.

Pedoman 3:  “When everything seems to be going against you, remember that the airplane takes off against the wind, not with it.”

Kalau asyik cari alasan demi alasan untuk menyahkan rasa bersalah dan kegagalan anda, tak akan ke mana.

Memang semua kejayaan dihalang oleh berbagai rintangan. Dan rintangan itulah yang perlu digunakan untuk menaikkan diri anda.

Hadapilah segala rintangan, cari jalan dan selesaikannya satu persatu, sehinggalah anda dapat melonjakkan diri naik ke atas.

Pedoman 4:  “If you’re not a risk taker, you should get the hell out of business.”

Memag agak keras kata-kata ini. Tetapi itulah hakikatnya. Kalau tunggu segalanya sempurna tiada risiko, anda memang hanya sesuai untuk terus hidup dengan jadi pemakan gaji yang tegar.
Namun itulah yang sering dijadikan alasan oleh semua orang yang selesa makan gaji dari terjun menjadi seorang usahawan. Takut tak makan lah, takut susah, takut gagal, takut itu dan takut ini….

Pedoman 5 : “It does not matter how slowly you go as long as you do not stop.”

Kehidupan dan juga kejayaan bukanlah satu perlumbaan antara anda denan orang lain. Ia lebih kepada perubahan terhadap diri anda sendiri.
Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Ukur perubahan terhadap diri sendiri. Tak kisah samada cepat atau lambat.

Jangan nak kejar rakan anda yang dah ada kereta besar, syarikat berjaya, wang jutaan ringgit dan sebagainya. Anda bukan berlumba dengan dia.

Berusaha dan terus berusaha, yang penting anda tidak berhenti daripada berusaha sehingga jaya.

Pedoman 6: “Do not be embarrassed by your failures, learn from them and start again.”

Saya tahu ramai yang dah kecundang dalam perniagaan dan terpaksa cari jalan lain untuk terus hidup menyara kehidupan.

Tak perlu malu dengan kegagalan yang telah anda lalui. Yang penting belajar kesilapan dan kegagalan tersebut dan buat sekali lagi dengan cara berbeza.

No comments:

Post a Comment