.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, December 7, 2016

Kata-Kata Peringatan Kehidupan dari Al Quran



”Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedang Allah menjanjikan kamu keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.“ - Surah Al-Baqarah Ayat 268

Ayat di atas mesti kita pegang degngan erat. Percayalah akan limpah kurnia Allah yang maha luas. Allah akan pasti memberikan anda kurniaan yang banyak dan melimpah ruah.

Tak perlu takut dengan bisikan syaitan yang menakut-nakutkan anda dengan kesusahan dan kemiskinan atau kegagalan.

Buat pelaburan, samada wang atau masa serta tenaga untuk membina kejayaan yang lebih tinggi. Tak perlu takut rugi, tak perlu risau mati kebuluran.

Asalkan ianya menuju kepada kebaikan, yakinlah benar-benar pada limpah kurniaan Allah. Berusahalah dan bersabar dengan penuh istiqamah.

”Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, – kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. “ - Surah Al-Baqarah ayat 177

Ayat-ayat di atas untuk kita ambil iktibar apakah maksud sebenar perkara kebaikan yang perlu kita amalkan.

Dalam menjalankan perniagaan, tidak boleh tidak kita pasti menghadapi berbagai masalah terutamanya kesempitan duit untuk menjayakan perniagaan kita.

Ketika itu, usahawan perlu bersabar dan tetap berusaha menyelesaikan segalanya dengan memilih jalan yang halal dan lurus.

Kesabaran itu juga merupakan satu kebaikan dan hasilnya akan pulang balik pada usahawan apabila apa yang diusahakannya berjaya.

No comments:

Post a Comment