.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, December 4, 2016

Renungan Akhir Tahun 2016 Part 2


”The new sources of power is not money in a the hands of a few, but information in the hands of many “


Kehebatan dan kekuasaan bukan lagi ada pada orang yang punya banyak duit dalam simpanan mereka. Sebaliknya, kekuasaan berterabur dalam bentuk maklumat yang diketahui oleh ramai orang.

Ringkasannya adalah bahawa dalam dunia teknologi maklumat sekarang ini, wang saja bukan lagi menjadi faktor kepada kekuasaan. Kekuasaan dan kehebatan ada pada maklumat. Bagaimana kita mendapatkan dan meliat maklumat.

Dan maklumat pula terlalu banyak dipegang dan disimpan oleh berbagai orang di seluruh dunia sekarang ini. Maklumat juga dapat dikongsikan sekelip mata dan mampu disebarkan di seluruh pelusuk dunia.

Kata-kata ini adalah petikan daripada John Naisbitt, seorang penulis dan penceramah dalam sains masa depan yang hebat dilahirkan pada tahun 1929. Bukunya yang amat terkenal bertajuk Megatrend diterbitkan pada tahun 1982 amat terkenal di seluruh dunia.

Kata-kata tersebut boleh membawa erti, orang yang berupaya mengumpul maklumat sebanyak mungkin dari sumber-sumber yang sahih dan boleh dipercayai mampu menjadi hebat dan berkuasa. Asalkan dia sanggup membuat analisa yang baik terhadap segala maklumat yang didapatinya.

Untuk mengamalkan kata-kata hikmat ini, anda perlu sentiasa membina jaringan sekerap mungkin. Kumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang berkenaan dengan industri yang sedang anda ceburi.

Jalin perhubungan dengan mereka yang punya pengaruh, juga dengan rakan-rakan dalam industri yang sama, juga dengan rakan-rakan usahawan dalam industri yang berbeza.

Aktif juga bersama dengan masyarakat setempat dan tidak lupa juga sentiasa berhubungan dengan kawan-kawan samada lama atau baru.

Dan jangan lupa maklumat daripada teknologi internet yang terlalu banyak sekarang ini. Anda hanya perlu bertanya pada google untuk mendapatkan jutaan maklumat yang berguna.

Sediakan diri untuk mampu belajar maklumat, teknologi dan perkara baru dengan cekap dan pantas.

No comments:

Post a Comment