.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, December 4, 2016

Sistem Intervensi Laluan Kepimpinan (SILK) – Mengapa Unit Bisnes Perlukannya? Part 8


Tahap 7 - Perlaksanaan Intervensi Better.Brighter Fasa 3


Pengalaman menunjukkan ramai anggota kerja tidak bersungguh-sungguh untuk membina kompetensi diri yang sebenarnya mempunyai nilai yang sangat tinggi dalam pasaran. Adalah amat merugikan jika seorang anggota kerja itu hanya bertugas untuk melaksana tugas yang dipertanggungjawab tetapi pada masa yang sama tidak berusaha untuk membina kompetensi diri.

Secara psikologinya, bilamana seorang anggota kerja itu telah mempunyai kompetensi diri, ianya akan turut membina mindset positif beliau. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, mindset positif anggota kerja sangat penting kerana ianya amat kuat dalam mempengaruhi pencapaian nilai dan ‘business results’ Unit Bisnes.  
 
Bagi mencapai maksud di atas, Intervensi Better.Brighter Fasa 3 dilaksanakan untuk anggota kerja Unit Bisnes itu. Satu pendekatan yang diberi mana ‘packaging expertise’ digunakan. Walaupun kaedah ini telah pun dikongsi dalam Intervensi Better.Brighter Fasa 1, namun pada tahap ini, perkongsian ilmu yang lebih terperinci akan dilaksanakan bagi mempengaruhi anggota kerja agar benar-benar serius dalam soal peningkatan kompetensi diri mereka.

Kandungan Intervensi Better.Brighter Fasa 3 (Business Model You) (2 hari 1 malam)

Bab 1:    Apa makna Matlamat Peribadi dalam tugas?
Bab 2:    Penetapan Matlamat Peribadi  – Business Model You
Bab 3:    Perancangan Perlaksanaan Matlamat Peribadi.
Bab 3:    Hukum-Hukum Tuhan
Bab 4:    Cerita Ben
Bab 5:    Meditasi dan Penegasan Diri
Bab 6:    Apa Pilihan Anda?

Output dari intervensi ini ialah penerangan untuk bagaimana menyediakan Pelan Perancangan Matlamat dan Pelan Perlaksanaan Matlamat Diri dalam tugas berdasarkan Business Model You. Sila rujuk Rajah 7 dibawah.

Rajah 7 : Business Model You

Pengukuran dilaksanakan pada akhir sessi intervensi ini bagi mengetahui maklumat tentang jumlah sumber dan masa yang telah dilaburkan ke atas intervensi ini. Pengukuran ini juga dilaksanakan bagi mengetahui pandangan anggota kerja samada intervensi ini boleh membantu dalam tugas mereka. (Pengukuran Prestasi Kirkpatrick Level 1)

Bila pulang dari intervensi ini, para anggota kerja diminta untuk mula menetapkan apa ilmu, kemahiran, atau pengalaman yang mahu mereka perolehi dari tugas mereka dan kemudiannya berusaha ‘membungkus’ (package) perkara yang dikumpul itu ke dalam bentuk yang mampu membawa nilai kepada diri sendiri seperti Pengiktirafan (Sijil), Produk, Perkhidmatan, Konsultansi atau Modul Seminar.

Inisiatif ini amat perlu dilakukan agar disamping membantu unit bisnesnya mencapai hajatnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 2), anggota kerja itu tidak juga melupakan untuk menaik taraf dirinya. Perkara ini juga mudah dilakukan bilamana anggota kerja tersebut telah mempunyai mindset yang sewajarnya (Intervensi Better.Brighter Fasa 1, Intervensi 7 Habits of Highly Effective People dan Intervensi Let’s Talk (Arbinger)). Sudahnya ini mewujudkan suasana ‘win-win’ antara unit bisnes dan anggota kerjanya.

No comments:

Post a Comment