.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, March 19, 2017

Jurulatih



Peninju legenda sehebat MOHAMAD ALI sekali pun juga memiliki JURULATIH. Beliau ialah ANGELO DUNDEE yang membantu ALI menjadi JUARA dunia sebanyak 3 kali.

Padahal jika mereka BERDUA BERADU BERTANDING, sangat JELAS Angelo Dundee tidak mungkin akan MENANG.

Mungkin kita tertanya tanya, mengapa org sehebat MOHAMAD ALI masih memerlukan JURULATIH kalau sudah JELAS dia pasti MENANG melawan jurulatihnya?

KETAHUILAH...
Bahawa MOHAMAD ALI perlukan JURULATIH bukan kerana jurulatihnya lebih HEBAT tapi kerana ia memerlukan seseorang untuk MELIHAT hal-hal yang "TIDAK DAPAT DIA LIHAT SENDIRI"

Hal yang tidak dapat kita LIHAT dengan MATA sendiri itu yang disebut : "BLIND SPOT" atau "TITIK BUTA".

Kita hanya boleh melihat "BLIND SPOT" dari bantuan orang lain.

Dalam hidup,  kita perlukan seseorang untuk mengawasi kehidupan kita, SEKALIGUS untuk MENGINGATKAN kita seandainya keutamaan hidup kita mulai keluar dari landasan.

Kita perlukan orang lain YANG :
×. MENASIHATI
×. MENGINGATKAN
×. MENEGUR

Jika kita MULAI melakukan SESUATU kesilapan yang MUNGKIN tidak kita sedari.

Kita perlukan KERENDAHAN HATI untuk :
×. Menerima KRITIKAN
×. Menerima NASIHAT
×. Menerima TEGURAN

Itulah yang  MENYELAMATKAN kita terpesong dari landasan matlamat..

Kita bukan manusia SEMPURNA. Jadi, biarkan orang lain menjadi "MATA" kita di area 'BLIND SPOT' kita, sehingga kita boleh MELIHAT apa yang tidak boleh kita LIHAT dengan 'PANDANGAN' kita SENDIRI.

Mari kita saling nasihat- menasihati dalam KEBAIKAN dan KESABARAN.

No comments:

Post a Comment