.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, April 23, 2017

Kata-Kata Kehidupan 1


Wang tidak mampu beli kebahagian, tetapi memiliki wang lebih bahagia daripada tidak memiliki wang

Tiga perkara yang tidak disukai orang ...
1. Otak kosong.
2. Bual kosong.
3. Dompet kosong.

Ketika seseorang berusaha menjauhi hidupmu, jangan biarkan sebelum dia membayar semua hutangnya.

Jangan membenci orang yang mengkritik. Beliau adalah guru teori dan praktik sejati.

Lebih baik tidak berkata-kata jika jika kata-kata itu dirasakan berpotensi menyakiti pendengarnya.

Jika meminta tolong jangan memaksa kerana itu bukan kewajibannya, melainkan pilihannya.

Pakaian itu adalah pagar pelindung diri. Pagar seharusnya melindungi dan tidak bermakna menghalangi keindahan diri iaitu akhlak diri.

Jika silap, perbaiki.
Jika gagal, cuba lagi.
Tetapi jika kamu menyerah,
semuanya selesai …

Merendahkan orang lain bererti menunjukkan kelemahan diri sendiri.

Bila perahu telah bersedia,
Layar telah berkembang,
Pantang berpaling
Selagi tujuan belum tercapai.

Hidup ini adalah cerita dan cerita itu semestinya ada awal dan akhir. Kekuatan pada cerita itu adalah pada diri kita sendiri. Kita yang mengawal cerita dan bukannya cerita yang mengawal kita.

Salah satu alasan mengapa Tuhan memberikan kekuatan kepada kita adalah agar kita dapat membantu orang lain.

Empat perkara yang tidak dapat diraih kembali …
Batu setelah dilempar.
Kata-kata setelah diucapkan
Kesempatan setelah berlalu
Waktu setelah beranjak pergi.

Berbahagialah mereka yang dapat makan dari keringatnya sendiri, bersuka kerana usahanya sendiri dan maju kerana pengalamannya sendiri.

Masalah ialah ujian untuk menjadi dewasa. Atas itu, tidak perlu menyalahkan orang lain. Sentiasalah muhasabah diri dan jadilah peribadi dewasa.

Saya bukan yang terbaik tetapi saya belajar untuk menjadi yang terbaik.

Biarlah semuanya berjalan seadanya,
Berlalu dengan semestinya dan
Berakhir dengan seharusnya.

Orang menjadi kuat bukan kerana kemenangannya tetapi disebabkan kekalahannya.

No comments:

Post a Comment