.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, April 23, 2017

Kata-Kata Kehidupan 3


Ketika seseorang menunggumu, tidak bererti dia tidak ada hal lain untuk dilakukan, itu hanya bererti bahawa dirimu penting baginya.

Kita tidak mencari suluh
Suluh datang diberi api
Kita tidak mencari musuh
Musuh datang kita hadapi.

Berusahalah untuk membuat hati kita selalu damai agar kelak kita mampu membahagiakan diri kita sendiri dan orang lain.

Mengeluh tidak akan mampu memperbaiki keadaan.

Berbicaralah atau bertindaklah dengan ilmu, bukan dengan hawa nafsu.

Adakah saya berusaha membina persahabatan atau hanya menunggu orang lain membina persahabatan dengan saya?

Tidak ada erti penderitaan bagi mereka yang berkerja keras dan berdoa bersungguh-sungguh.

Jangan terperuk dalam kesedihan kerana sikap seseorang yang mengecewakanmu kerana diluar sana ramai yang sedang menanti senyumanmu.

Dalam hidup ini, adakah kita mahu ilmu 'entertain' kita atau kita 'entertain' ilmu?

Lebih mudah untuk menawan ribuan orang bersenjata lengkap dibandingkan menawan ego diri sendiri.

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.

Rahsia komunikasi berkesan ialah pandai mendengar, pandai bertanya dan pandai berbicara.

Seriously, mampukah kita melihat kegagalan itu sebagai peluang untuk perbaiki keadaan kita?

Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan hilang.

Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta pandangan daripada orang lain.

Jangan risau saat dihimpit masalah. Bukankah pekatnya malam itu petanda pagi datang menjelang?

Berhenti menyalahkan orang lain kerana bila diteruskan, sudahnya anda akan menyalahkan Tuhan.

Keberanian untuk mengatakan tidak tahu untuk perkara yang tidak diketahui jauh akan lebih menenangkan dan dihormati daripada selalu ingin kelihatan serba tahu.

Jangan pernah menghina masa lalu seseorang, kerana anda tidak tahu bagaimana masa depannya.

Jangan dihitung kebaikan kita pada orang tetapi hitunglah kebaikan orang pada kita.

Kalau hati penuh kedengkian jangan pelik hidup tidak berteman.

Hina sungguh sifat mengumpat. Dilaknat Tuhan dunia akhirat.

Buat apa berwajah cantik kalau tidak mahu sembahyang.

Orang beriman berbaik sangka. Mukanya manis, lakunya sopan.

No comments:

Post a Comment