.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, April 24, 2017

Kata-Kata Kehidupan 4


Jagalah aqidah dengan baik dan sempurna.

Jangan pernah menyerah! Jika Tuhan belum menjawab doamu, itu kerana Tuhan punya rencana yg lebih baik untuk hidupmu.

Hal tersulit dalam kehidupan ini bukanlah untuk menangani orang lain, tetapi menangani ego dan diri kita sendiri.

Bahagia bukan hanya disebabkan kamu mendapat apa yang tidak pernah kamu miliki tetapi juga ketika kamu menghargai apa yang telah kamu miliki.

Jika kamu terlalu lama menyesali, maka kamu tidak akan mempunyai kesempatan untuk memperbaiki apa yang disesali.

Jika kita tidak menanam pengetahuan ketika kita muda maka di ketika hari tua, kita tidak akan mempunyai tempat untuk berteduh.

Doa memberikan kekuatan kepada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan.

Kegagalan disebabkan oleh dua perkara iaitu orang yang berfikir tetapi tidak pernah bertindak dan orang yang bertindak tetapi tidak pernah berfikir.

Pekerjaan sekecil apa pun jika dilakukan dengan kesungguhan hati akan membesarkan kehidupanmu.

Seorang pemimpin hebat memahami bahawa dalam setiap orang yang dipimpinnya tersimpan sesuatu yang istimewa yang membuatkan mereka luar biasa.

Membicara kekurangan orang lain adalah cara halus memuji diri sendiri.

Pelihara hatimu dengan iman yang kuat, kejujuran dan sifat-sifat yang baik. Maka nescaya dirimu akan menjadi peribadi yang baik.

Hidup hanya sebentar, maka lakukan yang terbaik, nikmati tiap waktunya dan bersyukur atas segala yang ada.

Fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan.

Apa pun ... jangan give up ya ... kalau nk terasa ke or tak terasa ke dgn apa org kata ... tu terpulanglah ... yg penting ... saya ulang sekali lagi ... jangan give up!

Ketika orang lain berbicara tentangmu dan menilai seakan mereka mengetahui segalanya, abaikan saja!

Mengeluh membawa hidup saya menjadi payah.
Bersyukur membawa hidup saya menjadi mudah.
Pilihan Di Tangan Saya!

Kalau tak suka, jangan lihat!
Kalau tak tahu, jangan bicara!
Kalau tak peduli, jangan menghakimi!

Biarkanlah apa orang mahu kata. Lakukan apa yang anda suka selagi hal itu bukanlah hal yang salah.

Mereka ketawa kerana melihat saya berbeza dan saya ketawa kerana melihat mereka semuanya sama.

Belajarlah mengalah sampai tidak seorangpun yang mampu mengalahkanmu. Belajarlah merendah sampai tidak seorangpun yang mampu merendahkanmu.

1 comment: