.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, April 23, 2017

Kata-Kata Kehidupan 2


Orang yang tegas tidak menyerah kepada keadaan melainkan menundukkannya.

Jika kamu merasa bebanmu lebih berat dapripada orang lain, itu kerana Tuhan melihatmu lebih kuat daripada orang lain.

Bahagia secukupnya.
Sedih seperlunya.
Mencintai sewajarnya.
Membenci sekadarnya.
Tetapi, bersyukurlah sebanyak-banyaknya.

Kata-kata dan kisah penuh inspirasi kian lama kian hilang daripada perbualan kita.

Ada banyak hal yang mampu diselesaikan jika dimulakan dengan diri sendiri.

Rezeki selalu mencari orang yang kuat berusaha, sabar, tahan diuji dan selalu memohonnya.

Semua orang punya otak namun bergantung kepada orangnya untuk memakainya.

Fikiran yang sakit menyebabkan batang tubuh pun ikut sakit.

Gossip akan berakhir di telinga orang yang bijaksana.

Setiap sudut solat itu merupakan sumber ubat bagi segala penyakit manusia dlm kehidupannya.

Anda mampu memiliki apa pun yang anda inginkan jika anda mampu menghilangkan keyakinan bahawa anda tidak akan dapat apa yang anda inginkan.

Kelebihan kita adalah kita mampu memulakan sesuatu dan kita juga mampu untuk menghabiskan sesuatu.

Duri dalam kaki sulit ditemukan, Apalagi duri dalam hati. Jika ada orang yang melihat duri di hatinya, mana mungkin kesedihan akan berkuasa?

Suatu pekerjaan yang tidak mampu kita selesaikan adalah pekerjaan yang tidak kita mulakan!

Hidup ini merupakan satu pilihan.
Aapapun yang membuatmu sedih, tinggalkan!
Apapun yang membuatmu tersenyum, jangan lepaskan!

Belajarlah dari mereka di atasmu.
Nikmati hidup bersama mereka di sampingmu.
Jangan remehkan mereka di bawahmu.

Jangan terlalu bergantung kepada orang lain kerana bayang-bayang dirimu sendiri pun meninggalkan kamu di saat kamu dalam kegelapan.

Tidak perlu menjadi sempurna hanya untuk menjadi bahagia.

Harapan tinggal harapan jika tidak disertai tindakan.
Impian tinggal impian jika tidak selaras dengan kemampuan.

Ketika kamu sedar betapa berharganya dirimu, semestinya kamu tidak akan pernah membiarkan orang lain masuk ke dalam hidupmu untuk buat kamu terluka.

Cemburu bererti kamu takut kehilangannya, tetapi cemburu yang berlebihan akan membuatkan kamu kehilangannya.

No comments:

Post a Comment